Edisi ke-4 Pondok Puisi di acara Iskarnival berjalan seperti yang dirancang. Sebelum ini edisi 1 & 3 di Rumah Titi Kuala Lumpur & edisi 2 di Dubook Press Bangi. Alhamdulillah Pondok Puisi juga sudah sampai di Johor Bharu.
Kami mengucapkan ribuan terimakasih terutamanya pada Seyn Jukey dari Projek Rabak kerana sudi mengundang dan amat bertimbang-rasa untuk ikut segala permintaan kami. Warga Iskarnival atas penganjuran & semua peserta yang sudi datang dari jauh-dekat untuk mendengar perkongsian kami. Semoga mendapat manfaat daripadanya. InshaAllah.

Pondok puisi merupakan bengkel penulisan & persembahan puisi secara intim & fun. Wani Ardy berkongsi tentang proses penulisan puisi & aku sendiri berkongsi sekitar persembahan puisi.
Kami sedang merancang Pondok Puisi yang akan datang di Bandaraya Ipoh. Sekiranya sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Pondok Puisi di tempat anda boleh pm (page facebook kami) untuk maklumat lanjut. Sekolah, universiti, kolej, badan kesenian-kebudayaan, komuniti seni dan lain-lain yang berkaitan amat digalakkan.
Semoga puisi akan selalu menyuburkan jiwa-jiwa kita yang ketandusan.
No comments:
Post a Comment