Tuesday, June 29, 2010

My Beautiful Cousin






Sepupu-sepupu,
ingat lagi waktu kita mandi telanjang di perigi
main kejar-kejar di pinggir kali
kena sebat dengan wan dan atuk sebab makan jambu curi
pakai baju sedondon di aidilfiri
berlagak jadi police dan pencuri
memaut lengan mak Ucu yang akan selalu melindungi

Sepupu-sepupu,
ingat lagi tentang geletek kita malam itu
tentang siapa yang datang period dulu
ukur buah dada siapa yang paling padu
berlagak tunjuk boyfriend masing-masing yang punya senyum paling madu
kongsi dan tukar-tukar fesyen baju
beritahu satu sama lain - "hey, kita semua ratu"

Sepupu-sepupu,
kita kadang-kadang rasa jauh sebab masa
kadang-kadang dekat tapi tak bersama
namun kasih antara kita tetap ada
kita masih sepupu yang serupa
dulu, sekarang sama saja
sampai bila-bila.

6 comments:

  1. sepupu sepupu ni ade yang single tak? hehe

    ReplyDelete
  2. setuju, semua cousin kamu beautiful. heheh

    ReplyDelete
  3. brenn,
    semua sudah berpunya! :)

    picisan,
    kan? :)

    ReplyDelete
  4. entry ni buat rindu kat semua cousins
    esp. yang sebaya.

    kami perempuan berempat.
    haih macam u guys jugak. cuma u guys ramai lagi sikit

    :D

    darah lebih pekat dari air.

    ReplyDelete
  5. m,
    darah lagi pekat dr air. :)

    jumari,
    :)

    ReplyDelete