Friday, February 12, 2010

Attention Seeker

Lepas satu-satu musibah yang jadi. Kematian, keguguran, kehilangan, kesedihan. Tapi dia beritahu aku dengan penuh ketenangan - Semua yang berlaku ada hikmahnya. Saya tak kuat, tapi saya harus tabah.

Dan aku disini juga hanya boleh beritahu perkara yang sama pada dia. Tuhan selalu ada untuk orang-orang yang sabar. Walaupun kesakitan dihatinya tidak boleh aku rasa bagaimana. Airmatanya tak mampu aku kesat sebab aku tak punya sapu tangan sakti yang mampu membuatkan dia lupa tentang kesedihan dan dugaan yang menimpa. Aku hanya mampu jadi kawan yang beritahu dia "everything will be ok dear."

Aku hairan pada mereka yang rasa hidup mempermainkan mereka dan memilih untuk merungut serta mengugut untuk 'give up' dengan hidup. Berapa ramai yang menadah tangan meminta Tuhan agar berikan mereka nyawa dan kehidupan? Dan ramai pula yang senang-senang fed up dengan hidupnya dan mahu mati. Boleh bernafas dengan selesa, punya cinta di sekelilingnya, punya duit di kocek, boleh makan dengan aman, masih boleh minum teh tarik dan makan tandori. Tapi hanya kerana hatinya yang sedikit melecet, dia sudah bosan untuk teruskan kehidupan. Menyalahkan yang bukan-bukan. Mempersoalkan 'kenapa semuanya harus jadi sebegitu?'.

Teman di Facebook. Baru sahaja putus cinta. Kerana yakin dan percaya cintanya sampai syurga, dia tak boleh terima apabila kekasihnya tinggalkan dia. Setiap sejam sekali dia update status dia di facebook menyatakan rasa tidak puas hati, bengang, putus harapan, sakit hati, marah, kecewa dan mahu mati. Berapa besar agaknya assumption yang dia buat dalam hidupnya sehari-hari? Sebab tu hidup tidak boleh diramal, supaya kita tak belajar buat assumption yang bukan-bukan. Supaya hidup tidak penuh pengharapan. Risiko selalu ada di depan. Yang penting, be prepared. Untuk sebarang kemungkinan.

Kalau betul-betul runsing, depress dan mahu mati kenapa masih sempat menulis status di facebook? Terjun lombong atau pergi mandi kat PD boleh kena gigit dengan buaya. Kan senang.

Ohh Attention seeker mungkin.

5 comments:

  1. *Tidak cukup kuat untuk menempuh dugaan yang sentiasa mendatang*

    ReplyDelete
  2. kak adek, macam-macam ada di facebook.
    ada yang sangap pun pos status cerita-dalam-kain. sungguh geli lagi lucah.

    pelik.

    itulah. perlu otak waras untuk handle setiap apa yang jadi.

    ReplyDelete
  3. ya betul kewarasan perlu ada. semua orang sebenarnya gila tapi sesetengah boleh dikawal oleh kewarasan. yang tak boleh diubah harus diterima, yang tak boleh diterima harus diubah.

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...