Thursday, October 8, 2009

Razaknisme

Rasanya cukuplah membaca komen Syali tentang filem baru Razak. Dah boleh bayang macam mana. Aku gelak bagai nak rak membaca reviewnya. Cukuplah aku muntah tengok Duyung di Astro time raya tu. Takkan nak muntah banyak kali. Sanggup Yassin jadi beruk? Sanggup Maya terima jadi duyung? Oh lupa, ada yang nak duit aje. Sampai tak kisah jadi bongok. Sampai aku ada anak esok pun, filem dia macam tu je lah. Tak payahlah nak ada expectation yang gempak-gempak. Walaupun dia akan kata setiap kali filem baru dia keluar - "Filem saya kali ini memang lain dari filem sebelumnya. Tidak ada lagi lawak-lawak bangsat dan memberi sesuatu kepada masyarakat untuk difikirkan." Takyah la pakcik Razak oii. Be yourself!

Menurut budak-budak dalam kursus ini, semua orang dipaksa menjual tiket untuk memenuhi penilaian subjek. Kena jual 150 keping sorang. Kalau tak jual? Potong markah. Mereka berlegar-legar mencari pembeli untuk menonton filem baru itu di Shah Alam. Siap mengetuk pintu hostel untuk menjual tiket. Aku tanya salah sorang dari mereka, macam mana kau promote? Katanya - aku bagitahu ada artis yang datang malam tu. Ramai. Kalau korang tak nak tengok filem tu pun takpe, korang belilah sebab aku. Selamatkan subject aku. Pintar jugalah. Ceh! Manipulasi students sungguh. Sebab RM5 je sekeping, jadi diorang tengok muka kesian budak-budak nak lulus exam dengan cemerlang ni, beli ajelah.

Betullah tu kata Estrella dalam Great Expectation :

We are who we are. People don't change.

10 comments:

  1. aduh. sangat tepat erti entri ni. btw, aku tak tau razak tu manipulate students sampai cam tu. haish.

    ReplyDelete
  2. ouchh... hehe...

    mujur-lah x pegi tgk, sis... tiket yg ada pun abis dijual kasi org lain, bantu membantu kan amalan mulia...

    btw, you vommitted lps tgk Duyung sbb Yassin jadi Orix? i got sick to see pengarah Jin Notti jd org kanan Kordi... erm...

    ReplyDelete
  3. Kalau Ajune masih dalam kelas Razak, baik tukar nama dia kepada Mona (bukan nama sebenar). Takut Silap haribulan, markah dia kena potong sebab entri ini.

    ReplyDelete
  4. reverie,
    manipulation world babeh!

    mapieceofart,
    semuanya dalam duyung menyampah. kecuali sampoerna. sungguh indah. filem itu bikin sampoerna jadi sampah juga. sian.

    tok,
    markah dia dah kena potong pun. tak capai 150 keping. takyah la nak tukar nama. :)

    ReplyDelete
  5. betul.
    tp razak cikgu yang baik.
    ambil jugak ilmu dia untuk pembaik pulih.
    :D

    ReplyDelete
  6. tak apa.. klu razak tak nak bagi A kat Ajun, biar saya yang bagi.. hehehe

    ReplyDelete
  7. angah,jangan tulis nama aku laaaa...
    nnt takut ada stalker.
    tulis nama orng lain.
    penat aku berhempas pulas demi markah ni.

    ReplyDelete
  8. jaja,
    jadilah anak murid yg baik. :)

    syali,
    awak ada prof ke? hee

    ajune,
    okay, kalau gua rajin.

    ReplyDelete
  9. aku mmg sedih gak la ngan Razak tu, dah citarasa dia mcmtu. tapi tahap box office gak. kalau seni tahap mcmane pun cerita tu tp kalau tak laku. rugi je,syok sorg2 jugak.

    Duit tu penting.

    ReplyDelete
  10. suxx,
    ye la, razak kan dah ckp : definisi filem yg baik adalah filem yang kutipannya tinggi. betul la apa yg dia buat tu. :)

    ReplyDelete