Wednesday, June 10, 2009

Feminis kah?

Kau            : Kau terlalu feminis!

Aku            : Salah ke aku mempertahankan hak aku sebagai seorang perempuan.

Kau            : Tak salah. Cuma kau harus faham, hubungan perlu ada semua ini.

Aku            : Semua ini? Maksud kau, ‘semua ini’ ialah sex?

Kau            : Aku lelaki kan.

Aku            : Jadi kau lelaki yang selfish?

Kau            : No. Kenapa kau anggap aku selfish?

Aku            : Sebab kau tak hormat pendirian aku. Kau cabul hak aku.

Kau            : Aku tak berniat begitu. Aku cuma rasa ia perlu.

Aku            : Perlu untuk apa? Menghangatkan cinta? Mengukuhkan hubungan?

Aku ketawa. Sinis.

Aku            : Aku percaya jika kau sayang, kau akan jaga aku. Bukan menyakiti.

Kau            : Aku tak pernah ada niat menyakiti kau. Aku cinta kau.

Aku            : Jadi kau nak beritahu yang sex itu adalah cinta. Tanda sebuah cinta sejati.

Aku ketawa lagi. Lebih kuat.

Kau            : Kau tak rasa begitu?

Aku            : Cinta terlalu besar untuk kau samakan dengan apa yang kau anggap keperluan. Ianya bersifat individu. Bukan untuk aku. Hanya untuk puaskan apa yang kau mahu. Kan bentuknya tidak adil.

Kau            : Kau memang feminis!

Aku            : Tidak. Sebab aku masih memilih bersama kau, walaupun aku tahu aku tak berupaya miliki kau. Seorang feminis tidak menghampiri langsung benda atau perkara yang boleh buat dirinya derita kerana seorang lelaki. Jadi aku bukan feminis kan?

Kau            : Tidak! Kau masih seorang feminis.

Kau dan aku sama-sama ketawa. Hilang dalam nafas yang kau panggil cinta. Tapi aku panggil ia nafsu.

5 comments:

  1. naz,
    sebab u first, meggie cap mamee tomyam 1 paket. heh.

    ReplyDelete
  2. Realistic :)

    ReplyDelete
  3. ekstremis,
    “I am realistic-I expect miracles.” -Wayne Dyer & me

    ReplyDelete
  4. faz,
    mungkin ada lelaki yang menganggap sex itu tandanya memiliki.. memberi maknanya mempercayai !

    ReplyDelete
  5. edolah,
    memberi boleh ada question kat situ..mempercayai atau mahu rasa dimiliki.

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...