Wednesday, July 7, 2010

Make Up

Dia dah calitkan make up paling mahal hari tu. Bukan make up yang dibeli di uptown atau downtown night market. Yang nampak ori tapi semuanya buatan siam. Dia beli di KLCC. Di butik MAC. Oh, MAC jenama untuk celebrity dan mak-mak datin. Mahal. Duit gajinya dikumpul setiap bulan demi mengenggam set make up jenama itu. Tak kisah mahal, yang penting puas. Dengan blusher yang di campur sama rata. Merah yang tak merah sangat. Eye shadow yang dilapik dua warna untuk menampakkan matanya yang kecil lebih bulat dan diserikan dengan eye liner serta maskara. Dan gincu merah Gwen Stefani sesuai dengan kulitnya yang putih gebu. Perfect! Dia melangkah dengan yakin, dengan senyum meleret. Make up MAC itu nampaknya sungguh-sungguh membantu. Dia jalan mendada, positif dan bersemangat. Tapi pelik. Hari tu menjadi sebaliknya. Tiada kerlingan manja abang-abang guard seperti sebelumnya ketika melangkah ke pintu gate bangunan ofisnya. Tiada kakak cleaner yang menegur tentang pakaian atau kehalusan kulitnya. Tiada angkat-angkat kening atau kenyit mata bosnya. Tiada ucapan 'wow, u look gorgeous' yang biasa diterima dari despatch yang menghantar surat setiap pagi.

Apa yang tak kena? Tiada yang tidak kena. Dia cuma lupa menaruhkan make up di hatinya. Sedikit blusher di sisi hati kiri dan kanan. Sedikit maskara dan eye liner di belah atas, taburan bedak compact di sekitarnya dan sedikit gincu dan tak perlu merah sangat kerana hatinya sudah cukup lawa.

Oh shit. Dia terlupa. Dan pulang dengan kecewa.

4 comments:

  1. hati i xperlu makeup lg kerana sudah penuh cinta dan bunga2 mekar.. hehe

    ReplyDelete
  2. maknanya rupa bukan segala, kan kakak?
    hati tetap di tangga teratas. :)

    ReplyDelete
  3. ade apa pada rupa kan kak?
    ;)

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...