Dia mahu tahu tentang segala-galanya
Atas bawah
Luar dalam
Kiri kanan
Depan belakang
Celah kangkang
Celak ketiak
Celah punggung
Semuanya
Dia tidak mahu jadi yang terakhir tahu tentang masa silam
Yang hitam dan kelam
Yang sakit dan perit
Yang manis dan best
Yang tragis dan dramatik
Yang putih dan hitam
Semuanya
Dia mahu jadi superhero untuk balut setiap luka yang bernanah
Setiap kisah yang berdarah
Setiap ceritera yang parah
Setiap trajedi yang pernah singgah
Setiap debu yang bersepah
Setiap hati yang hampir musnah
Semuanya
Dia akhirnya berhenti di tengah-tengah apabila dia tahu setiap satu darinya
Terlalu dashat katanya
Terlalu menggerunkan bisiknya
Terlalu bahaya jeritnya
Terlalu sukar laungnya
Terlalu, terlalu terlalu, terlalu gerun jerkahnya
Terlalu semuanya
Dia akhirnya melambaikan tangan
Dan pergi kepada tubuh lain
Juga masih belum berhenti menjejak masa lalu insan
Yang katanya penting untuk bernafas di masa depan
Penting untuk tujuan kebersamaan
Penting untuk persefahaman
Penting untuk sebuah kepercayaan
Dan dia kini masih sendiri
Kerana asyik sibuk mengira dan mengkaji
Membuat analisis setiap inci
Tanpa cuba mencermin diri
Respect aje!
walau pun i ni pakar bahasa tubuh...tapi tak lah sampai ke celah2 yg disebutkan tu...
ReplyDeleteedolah,
ReplyDeleteu pakar lain. hehe