Sunday, October 3, 2010

Let's Watch Your Hand

Ini play pertama berbahasa inggeris yang saya direct. Oh ya, ia dipentaskan semasa bulan puasa tempohari. Play ini untuk create awareness di kalangan pelajar sekolah rendah tentang bagaimana pentingnya membasuh tangan dengan menggunakan sabun. Pada awalnya pihak event meminta saya menjadi cast dan directornya, tapi saya cakap saya dah tua untuk lakonkan watak student primary school. Dan saya rasa dah tiba masanya saya beri peluang kepada adik-adik dan kawan-kawan saya untuk rasa pengalaman ini seperti mana saya pernah terlibat dengan tour event Fumakilla (kesedaran pentingnya menjaga kesihatan untuk elakkan denggi) sebagai cast. Jadi saya tumpukan untuk direct sahaja.

Dua adik dari UPM iaitu Nadirah dan Fika. Nadirah memang fave actress saya sampai bila-bila pun. Saya melihat diri saya di dalam dia. Jika saya punya peluang untuk direct dalam medium apa sekalipun, dia memang selalu jadi 1st choice. Sebab dia tak hipokrit, humble, kuat belajar dan baik hati. Ciri-ciri ni ciri manusia yang saya suka. Dan seorang lagi Fika, iaitu kawan kepada Nadirah. Dia masih baru lagi dan takut-takut tapi bersemangat. Berulang kali dia khabarkan yang dia teruja dan jika ada lagi dia mahu turut serta. Dan seorang lagi geng paradoks aku iaitu Syai. Syai sanggup datang dengan motor ke training kami di UPM malam-malam. Dan boleh hafal skrip english yang berjela-jela tu. Aku kagum dengan attitude dia. Dia tak rasa pun yang play itu harus diperlecehkan kerana play untuk kanak-kanak. Dia buat sungguh-sungguh. Lepas show pihak event tak habis-habis beritahu : good job! pada aku. Aku rasa good job tu pada mereka bertiga. Thanks kerana mahu sama-sama ada dengan aku untuk cipta satu lagi pengalaman manis atas pentas.




3 comments:

  1. kak adik..msh bnyk lagi yg saya harus belajar.
    kata org,belum mantap lg itu ilmu d dada!huhu..
    apa2pun,makasih ya kak adik utk chancenya!!
    feel free to contact me ya kalu ada apa2 yg sy bole bantu..

    ReplyDelete
  2. nisha,
    thanks yang. :)

    nan,
    standby je. on call. :P

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...