Tuesday, September 14, 2010

Abah dan Opah

Sejak Arwah Wan dan Atuk belah mak kembali ke rahmatullah lebih 20 tahun lalu, kami sekeluarga dah tak pulang ke Banting bila hari raya. Setiap tahun akan pulang ke Selama, Perak kampung belah abah. Di Selama kami masih punya seorang nenek yang dipanggil opah yang sama umurnya dengan Dr. mahathir. Kalau kami tanya umur opah, dia mesti sebut - Opah sebaya dengan Dr. Mahathir. Pantang nampak DR M kat Tv,mesti dia jerit - Kami sebaya. Kami sebaya. Dengan slang perak dia yang sangat pekat. Cute kan opah?

Memang tradisi atau peraturan yang abah tetapkan, dia memang suka kami sekeluarga ke mana-mana bersama. Sejak kecil kami diajar untuk unite. Antara taktik untuk menyerapkan unite ialah dengan menggalakkan anak-anak selalu ada bersama-sama dengan kedua ibu bapa. Prinsip abah barangkali. Tak kira ke mana-mana, kenduri kahwin sedara mara, jemputan majlis makan-makan kawan abah atau kawan mak, beli barang dapur, jalan-jalan shopping complex memang dia akan angkut dan heret kami adik beradik sekali. Mesti. Kalau salah seorang tiada, dia akan senyap aje sepanjang perjalanan. Jadi tak happy. Jadi keberangkalian untuk salah seorang adik beradik kami tiada tu amat-amatlah kurang. Pernah sekali kami cuba buat pakatan, buat plan supaya abah tak bawa kami sekali dengan cara tunjuk rebel buat-buat tak mahu salin baju bila dia dah start kereta. Sorang tengok tv, seorang buat-buat tido, seorang kat dalam toilet. Tapi abah tunggu aje kami, tak hon kereta, tak marah-marah, tak masuk rumah-keluar-masuk balik untuk herdik kami. Lama-lama kami faham dan rasa serba salah dengan reverse psikologi abah, kami akur juga. Muka masam mencuka maasing-masing, tapi abah akan buat-buat lawak Os atau lawak P.Ramlee dalam kereta, peluk-peluk mesra kami adik-beradik, dan akhirnya semuanya akan kembali okay. Apatah lagi ada kalanya abah rasuah dengan beli tshirt atau jeans baru. Semua tu kami lalui sejak kecil lagi. Dari ke mana-mana naik bas, boleh pakai motor dan sampai boleh beli kereta second hand, even though sampai sekarang pun.

Sampai sekarang pun, anak-anak dah besar panjang dan tua bangka ni pun masih lagi di ajak ke mana-mana sekalipun. Excitement untuk rasa kebersamaan tu selalu saja berada pada kadar yang tinggi. Cuma anak-anak bila dah besar ni tak pandang lagi rasuah dan reverse psikologi abah. Darah muda masing-masing. Mana nak lagi jalan-jalan pegang tangan dengan adik beradik. Pegangkan barang mak dan abah. Tolak troli sama-sama. Letih juga nak membontot aje mak dan abah. Ada masanya kita punya plan dan ruang kita sendiri. We needs privacy. berjalan dengan kawan, dengan kekasih kan lebih punya nikmat gitu. Jadinya bila dah besar ni abah dah tak paksa-paksa sangat atau buat muka bila kami salah seorang bila ke mana-mana, tapi dia selalu bisik atau ngadu kat mak. Mak yang akan sampaikan kat kami. Abah selalu cakap : napa ajune tak ikut? angah ada banyak sangat kerja ke sebab tak ikut? alis dengan boboy dah tak nak ikut kita lagi ke? Sedih juga kalau dengar macam tu. Jadi selalunya jika ada kelapangan, kami ikut jugalah. Suka tengok muka abah senyum. Excited dia lain macam kalau kami ada. Aku rasa sebab tu agaknya adik beradik kami sangat rapat. Bergaduh juga tapi tak panjang. Aku boleh lepak dengan kawan-kawan ajune, ajune boleh lepak dengan kawan aku, alis dengan boboy boleh bawa aku dan ajune lepak dengan geng depa. Along kalau bos dia ajak pergi karaoke selalu nak bawa kami. Dan rasa sayang tu selalu mahu ditonjolkan, di express. Aku rasa tu antara mission yang mahu abah capai bila peraturan tu abah ciptakan pada keluarga kami. Mungkin.

Orite, bercakap soal balik kampung bila raya dah confirm-confirmlah memang kena balik kampung. Janganlah nak mengelak atau tunjuk surat sebab, memang tak jalanlah. Masa ni abah ada kuasa veto untuk angkut kami semua adik-beradik balik kampung. Bukan balik raya aje, kalau ada cuti panjang abah memang akan balik. Kadang-kadang dia ambil cuti untuk tengok opah kat kampung. Itulah yang berlaku sejak kami tak berpeluang lagi raya rumah arwah wan dan atuk di Banting. Itu tidak menjadi masalah, sebab kami patut rasa syukur masih punya kampung dan nenek. Dan boleh balik kampung bila hari raya. Kan balik kampung dan raya itu sangat signifikan. Ada orang sanggup raya rumah orang lain semata-mata untuk rasa beraya di kampung, inikan pula kita yang ada kampung. Macam abah selalu cakap bila kami tarik muka pasal balik kampung; katanya - Appreciate what u have before its gone. Kalau opah dah takde besok, kita raya ajelah rumah kita. Selagi dia ada, tanggungjawab kita untuk ingat dia. Selalunya ayat dia tu matikan semua benda.

Kampung kat Selama tak macam kampung. Sebab opah tinggal di taman perumahan rumah kos rendah dan tidak pernah pindah-pindah dari dulu. Rumah kecil yang opah dah tambah sikit depan dia sebab anak Opah ada 12 dan cucu-cicit dan bertimbun-timbun. Atap rendah rumah opah dan ruang sempit buat pengudaraan jadi tak berapa betul. Boboy dengan alis selalu merungut rumah Opah macam sauna. Selama pula pekan kecil yang takde apa. Paling rare pun ada 7E aje. 7E pun baru ada 2,3 tahun lepas. Shopping complex memang jangan haraplah. Kalau nak jalan-jalan pun kami selalu pergi Taiping aje, at least kat Taiping ada lake garden. Syok sikit main naik basikal dalam air tu. Boring-boring boleh masuk Zoo Taiping. 45 minit jugalah dari Selama nak ke Taiping tu. Tapi demi nak hilangkan bosan duduk Selama dengan rasa stress, kami pastikan akan ke Taiping hari kedua sesampainya dari Selama. Jadi sambutan hari raya biasa sahaja. Takdelah nak rasa riuh-riuh bakar lemang kat halaman rumah atau main bunga api mercun guna pelita yang pasang keliling rumah. Faktor besar yang tidak memungkinkan itu adalah seperti yang tertera d atas tadi. Faktor rumah mungkin. Tapi tu bukanlah soal paling besar. Rumah kecil, rumah besar tu bukan faktornya. Rumah besar atau rumah kecil kalau takde orang, buat apa?

Kami adik beradik dan kadang-kadang mak sekali selalu merungut pasal balik kampung ni bukan apa, selalunya kami aje yang ada di kampung bila raya. Dulu masa kecil-kecil tak terasa sangat, tapi bila dah besar ni kami pelik dengan situasi di mana hanya keluarga kami dan beberapa keluarga di sekitar Kl ni aje yang balik ke kampung. Ada dalam 3 family. Sedangkan lebih dari separuh yang tinggal berdekatan dengan Opah seperti di Ipoh, Taiping, Jelapang yang semuanya tak lebih dari 2 jam untuk ke Selama tu tak ada pada hari Raya atau tidak menitikberatkan konsep balik kampung.Pernah sekali dua tu, kami sahaja adik beradik yang ada. Sepupu lain, dan sedara mara yang lain tak nampak batang hidung. Depa akan datang raya kedua untuk lepak rumah opah selama 2 jam atau 3 jam, makan-makan, kukik kukik kukik kukik gelak mengekek, ambil gambar ala-ala dan kemudian blah. Ajun dan aku akan jadi pelayan hotel kelas 1 yang akan menyediakan makan minum dan mak akan jadi chef handalan di dapur. Layan depa datang, jamu makan-makan, kenyang, kentut dan ber-ambus. Begitulah acapkalinya yang terjadi. Sebab kami pulang sebelum raya dana kan pulang ke KL 3,4 hari raya kadang-kadang lebih seminggu.

Pernah kami nak bawa Opah raya kat KL, tapi biasalah orang tua kan mana nak raya rumah orang. Dia mesti nak raya rumah dia sendiri. Rumah dia besarkan anak-anak dia. Rumah dia dengan Tok Wan semai cinta. Rumah dia. Tak sama macam rumah orang lain. Opah cuma tinggal dengan makcik kami yang tak berkahwin dan tak berapa sihat dari segi tekanan emosi dan mental sebab ada peristiwa yang terjadi pada dia zaman dia muda dulu. Dia pilih untuk hidup seorang diri dan tidak berkahwin sampai sekarang. Dia pun tak berapa sehat, opah pun dah tua. Dua-dua pun kena telan ubat. Tapi diorang ada satu sama lain. Diorang boleh jaga diri diorang satu sama lain. Diorang selesa tinggal berdua kat Selama. Tak mahu pergi mana-mana. Opah selalu risau kalau dia takde nanti, apa akan jadi pada makcik kami tu yang kami panggil dia Mak yang. Rasanya sama aje timbal balik perasaan Mak yang bila dia tiada nanti, siapa pula yang akan jaga opah.

Lately abah ada juga suarakan rasa sedih dia mengenangkan adik beradik dia yang dah tak ingat jalan ke kampung untuk pulang berhari raya dengan ibu mereka, tapi secara soft spoken. Abah gembira dapat tengok anak-anak berkumpul depan mata, tapi abah sayu tengok adik beradiknya tidak ada bersama. Selalunya abah bising-bising, bengang bila tengok tiada siapa yang balik tapi bila geng-geng tu datang juga rumah opah walau satu jam atau dua jam macam tetamu khas, abah akan tutup sedih dia. Abah akan jadi orang paling sibuk beli itu beli ini untuk jamu adik beradik dan anak-anak mereka. Abah akan pujuk aku dengan ajune tolong hidang dan layan kerenah mereka yang selalunya datang dengan perut kosong. Abah akan perintahkan mak untuk masak best-best, kalau tak cukup Abah keluar pekan pergi beli lagi. Satu jam, dua jam tu dah buat abah rasa happy dapat tengok opah senyum. Kadang-kadang bengang juga bila time berborak opah tak habis-habis duk tanya - mana si polan tu tak datang raya ke? mana yang tu yang ni, tak mau datang rumah opah dah ke? Letih dan malas juga nak menjawab. Kami ni yang depan mata pun kadang-kadang dia tak ingat siapa kami. Kami yang tiap-tiap tahun ada ni pun Opah macam tak hargai. Tapi bila fikir balik, betullah tu. Dia tanya macam tu tanda dia rindu anak cucu dia. Dia mungkin pelik kenapa kami aje yang selalu ada. Kami selalu cakap : Takpelah opah, kami kan ada. Sedapkan hati opah, sedapkan hati kami sendiri.

Pernah kami balik kampung dan ambil gambar opah dan letak di facebook. Ramai pula yang komen itu ini. Kebetulan gambar opah tu kami ambil candid. Gambar opah tak pakai serkup. Amboi, depa duk komen bagai nak rak. Tak jaga aurat opah la, kami urban sangatlah, terus bagi fatwa dan hadis-hadis tentang agamalah dan banyak lagi komen yang bodoh-bodoh. Niat kami share gambar tu untuk diorang boleh tengok keadaan opah dan berharap bila free pergilah menjenguk. Ni tahu nak kutuk je. Oh lupa, diorang semua ilmu agama tinggi, pakai tudung dan buat pekerjaan mulia. Adik aku main muzik, ajun menggeletis di lokasi shooting dan aku bersentuhan sesama lelaki di pentas teater, maka kami tak boleh buat salah sikit. Dan kami tak reti bezakan soal halal haram dan kami juga tak layak nak berdebat soal agama. Entah-entah pafa pun kami tak lulus. Terbaru abah niat nak buat opah haji untuk opah. Dia buat tabung untuk saudara mara yang ikhlas untuk derma untuk opah boleh buat haji. Habis abah kena tiaw. Habis kena tembak gila-gila. Semua nak jadi ustadz copy and paste kat internet semua hadis-hadis untuk beritahu apa yang abah buat tu tak ikut hukum. Bukan setakat adik beradik abah, habis semua anak-anak saudara yakni sepupu-sepupu aku yang laksana belajar di al-azhar itu masuk campur. Semuanya nak tunjuk hebat pasal agama. Ke diorang lupa agama ajar manusia untuk saling hormat menghormati?

Masa on the way pulang dari kampung, aku berbual dengan adik beradik yang lain. Abah dengan mak dalam satu kereta yang lain. Masa tu Boboy mempertikaikan soal kenapa abah tak jadi tegar dan tegas untuk beritahu pada adik beradiknya supaya pulanglah balik kampung untuk sambut hari raya bersama opah. Aku cakap sebab abah nak diorang balik tengok opah dengan ikhlas sebab tanggungjawab mengingati ibu bapa kita adalah tanggungjawab anak, dan orang lain tak perlu mengingatkan. Aku tanya Boboy : Boy, esok awak dah kahwin dan ada anak-anak tapi awak tinggal cuma di Bangi atau Kajang sedangkan rumah mak abah kita di Bandar Seri Putra, awak tak nak balik jenguk diorang ke? Boboy senyap je. Tak tahulah dia bersetuju dalam diam atau dia tak tahu nak imagine bagaimana dia di masa-masa depan.

Bila difikirkan balik, apa yang abah buat pada kami sejak kecil banyak buat aku berfikir tentang apa yang refleks dia terhadap realiti sebenar keluarga dia. Kalau kami fikir soal kebersamaan dan hubungan adik beradik tu penting, kami sepatutnya kena tanam benda tu dari sekarang. Benar kita tidak tahu apa expectation akan datang, tapi sekurang-kurangnya abah dah bagi jalan. Dah tunjuk pengalaman. Sepatutnya kami belajar dari semua itu. Betullah kata-kata tu : Ibu seorang boleh jaga 10 orang anak, anak 10 orang belum tentu boleh jaga seorang ibu. Dah ada bukti depan mata.

9 comments:

  1. Saya pernah ada wan (nenek) di Banting. Tapi sekarang dah tiada.

    Raya kedua itu hari saya di Taman Merdeka, Selama..

    Lepas ni bolehla kita berpiknik ke Lata Tebing Tinggi... hehehe

    ReplyDelete
  2. zan,

    la ye ke? org selama juga ke? okeh2 next time kita picnic sama2. :)

    ReplyDelete
  3. kalau sudi lepas ni, raya datang rumah nisha ya. di bagan serai, lebih kurang setengah jam dari selama. raya depan bendang. :)

    ReplyDelete
  4. ok. rasa mahu menangis.

    jujur sungguh ini. kakak, yang ada depan mata itu memang selalu dipandang sebelah mata. tunggu ditarik nikmat baru kita mahu selongkar kisah lama dan merindu bagai nak gila.

    kak,orang yang "agama" sering merosakkan roh agama. sedangkan syurga itu milik Tuhan. dan Dia Maha Penyayang.


    rindu arwah nenek TT

    ReplyDelete
  5. Selama tempat kroni..hahaha. Kampung kat Bagan Serai, Taman Intan.

    Eh..Nisha, kita sekampung? Kat Parit mana ke Alor Pongsu? keh keh keh

    ReplyDelete
  6. aloy,
    :)

    aishah,
    thanks 4 ur quote darl. it meant a lot to me. :)

    zan,
    nanti tahun depan kita picnic sama2 ajak cik nisha. hee

    ReplyDelete
  7. wehh..baru ku tau ko org selama..pesal tak penah gtau???yang,penat dowh baca,..tapi aku suka!sebab sedara mara aku pun mcam tuh.yg ala2 al azhar cemtuh pun ada...
    trase best plak pacik daddy cool org selama...huhu..tapi bgn serai lagi maju jaya la..pekan nya..
    *zan..hang taman intan depan fairos ka??sapa budak nihh??huhuh

    ReplyDelete
  8. zan: kat Alor Pongsu dan Parit Simpang 5. heheh.
    keciknya dunia, mak ngah ada kat Taman Intan.

    kakak, seronoklah lepas ni raya ramai ada di Perak. :)

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...