Monday, July 13, 2009

Personality Test

Hampir setiap malam aku punya seisi conversation dengan seorang teman di ruang Yahoo Mesengger. Seorang teman yang aku kenal di alam maya. Seorang teman yang berada lain benua. Selain meng’update aktiviti masing-masing, kami sering berargumentasi dan berdiskusi tentang hampir semua perkara. Dia seorang teman yang cool aku kira. Kita tak pernah bertemu tetapi conversation kita seolah kita punya hubungan bertahun.

Satu malam dia bertanya, jika kau jadi haiwan, kau adalah haiwan apa? Aku diam dalam 10 seconds. Dan membuat icon menggaru-garu di dagu. Dia balas dengan icon senyum. Aku menjawab dengan bertanya kembali. Soalan apa tu? Ini personality test ke? Dia buat icon senyum lagi kemudian menjawab. Nope! Saja-saja mahu tahu. Boleh bagi 2 ke? Tanya aku. Kau bagi satu dulu – Jawab dia. Aku jawab – Burung. Kemudian dia jawab – OK bersama icon senyum. Kami diam dalam beberapa seconds. Kemudian aku tanya – So, apa interpretation nya? Dia balas – No interpretation. Aku saja mahu tahu. Dan sekarang aku tahu kau burung. That’s all. Aku buat icon senyum. Dan membalas - Oh itu saja. Aku kira kita sedang berada dalam permainan personality test. Aku baru aje hampir  teruja. Kemudian aku taipkan ‘hehe’. Dia balas dengan ‘hehe’ juga. Kemudian bertanya lagi. So, lagi satu? Dolphin. Kemudian dia hanya buat icon senyum. Now I know u are dolphin and bird. Dan ia masih no interpretation. Aku buat icon senyum. Dia balas dengan icon yang sama.

Aku katakan yang aku tidak akan bertanya pada dia soalan yang sama. Masa zaman practical, aku dah muntah menganalisis personality individu. Aku tak percaya yang personality boleh di uji untuk melihat sikap dan perilaku seorang manusia. Sedang manusia berubah setiap detik. Hari ni kau kata kau kenal sangat dia, esok kau mula bertanya – Kau ni siapa sebenarnya?

Kemudian dia kata – Aku di sini bukan untuk judge kau babe! Aku cuma mahu tahu jika diberikan pilihan, apa yang kau akan pilih. Itu sahaja. Aku buat icon senyum kemudian membalas. Yeah, itupun opinion aku saja babe. Kau tentu ada opinion kau sendiri.

Bila aku dah menguap depan lap top. Aku katakan - Babe, aku ngantuk dah. Chat later kay. Dia jawab Ok, nite-nite and sweet dreams. Aku buat icon senyum. Kemudian sebelum aku offline, aku nampak di bawah YM itu :  AJ is typing. Aku tunggu.

Dolphin and bird – u like to be free. Kemudian icon senyum.

Aku balas icon senyum juga. Kemudian memilih untuk sign out.

Itu mungkin bukan Judgement.  Itu opinion. Aku tarik selimut dan pandang bintang glow in the dark di dinding dan pejam mata. 

9 comments:

  1. burung yang suka berlumba dengan ikan lumba lumba...

    ReplyDelete
  2. hahaha..betul ke manusia tak bleh dianalisis..maksud aku..manusia mesti ade stereotype diekan..ape yang die suke dan die akan buat bende tu berulang-ulang..ko sendrik pun ade intrepetasi ko bilamana ko pilih untuk jadi burung dan dolphin..maksud aku..pandangan aku jelah..ko lebih tahu..tq..

    ReplyDelete
  3. rozinor,
    burung berpaut atas badan dolphin. :)

    gizbo,
    esok2 aku boleh jadi semut atau jadi burung. lusa plak aku jadi tenggiling. human-human-human.

    kucing terbang,
    :)

    ReplyDelete
  4. haha,tp kita ttp mnusia..fazleena,kalu ada teater yg u rs best,inform me k.i nak tgk lg..suke!

    ReplyDelete
  5. faz...
    selalulah si burung lemas dipautan ikan lumba lumba macam tu...

    ReplyDelete
  6. You 'are' who you think you 'are'.

    GA :)

    ReplyDelete
  7. Lain benua lain binatangnya

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...