Monday, July 20, 2009

Anak Ikan vs Bapak Ikan

Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak yang comel-comel. Soalan wajib yang takkan pernah terlepas dari dia – Masih sendiri? Aku senyum aje sambil mencicah kari dan menyiat tandori. Kau dengan anak ikan mana pula kali ini? Sambung dia bila aku lebihkan perhatian pada nan chese dan ayam tu lebih dari menjawab persoalan dia. Kau ni tak habis-habis dengan anak ikan. Cuba cari yang lebih matang. Banyak duit. Dah tentu dia boleh jaga kau. Anak ikan apa diorang tahu? Nak jaga diri sendiri pun belum tentu. Apa lagi nak jaga kau.

Istilah anak ikan bagi kawan aku ini ialah lelaki yang lebih muda bila berpasangan dengan wanita lebih usia. Dari dulu dia selalu sahaja mengikuti perkembangan aku. Dan dia paling mahu tahu siapa lelaki yang boleh bergantung di hati aku. Dia selalu sahaja mahu update nama siapa yang aku genggam dan tulis dalam jiwa. Dia selalu mahu tahu. Dia lebih dashyat dan obsess dari wartawan majalah Hai atau URTV.

Perjalanan yang Tuhan Cipta dalam love life aku itu sendiri menarik aku kira. Kerana aku sering sahaja bersama dengan orang yang lebih muda. Dari zaman sekolah lagi. Aku form 6 dengan pelajar form 4. Aku semester 4, dia semester 2. Aku tengah buat master, dia baru nak masuk second year degree. Aku 26, dia 23 tahun. Aku 27, dia 25. Oh ya, baru aku perasan aku tak pernah bercinta dengan individu yang lebih tua dari aku. Bukan aku mencari yang sebegitu, tapi biasanya perihal cinta dan mencintai ini kita boleh plan kah? Jadi umur itu bukanlah sisi paling penting pun. Jika boleh share cerita, boleh mendengar, understanding dan give and take itu ada, sudah cukup. 

Aku katakan yang aku bukan tak suka lelaki matang. Tapi matang itu kau tak boleh ukur dengan umur. Kadang-kadang sesetengah perkara adik aku Cik Arjuna itu lebih matang menangani soal hidup berbanding aku. Jadi kalau umurnya sahaja 35 atau 40 tahun, tapi masih asyik bersembang tentang perihal lelaki dan perempuan, tips-tips mencari kebahagian, brand apa yang paling in sekarang di pasaran atau setiap kali bertemu hanya buat lawak bangsat kemudian dia sendiri ketawa terbahak-bahak, macam mana? Aku prefer yang umurnya muda tetapi boleh bersembang lebih daripada hal-hal hubungan lain jantina, soal hiburan picisan, pasal motor dan kereta. Kalau sesekali dia berada di aras ketidak-matangannya pun, dia masih boleh di maafkan kerana umurnya masih muda. Itu give and take aku kira.

Dari segi kewangan macam mana. Dia mesti selalu suruh kau belanja kan? Yelah, anak ikan mana ada duit sangat. So, mak ikan la kena belanja. Soalan ni buat aku nak tergelak guling-guling macam icon dalam YM tu. Aku balas. Kau ni bodoh juga kadang-kadang. Kau ingat semua benda kena perlu duit ke? Kalau kau bijak dan berhati terang, kau kena percaya yang perkara bernilai dalam hidup ini priority-nya bukan kertas biru, merah, ungu dalam wallet kau. Kalau kau ukur kebahagian dengan nilai duit, sampai mati pun kau tak boleh bilang. Aku tak tahu orang lain. Tapi aku tak rasa duit boleh beli cinta aku. Simple je babe. Kalau dia ada duit dia belanja, kalau aku ada duit aku belanja. Kalau sama-sama nak belanja, belasah ajelah. No big deal. Takkan itu pun nak jadikan ukuran. Yang mana lebih penting dalam relation, tempat makan atau conversation?

Okaylah. Okaylah. Kau menanglah. Kata dia bila aku menjawab panjang lebar. Semoga kau berbahagia dengan anak-anak ikan kau tu. Aku habiskan menghirup milo ice. Tak menjawab apa pun. Malas. Dia tengok jam. Okaylah babe. Aku balik dulu, nak ambik anak kat sekolah. Dia meraba wallet. Buat muka kalut selamba.  Eh babe, sorrylah. Aku terlupa nak cucuk duitlah tadi. Kau belanja ye. Kemudian dia menyeringai. Aku senyum aje dan angkat kening. Orite. No prob. Kata aku. Eh tapi kau jangan pulak cakap, orang matang ni takde duit. Diorang ada duit cuma kadang-kadang saja nak take advantage pada perempuan bekerjaya macam kau. Nak test. Dia kenyit mata, konon-konon cute. Aku senyum aje dan tengok dia terhegeh-hegeh berlari ke kereta.

So, apa bezanya anak ikan dan bapak ikan? lalalalalala

Bertuah Anak-anak ikan ku. Dapat mak ikan comel. aha.

16 comments:

  1. hahaha..buat bapak ikan..kate orang die yang lebih..gua support lu sis..

    ReplyDelete
  2. nak jadi anak ikan jugak la.
    ada borang?

    ReplyDelete
  3. heheh.. cute laa entri ni...
    tak kisah la kan brape pun umur kita...
    nombor je kan?? hehehe

    ReplyDelete
  4. anak2 ikan tu sebenarnye yang lagi cute...
    hihihihi
    -epolizm-

    ReplyDelete
  5. huhu.. u rugi xdpt anak ikan nsem cam i..huhu.
    serik ber ikan2 ni.. nk cr pari pari lak..

    ReplyDelete
  6. "Kalau kau ukur kebahagian dengan nilai duit, sampai mati pun kau tak boleh bilang"

    :) symbiosis.....
    --------------------------------------------
    dah elok2 jadi manusia nk bertukar jadi ikan :)

    ReplyDelete
  7. Siapakah Bapak ikan yg cakap xserupe bikin ni??? Cetek btol pemikiran die..Anyway kim slam je la kat Bapak Ikan neh..heheheh

    Celakamu Terbaik.. =))

    ReplyDelete
  8. as long as u hepi with him..

    ReplyDelete
  9. tapi kalau bapa ikan, insangnya besar...

    ReplyDelete
  10. ish2 tak ada bezanya pun. mereka ini cakap sahaja berlebihan tetapi buatnya kurang. ish2

    ReplyDelete
  11. hahaha.
    lagi tua lagi gatal.
    lagi tua lagi tak matang.

    quotes untuk hari ni.
    hehe

    ReplyDelete
  12. anak ikan dgn bapak ikan sama saja cuma bezanya kulit dibadan kita...tidak semua anak ikan x ada duit dan tidak semua bapak ikan ada fulus..penting dlm hidup kepercayaan,keikhlasan dan kasihsayang!suka masak ikan sembilang tempoyak

    ReplyDelete
  13. proses untuk menjadi bapak ikan yang berpegalaman adalah di alam anak ikan. anak ikan akan hidup menempuh segala dugaan...belajar dari pengalaman yang di lalui. bercinta dan berkasih. kena tipu dan macam2 terkena. semua ini akan membuat diri anak ikan itu tabah dan iklas dalam hidupnya..

    bila dia menjadi bapak ikan segala pengalaman yang pernah di lalui akan dia pratikkan dan akan di turunkan kepada anak ikan dengan iklas.

    morale cerita ini adalah kehidupan kita adalah kitaran duniawi. semuanya sama hanya kita sahaja merasa ia berbeza2.

    ReplyDelete
  14. gizbo,
    paku dulang paku serpih. hehe

    daud,
    borang dah abis. limited.

    midot,
    ada org anggap umur tu mcm hilang ic. bayangkan kalau ilang ic. kelam kabut, kecoh. padahal, g je la buat baru.

    epolizm,
    cute sama cute kan padan tu. aha.

    epul,
    amboih tak moh kalah. pari2. tapi u penah jd anak ikan kan? haha

    freddy,
    simbiosis? cool. :)

    bye,
    bapak ikan ni takleh pakai. so tak nak kenal kan. haha

    :),
    as long as...yeah

    edolah,
    insang besr tu lg payah nak jaga. haha

    ainul,
    ckp tak serupa bikin. standard.

    ajune,
    fuh! bahaya quote tu. nanti bapak2 ikan terasa noks.

    auntie,
    masaklah. boleh sy datang menumpang. make sure, pedas tau.

    abah,
    abah adalah semua persoalan yang ada kalanya angah tak boleh jwb. :) love u sm.

    ReplyDelete
  15. menarik?

    mungkin x jumpa yg betul2 dinamakan bapak ikan....x semua bapak ikan mcm tu......

    anak ikan....comel tapi dapat yg matang memang untung badan

    ReplyDelete
  16. ai@reel,

    entry ni tak sebelah mana2. inikan experience gue aje. :)

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...