Pulang dari Ipoh, aku dikejutkan dengan peristiwa salah sorang teman kerja masuk hospital kerana telan 20 bijik panadol sekaligus akibat putus cinta. Kejutan itu sebenarnya tak merupakan kejutan sangat kerana sebelum ini dia pernah mahu terjun laut, sebab patah hati kekasihnya sudah ada gadis lain. Percubaan-percubaan bangang ini bersifat provokasi untuk mendapatkan perhatian ramai orang termasuk bekas kekasih. Dengan harapan kekasih itu akan datang semula menyembah. Tapi itukan cuma harapan. Belajarlah berhenti berharap.
2 bulan lepas, dia buat tattoo kat lengan dia sendiri. Bentuknya sangat absurd. Katanya cederakan tubuh tanda kesucian cinta dan lambang kasih sayang. Juga membantu melenyapkan yang pahit dan sakit. Entah profesor cinta mana dia timba ilmu. Aku lebih tertarik pada lambang absurd yang dia buat di lengannya daripada berlagak menjadi kaunselor pada dia untuk bisik di telinganya supaya jadi kuat, jangan mengalah. Buang masa. Layan tandori dengan nan cheese kat NZ lagi best. Untuk dia yang sedang terlantar, puisi ini untuk kau. Aku cuba jadi empati, bukan simpati. Pepatah cinta untuk aku pada dia yang klise tetapi masih relevan dan mungkin berguna : Jangan jadi hamba cinta.
Selendang, beg, rantai dan buku
Yang kau hadiahkan dulu
Semua aku lenyek dengan batu
Sepuluh minit kemudian aku terkedu
Dilenyekkan itu sebenarnya aku
Yang lebih bodoh dari batu dan kayu
Wangsa Maju
19 May 2009
Kalau takut sakit.jgn cuba utk berkasih.
ReplyDeleteNan cheese NZ bawah lagi best..kene lak dgn chiken wing..fuhh..mantap la.
Bunuh diri makan panadol? Tak stail langsung...
ReplyDeletenokz, ni lagi dashat, hehe
ReplyDeletedaud,
ReplyDeletejom la g tandori. lu belanja. haha
pipi,
tak bunuh diri pun. acah-acah je tu.
boboy,
hehe. tu la, ko tak yah nak depress sgt putus cinta ek. nak kena libas ngan aku ke. :)
*nantia ngah dtg tgk awak kat muzik2. chayok.
bunuh diri makan penadol mcm bdk2 sekolah isap surya nak belajar isap rokok.
ReplyDeleteCkp kat dia..klu nk bunuh diri sgt..g klcc naik kat petrosains n terjun bawah.Mesti kuar tv la.
klu nak makan tandori..call je.
manusia sekarang semakin hilang pedoman..
ReplyDelete~yanie~
apa yg dia fikir
ReplyDeletetak siapa tahu
sanggup, tergamak.
ingatan buat sahabat yg sdg berada di hosp tika ini,
diri kita blh terus-terusan hanyut dgn dunia cinta
yg kita sendri tak tahu mana sudahnya..
gunakanlah hati
yg berlandaskan akal pemberian ilahi.
moga tabah dan sentiasa hargai hidupmu.
kau akan temui cinta sejati suatu hari nanti...
daud,
ReplyDeleteu dekat kan? i jerit je lah.
yanie,
manusia yang..
dilla,
dah ada bf ke lum? kalau ada, jgn buat seperti di atas, kalau dia buat mcm tu utk awak, tak mengapa. hehe
tlg pesan kat die kakdek...
ReplyDelete"lelaki dahla berkurangan,, tlg laa jgn kurangkan lagi.. ramai perempuan yng mungkin perlukan die.."
aihh...subhanallah..
I think he is unique.
ReplyDeleteeverything happen comes with a reasons~
ReplyDeletemaybe she deserved it~
huhu~
Dekat jugak la..klu duk kat balkoni,nampak la NZ tu.Klu jerit xdgr kot tp klu lambai2 nampak kot.Try la buat.Hehehe
ReplyDeleteLelaki lagi menjauh jika dia tahu perempuan itu buat kerja gila. Cubaan menarik perhatian itu cuma menjauhkan orang sahaja.
ReplyDeleteThe best revenge is to be happy.
Love...
ReplyDeleteIs a two sided knife...
Cut,
or be cut.
It's a choice that you make. always.
:) G.A
midot,
ReplyDeletedia pilih yang. jadi biarkan.
zaki,
he is, but she is not.
bangla,
reason yg di create. okeylah tu. tanggung sude la.
daud,
selalu buat. akhirnya kena makan sorang2 juga tandori tu. heh.
tok rimau,
yeah. enjoys life.
ryo,
i want u to cut me. hehe
* always
ReplyDelete