Sesekali aku dipanggil menjadi emcee untuk
acara larian. Sejarah menjadi emcee larian ini bermula dengan undangan dari
kawan aku, Adam. Waktu tu Adam kerja dengan satu company event larian yang
establish kat Malaysia. Adam suggest nama aku pada bos dia. Job pertama aku
kalau tak silap acara larian anjuran Tesco. Boleh tahan banyak juga acara
larian yang aku terlibat selepas tu sebagai emcee. Sekarang Adam pun dah tak
kerja lagi kat company larian tu, tapi aku masih dipanggil oleh bos-bos mereka.
Syukur.
Terbaru aku dijemput untuk acara larian 21km
sempena Hari Sukan Negara. Bergandingan dengan Mr. Bani. Pernah satu event
sebelum ni kami berkerjasama. Aku suka sekali bila dapat tahu yang Mr. Bani
sebagai partner aku. Dia ada pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang
pengacaraan dan live event. Jadi aku memang kecil sangat kalau nak
dibandingkan. Dengan dia aku belajar banyak benda.
Sebenarnya menjadi emcee acara larian
perlukan sifat-sifat yang energetik, friendly, sentiasa warm dan selalu peka
serta spontan. Seorang emcee larian juga harus bersemangat dan sentiasa memberi
kata-kata positif kepada para peserta larian yang terlibat. Perlu bersedia
dengan skrip yang akan diubah serta-merta. Ada banyak perkara yang tak dijangka
akan berlaku seperti vip yang sepatutnya melepaskan peserta tidak hadir,
senarai vip yang mengiringi berubah setiap masa, banyak informasi serentak
diberi sewaktu acara berlangsung dan hal-hal kecemasan serta random yang
berlaku tanpa kawalan. Kau perlu sentiasa peka. Laju untuk bergerak dan
bertindak. Tak ragu-ragu untuk memberikan informasi yang selamat dan tepat.
Secara jujurnya aku masih lagi lemah dan
banyak yang perlu dipelajari dalam mengendalikan acara sebegini. Maklumlah jam
4 pagi dah kena ada di lokasi. Aku ni kalau ada acara pagi buta memang aku
risau terlajak, jadi malamnya memang aku sejenis tidur-tidur ayam saja. Risau
dan nervous sekaligus.
Pagi-pagi setibanya di lokasi dah mula
bercakap, beri informasi dan membuat pembukaan kata-kata pada para peserta.
Waktu tu juga pihak penganjur akan berulang-kali datang untuk mengingatkan info
dan kemaskini tentang vip yang akan buat flag off. Waktu pagi yang hening macam
ni, otak kau cuma mahu berehat atas bantal. Bila maklumat diterima terlalu
banyak, kau akan jadi pening dan gelabah. Aku la tu. Jadi menjadi seorang emcee
larian, kau memang harus bersedia mental dan fizikal. Harus sentiasa tenang dan
mengawal keadaan. Semua informasi salah atau betul berada di tangan kau. Kerana
kau adalah perantara kepada semua yang ada di acara itu.
Waktu flag off aku jarang sekali mengemudi
acara. Aku selalu mengharapkan partner aku yang buat. Sebab waktu ni banyak bermain
dengan protokol. Kena panggil nama vvip bersama vip iringan yang akan sama-sama
melepaskan peserta. Aduh. Aku memang gagal kalau melibatkan status vip ni. Aku
risau kalau aku salah sebut nama official mereka. Yang berbahagia ke, Yang
berhormat ke, Profesor Doktor ke, Tuan Haji apa ke. Aku memang ada masalah nak
buat flag off sebab aku tak nak salah sebut. Kalau salah nanti ia akan beri
kesan pada aku sepanjang acara. Aku akan rasa bersalah pada penganjur dan
terutama sekali pada vip yang disebut nama tu. Jadi eloklah partner aku yang
buat urusan protokol tu. Aku cuma mencelah sesekali.
Kelemahan ini aku harus atasi. Kerana ini
kerja dan tanggungjawab aku. Aku di bayar untuk melakukan pekerjaan ini. Aku
sepatutnya berusaha untuk berikan yang terbaik pada setiap perkara yang aku
lakukan. Aku tak boleh sewenangnya berikan tugas itu pada partner aku. Kami
patut sama-sama melakukannya. Seimbang. Nampak aku mengambil kesempatan pula
atas kebaikan partner aku yang rata-rata tak kisah kalau mereka saja yang dominan
waktu pelepasan. Namun akhirnya kepuasan sebenar bekerja atau pun berkarya
terletak pada sejauhmana kita telah melakukan yang paling baik secara individu.
Bukan kejayaan itu terletak daripada pandangan orang lain. Mungkin orang
berkata kita telah lakukan yang terbaik, tapi kalau kita sendiri belum
benar-benar memberikan yang sepatutnya,
maka ia bukanlah erti kejayaan sebenar.
Aku juga ada masanya takut-takut nak sebut
nama pemenang dengan yakin. Aku risau tersasul. Sama juga jika ada peserta
dikalangan atlet luar negara, aku segan-segan nak guna bahasa Inggeris. Aku
takut salah sebut. Kebanyakkan masa aku serahkan pada partner aku untuk umumkan
nama-nama yang aku rasa ada masalah nak sebut. Hurmm.
Semoga ada kesempatan untuk aku memperbaiki
kelemahan aku. Tahun ni aku 37 tahun. Aku harap dapat undangan menjadi emcee
acara larian sampai umur aku 47 tahun. Hehe. Jadi aku ada 10 tahun lagi
pengalaman dalam memperbaiki kelemahan bagi mengendalikan acara besar sebegini.
Terimakasih kepada penganjur yang tak jemu
dan percaya pada aku. Terutama sekali terimakasih pada pasangan emcee aku yang
tak pernah negatif dan komplain atau buat muka masam bila aku tak seaktif dan
se-energetik mereka. Kesungguhan dan kebaikan hati diorang akan aku kenang
sampai bila-bila. Dan paling penting ia membantu aku merasa malu dan mahu
mempertingkatkan diri aku menjadi emcee yang lebih baik dari semalam.
InshaAllah.
Run Fazleena Run!
No comments:
Post a Comment