2 Nov, 8.30malam di Auditorium DBP. Jemput datang.
Sunday, October 28, 2012
Monday, October 8, 2012
Ratna Kadhal
Hola! Pementasan teater Kawan-kawan yang kita suka (KKYKS) sudah pun berakhir. Banyak sukahati dan tragedi yang berlaku sepanjang perjalanan pementasan itu. Secara keseluruhannya teater itu berjaya kerana hampir setiap malam panggung penuh dan telah di extend kepada satu pementasan lagi. Namun kejayaan produksi teater bukanlah daripada jumlah kutipan tiket sahaja, tetapi kepuasan semua individu yang terlibat didalamnya. Secara personal, saya tak puas bermain utk KKYS ini. Banyak faktor, antaranya kurang persediaan dari segi mental dan fizikal. Kepuasan pelakon bukanlah daripada pujian yang melambung, tetapi ia lebih kepada berapa percent yang telah kita buat dan beri kepada khalayak kita. Itu kita sendiri yang boleh rasa. Audience kita boleh tipu, diri sendiri boleh kah? Jika KKYS diberi lebih masa dan ruang membuat persediaan, mungkin play ini lebih solid dan berkesan. Apa pun, kerana ini adalah play yang dibuat bersama kawan-kawan yang kita suka maka ia tetap satu pengalaman yang manis dan tak boleh dibeli di mana-mana. Terima kasih kepada Fasyali Fadzli kerana awak masih lagi mahu memberi saya peluang & ruang untuk ekspresi kebolehan saya. Terima kasih kepada seluruh tenaga produksi yang sama-sama memperjuangkan semangat kita.
Saya akan muncul lagi dengan sebuah play baru yang bertajuk Ratna Kadhal. Ini adalah julung-julung kali saya bekerja dengan kumpulan luar yang hampir semuanya bukanlah yang kenal rapat. Jadi apa salahnya saya cabar diri sendiri untuk beraksi dan berkongsi dengan orang lain yang tiada bezanya kerana perjuangannya tetap sama iaitu kerana minat. Saya dipelawa oleh pengarahnya Khairunnazwan Rodzy dari Revolution Stage untuk sama-sama menjayakan pementasan ini yang akan dipentaskan pada 19-21 oktober ini di kompleks kraf kuala lumpur. Pentas ini juga yang pertama kali saya rasa. Saya tak meletakkan expectation yang tinggi, seperti biasa saya buat aje selagi boleh. Sekarang kami sedang dalam proses latihan yang agak intensif memandangkan shownya sudah dekat. Ini play yang menggabungkan bahasa tamil dan bahasa melayu dalam sebuah play. Sound interesting kan? Dalam play ni saya memegang watak sebagai Ustazah Nur Kamisah yang akan bergandingan Aloy paradoks sebagai Krishnan. Watak-watak lain adalah seperti Dyna zainal yang akan memegang watak Ratna, Hariry Jalil, Azrul Azizi dan Azman Hassan. Semuanya mereka yang saya teringin bekerjasama dan akhirnya impian tu semakin pasti. Disini saya menjemput semua untuk hadir memberikan sokongan kepada kami. Jemput datang dan semoga terhibur.

Subscribe to:
Posts (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...