Saturday, July 25, 2009

Bila ketetapan tuhan, sudah ditetapkan, tetaplah sudah. Tak ada yang bisa merubah dan takkan bisa berubah-Dewa

Saya pernah terlibat dalam 2 produksi Yasmin Ahmad. Saya menjadi extra ala-ala dalam Muksin dan saya menjadi crew untuk department wardrobe untuk iklan Cekodok Raya tahun lepas. Apa yang paling saya kagum dengan Yasmin ialah cara dia mengarahkan pelakon-pelakonnya untuk menjadi se'natural yang mungkin. Bagaimana tidak natural, jika proses untuk rehersal sahaja memakan masa 2,3 bulan. Tentunya pelakon sudah bersedia dan masuk terus ke dalam character masing-masing apabila sudah bergelumang selama beberapa bulan dengan dialog dan environment sebenar di waktu rehersal. Apabila sampai waktu shooting, semua pelakon akan bersahaja depan camera. Itu yang tidak ada dalam pengarah-pengarah lain di Malaysia saya kira. 

Saya ingat lagi semasa shooting Cekodok Raya di Kuala Kangsar. Pada satu scene itu, pelakonnya Adibah Noor harus keluar dari rumah membawa beg dengan perasaan yang gembira dan berbunga-bunga mahu balik berhari raya ke kampung. Yasmin create situasi itu dengan cara memasangkan sebuah lagu Spain yang begitu harmoni dan melayang-layang agar Adibah masuk ke dalam suasana itu. Dia sendiri berusaha melakonkan perasaan dan emosi itu agar Adibah tidak sukar membuat reaksi muka dan body language yang dia mahukan. Bersungguh-sungguh dia memberikan rasa itu sepadan dengan lagu yang sedang berkumandang. Pada waktu tu saya memerhati lagak Yasmin dengan senyuman meleret dan mahu aje memeluk dia dan beritahu pada dia, dia memang sutradara yang hebat. Saya kagum. 

Saya tidak terlalu obses dengan filem-filem Yasmin. Yang paling saya suka dan begitu original, saya rasa Sepet. Yang lain-lain itu saya rasa biasa aje. Cuma saya rasa Yasmin ada gaya dan style dia sendiri yang bila kita tonton, kita tahu itu movie dia. Dan dia juga try too hard untuk memasukkan sejumlah besar rasa humanity dalam karyanya. Dia mahu semua masyarakat bersatu dan bakar terus rasa prejudis sesama bangsa. Itu mungkin terlalu idealis. Tetapi itu kan lebih baik daripada menghidangkan filem-filem mengutuk bangsa sendiri, mencerminkan attitude anak-anak muda yang hanky panky yang kononnya setaraf dengan barat, cerita-cerita hantu, lawak-lawak bangsat. Saya rasa part humanity dan try too hard itu ada samanya dengan saya. Ada orang kata filem pendek yang saya buat ada kalanya terlalu mahu mendidik audience. Lantaklah, sebab saya tahu apa saya buat. Saya rasa pembikin filem harus ada rasa tanggungjawab, kalau bukan pada audience, at least pada diri sendiri. 

Yasmin tak pernah patah semangat. Walaupun kontroversi demi kontroversi kena atas muka dia. Dia relaks-relaks aje. Dan masih terus buat filem. Seorang dua aje yang benci dan menentang, tetapi ada jutaan yang mendoakan dia terus berjuang. Semoga dia baik-baik aje. 

Saya juga takkan berhenti buat filem pendek sehingga saya boleh ada satu features saya sendiri. Untuk Maskara Shorties tahun ini, saya dan Ajune sedang dalam pre-pro untuk short film baru kami. Saya co-direct dan cik ajune akan direct filem pendek pertamanya yang sepatutnya telah lama dicuba. Geng-geng Soljah yang selalu tanya pasal bila next film, bila next film, moga ini bisa mengubat kerinduan kalian. Encik Vovin - slot untuk saya ada lagikan? :)

*Waktu ini Cik Ajune menjadi Assist saya. Katanya saya garang macam singa. Kita tunggu time dia direct, dia garang macam apa pula.

5 comments:

  1. Entry ini ditulis sebelum Yasmin menghembuskan nafasnya yg terakhir 11.25mlm tadi. Al-Fatihah.

    ):

    ReplyDelete
  2. tribute to d late Yasmin Ahmad.

    al-fatihah.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah buat yasim ahmad atau nama sebenar zulkifi ahmad

    ReplyDelete
  4. saya setuju dgn ulasan anda walupun saya tidak tercebur didalm dunia seni but dari pemerhatian saya beliau lain dari lain

    al fatihah utk arwah dan takziah utk keluarganya

    nice blog

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...