Tuesday, November 9, 2010

Demi Roti Bun Kluang dan Ceritera Skodeng






Lepas hajat aku menikmati roti bakar di Kluang Railway Station. Ramai yang ingatkan aku supaya jangan letak hajat yang tinggi sangat, nanti kempunan. Masa aku sampai di Kluang Railway Station selepas check out dari hotel, orang tidak terlalu ramai dan seat kami just nice betul-betul mengadap landasan keretapi. Kami makan seorang 2 nasi lemak yang super sedap sambalnya dan makan 1 bun kaya yang gebu dan enak. Aku lalu pitch pada Amar tentang cita-cita nak buat short filem menggunakan lokasi di railway station. Entah kenapa saya memang suka lokasi di railway station. Ada 1001 kisah yang boleh dirakamkan. Pitch aku tak habis sebab kami diberitahu jam 1pm kedai pun tutup dan akan bukan kembali jam 2.30pm. How lucky me? :)

Aku sampai di Kluang pada sabtu siang dan selepas mandi-mandi terus ke Kluang Parade di mana lokasi berlangsung. Sesampai sahaja lokasi, ada beberapa booth yang dibuka dan kelihatan remaja-remaja Kluang bermain bmx dan skateboard. Amar perasan Hadi dengan buku-buku dalam satu booth yang selalu dijumpa di Frinjan mungkin mewakili geng KL dan Zulhabri yang sedang sibuk mengayuh dengan basikal BMXnya menjenguk dunia. Selepas di brief ala kadar oleh geng organizer, aku ternampak geng JOHO dan lepak bersama mereka. Tak habis-habis ajak ke JB lepak-lepak. Dan kami buat pakatan untuk bawa teater Hegemoni ke sana. Itu semua akan diusulkan pada bos, mr aloy paradoks. Kalau jadi, Hegemoni akan buat first tour di JB. Insyaallah.

Hujan turun agak lebat dalam waktu maghrib. Dan aku diberitahu yang Pak Samad merajuk dengan organizer dan tidak perform malam itu. Ada cerita bawah tanah yang tak boleh diceritakan. Yang pentingnya, organizer harus ambil ikhtibar tentang apa yang dah berlaku. Kecewa juga sebab plan nak ambik gambar dengan Pak Samad untuk adik Nisha Ismail aku yang selalu sahaja ingatkan aku di mana sahaja dia berada. Nisha sms beritahu yang dia di event Frinjan dan doakan yang baik-baik sahaja untuk aku di Kluang. Terima kasih Dik. Awak selalu sahaja ingat. Sayang aku pada Nisha-besar. Sungguhlah, tak perlu ramai-ramai yang sayang kau. Cukuplah seorang, tapi besar.

Malam itu semasa seisi aku dengan Mr. Isham Rais berlangsung, hujan turun renyai-renyai. Kanopi penuh dengan remaja-remaja Kluang yang mahu sama-sama berdiskusi dengan kami. Cuak juga aku duduk sebelah Isham Rais. Kami bincangkan isu Skema vs Stylo dan ia perlu berlangsung dengan santai dan tidak ada unsur-unsur politik atau segala haramjadah. Kebetulan nama abah aku Hishamuddin, dan Isham Rais berkali-kali beritahu audience : ini bukan anak saya ye. Dan aku pulak beritahu : Ini bukan abah saya. Tapi abah saya peminat tegar Tukar Tiub. Abah call aku sebelum aku bergerak ke Kluang dan ingatkan aku supaya pesan pada Isham - Kirim salam. I'm ur biggest fan. Aku dah sampai Kluang pun, abah beritahu perkara yang sama. Dia kata aku beruntung gila dapat share opinion dan duduk dalam satu discussion dengan dia. At least, aku dapat represent abah. At least. Naahhh abah, this is for you. Q n A session juga cemerlang. Anak-anak muda Kluang yang mungkin dahagakan art event sebegini sama-sama kritis untuk berdiskusi. Beberapa kali Isham pesan, event-event macam ni memang sepatutnya dah lama dibuat. Ada ruang untuk expose dan suarakan pendapat. Quote yang paling aku ingat dari Isham ialah :

"Kalau nak jadi bodoh, jadi betul-betul bodoh supaya kebodohan itu boleh diikuti/diingati orang lain. Do try something new. Jangan asyik conform pada society, pada individu. Be free"

Video diskusi dengan Isham Rais boleh dilihat di sini.

Selepas selesai seisi aku dan Isham Rais, ada tayangan filem Gadoh dan script writernya R.Chong ada bersama. Selesai screening, aku dan beberapa yang tinggal di situ buat bulatan kecil sambil bincangkan mengenai filem Gadoh dan isu-isu yang melatarinya. R.Chong kata, filem Gadoh diterbitkan memang missionya untuk create discussion. Bukan untuk selling atau masuk ke big screen. Setiap kali screening, yang dimahukan oleh pihak Komas yang menerbitkan Gadoh dan seluruh produksinya ialah ada perbincangan. Semua orang boleh beri pendapat dan idea tentang isu perkauman di dalamnya. Deep from my heart, aku rasa mission mereka tercapai. Malam itu, ada kalangan pengunjung event dari pelajar sekolah menengah yang baru habis PMR dan discussion itu jadi lebih menarik. Mula-mula malu nak bersuara, lepas tu tak berhenti-henti bercakap. Bagus. Ia ruang untuk express feelings and thoughts.

Selesai bergambar dan salam-salam, aku balik hotel dan buka facebook. Aku tengok penuh wall Fasyali dengan congratulation. Rupanya Skodeng menang filem terbaik untuk 48hours film project 2010. Aku pun sms dan wish di wall dia. Bila aku sampai rumah esoknya, sampai aje bilik. Ajun terus terkam aku dan beritahu yang geng Skodeng menang besar. Bukan 1 hadiah tapi semua hadiah yang ditawarkan termasuk audience choice awards. Peh, aku memang teruja gila walaupun aku tahu aku sama-sama bertanding juga dengan filpen Sihir. Tapi aku ada dalam produksi Sihir, jadi aura nak menang tu belum lagi. Tipulah kalau taknak menang, tapi kita semua boleh tahu dan rasa kalau karya kita tu layak atau tidak untuk menang. Hey, we always can feel it. Macam Syali and the gang, diorang mesti dapat rasa sebab filpen diorang memang bagus. Nampak kemas dan well manage. Akhirnya kita akan nilai pada end product kita, bukan prosesnya. Prosesnya kita rasa, tapi khalayak tak tahu. Bagi aku secara peribadi, produksi Sihir tidak berapa bagus dalam hal pengurusan. Jadual dibuat, tak ikut dan tidak ada plan B. Time management hancur. Peranan setiap orang tak jelas. Konsep 48 jam buat filem itu pun harus difahami juga. Secara keseluruhan, aku suka dengan gelak tawa macam keluarga sepanjang shooting cuma bila bekerja haruslah serius. Bermain dengan serius; kata Bung Kancil coach aku di Kelab teater Rimba UKM. Tapi Sihir ada cerita yang baik. Tok Rimau memang superb. Dia buat skrip sorang-sorang. Dari JB jauh-jauh datang naik bas. Research sorang-sorang. Kalau banyak hal yang dijaga dalam pengurusan produksi, Sihir boleh juga dapat award. Untuk TR, nanti kita buat lagi. Menang tu bonus. Yang penting, pengalaman tu. We learn a lot form that kan. :)

Bila aku tengok filpen Skodeng, aku nampak team work mereka. Aku nampak macam mana mereka agih kerja mereka. Aku nampak macam mana mereka brainstorming idea dan cerita. Aku nampak semua tu, walaupun aku tak tahu bagaimana proses sebalik penghasilan filpen itu kalau Bin Filem tak story dalam blog dia. Yang pastinya, daripada semua filpen yang dipertandingkan filpen mereka paling fresh, ada banyak subtext dibelakangnya, originality, up to date, tak try to hard untuk menempelkan props dan line yang digunakan ( filpen yang lain-lain seolah terdesak menggunakan props, kadang-kadang tak relate dan mengarut sangat) natural, spontan, casting bagus, ada simbolima (sentuhan teater here and there). So, buat apa nak pertikaikan lagi? Memang bagus dan itu sahaja yang layak menang semua award yang dipertandingkan. Ada juga aku dengar suara-suara tak puas hati, sebab hadiah tu semua geng Skodeng bolot, pelik aku. Cukuplah kita ada FFM yang buat event macam hari keluarga, style nak bagi semua orang satu hadiah bawa balik, takkan untuk short film contest kita nak hadap benda yang sama. Come on la. Kalau depa memang bagus, mereka patut dapat semua yang ditawarkan. Ada juga yang kata tentang tak bagus untuk diterbangkan Skodeng di luar sebab tidak global dan bersifat tidak international katanya. Apa yang depa maksudkan global sangat ni? Heh. Tak payahlah cakap pasal global kalau story pun ke laut. Tak payah nak emo-emo dan bengang. Cuba aje lagi tahun hadapan. Take this as a lesson and experience to make a better film for future. Filmmaking is a chance to live many lifetimes kata Robert Altman, so dont give up.

Yang best tu, semua anggota team Skodeng aku pernah kerja dan hasil kerja diorang memang bagus. Bila bergabung, lebih bagus jadinya. Dengan Bin Filem aku dah kerja sebanyak 3 filpen, dengan Syali beberapa buah teater dan art performance, dengan Directornya Hafiz dan editor Rahimi, aku berlakon dalam filpen mereka tajuk Kemenyan yang sampai sekarang aku tak tengok lagi. Tapi aku sempat minta masa hari penamat 48hours ari tu. Aku happy filpen ni dapat bertanding di Miami dengan lain-lain negara. Aku harap diorang bukan sahaja menang di festival luar, geng ni juga akan create new wave dalam industri filem negara. Amin. Amin.



Sihir oleh Team Pelita Bambu



Skodeng oleh team Enjit-enjit Semut

11 comments:

  1. Tok juga akur dengan kemenangan Skodeng. Redho kalah dengan Skodeng. Memang filem itu kemas dari segi teknikal dan falsafahnya.

    Apa pun, Sihir berada dalam Top 50% dari team yang bertanding. Amat membanggakan bagi sebuah team yang muda dan kurang pengalaman. Sihir tidak memalukan jika tour dalam litar festival filem Horror, Film De Femme, KL Fringe dan Maskara Shorties. :-)

    Tok tak serik lagi. Ada rezeki kita bikin filem lagi. :-)

    ReplyDelete
  2. ini kali pertama saya sampai blog ni..tu pun lepas tak puashati (jeles!) tengok gambar2 saudari di No Black Tie bersama Blues Gang.

    Bikin Filem! heh teringat lagu M.Nasir.

    Saya suka lihat manusia aktif macam saudari Fazleena.

    Markah penuh untuk saudari!

    ReplyDelete
  3. kakak, walaupun tak menang, tetap tahniah untuk kakak dan team.

    loves. :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas sokongan.... sangat2 menghargai... sorry tak leh nak reply mesej sebab tak ada kredit masa tu.

    ReplyDelete
  5. TR,
    yes, kita bikin filem byk2 lagi. :)

    jorji,
    saya dah lama baca blog LKNY. suka tgk keletah Layla. cute! nanti saya update pasal show blues gang that day. :)

    Nisha,
    thanks darl. :)

    syali,
    congratssssssss.

    ReplyDelete
  6. saya pernah tayangkan cerita gadoh untuk peserta kursus kepimpinan lepas habis kursus sbgai kesimpulan kursus. dan mahu dioarang tahu dan faham, kemudian berbincang, wow tak sangka plak tulah mission cerita tu dituliskan.. memang berjaya sangat sangat. :)

    ReplyDelete
  7. eh tertinggal satu. congrats kakdek tuk projek 48hours. mesti teruja kan proses die. :)


    miss u.

    ReplyDelete
  8. roti railway yang traditional ni memang true. yang dah ala ala kopitiam tu tak best langsung.

    ReplyDelete
  9. Last time u cakap ni "First time keja dengan Rozinor. Nampak sangat tersusun produksinya. Well-manage." what la?? come on, takkan nak benefit bcs u kenal the winning team...

    ReplyDelete
  10. rembo,
    yessss. nasib baik dpt makan yg true. :)

    iciamort,
    relaks la. i cakap 'nampak sangat' tersusun masa dia sedang set up team dan sebelum masuk pre-pro. which mean, i expect it would be alrite masa shooting nanti. bila dah ada dalam tu, dan terlibat dlm prosesnya, baru kita tahu the true colors. btw, i seronok kerja dgn team tu. rozinor cool aje. cuma bila sama2 dlm proses tu, ada here n there yang kita kena perbaiki. thats what we called process.

    utk team skodeng yang menang tu, i tak dpt apa2 benefit pun dr diorang. kalau apa i ckp ni buat diorang bagi camera yg depa menang tu, best jugak. :P i tell the truth. apa yg ada dlm hati. dan yes, i mmg kenal dgn diorang semua and tahu cara mereka bekerja. diorang mmg deserve pun. chill aje yea. :)

    ReplyDelete
  11. miedot,
    kebetulan yg boleh diramal. :)

    lama tak jumpa sembang2 dgn awak. turun kl let me know tau. nanti boleh lepak. tcare laling.

    ReplyDelete