Wednesday, June 3, 2009

My Soulmate Wedding

Aku kata;

Aku datang wedding kau, dengan tunggang kuda sakti dan baca puisi tentang betapa hebatnya cinta aku pada kau. Kemudian aku pasangkan layar putih dan mainkan visual-visual yang menjelaskan setiap makna perkongsian kita sejak pertama kali kita bertemu sehingga apa yag kita ada hari ini. Kau rasa apa kau akan lakukan?

Dia jawab;

Kalau aku Hitrik Roshan aku akan berlari sambil meloncat naik atas kuda sakti kau dan kita akan membiarkan saja langkah kuda menentukan mana patut kita pergi. Destinasinya tidak penting. Asal kau dan aku. Aku peluk erat kau dan panas tubuh kau akan buat aku realized yang kau satu-satunya yang patut aku pilih untuk jadi teman sehidup semati. Tapi ini bukan cerita Khabi Kushi Khabi Gum Babe. Dan aku bukan Hitrik Roshan.

Aku dan Renn sama-sama senyum. Kad undangan Renn tu aku pandang dan pegang. Petang tu kita tak bercerita langsung tentang majlis, preparation atau personal detail bakal jadi suri kau. Kita bercerita tentag kita aje.

Beberapa langkah Renn tinggalkan aku. Dia sms :

“Kau kekasih aku kat dunia, dia mungkin kekasih aku di akhirat. Kau soulmate sampai mati.”

Aku naik office. Terus buka laman air asia. Dan booked tix ke Kelantan. Nak tengok soulmate aku bersanding atas pelamin. Dengan soulmate dia. Untuk kekasih Renn; Hey – selamat berkongsi. Jangan risau. Aku akan selalu mengalah.



 




Bisik Renn - Kalau i dah kahwin, i scandal ngan u. Takpe kan?




** Renn @ Ilham Hakimi ialah watak yang aku filemkan dalam "Kapal Kertas". Kapal Kertas dedikasi aku untuk dia kerana aku tak mampu nak beritahu betapa besarnya 'Renn' dalam hidup aku. I love u, man. 

15 comments:

  1. jayzuan,
    yes hadi.

    miss him damn crazy.

    ReplyDelete
  2. Fazleena, bila pok ren nikah? kirim salam kat dia...bagitahu dia member brass band kirim salam...

    ReplyDelete
  3. =) sy kenal dia..saya tahu dia...saya faham crita kapal kertas itu! =)
    mcm mane korg jumpe blik angah?
    btw..awak happyla untuk ilham hakimi di pentas warna warni miliknya ketika hari bunyinya kompang itu..=)

    ReplyDelete
  4. angah,kimsalam kat dia.
    bgtau kat die,aku nak tgk wife die nnt.
    jangan sorok2.

    ReplyDelete
  5. ijal,
    wokeh. bila u nak dtg wangsa maju?

    *pok ren kahwin 6hb june. saya ke sana.

    fyra,
    Tuhan jumpa kan. :)

    ajune,
    okeh babeh.

    ReplyDelete
  6. faz,
    kasihannya.. bagaimana bisa kapal kertas itu kau lepaskan ke tengah samudera?

    ReplyDelete
  7. 6 June..?? Alhamdulillah..pergi sana..? flight..? balik hari ke..? uih..banyaknya soalan..uhuhu..wangsa maju..?? segan lak rasanya sbb skrg ni dah jadi kenderaan berat..ehehe..

    ReplyDelete
  8. super sweet!!!!!

    saya pun ada masa ren kahwin

    tapi lewat petang baru sampai

    ReplyDelete
  9. masalahnye..angah tak sampai2.
    hehe.
    takpe ngah.
    Tuhan ada plan yang lebih baik untuk kau.=)

    ReplyDelete
  10. laa..ye ke..? tak pe lah..betul kata cik ajune tu..kita merancang..Allah yang menentukan..anyway..sama2 lah kita berdoa semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat...amiin.

    ReplyDelete
  11. kawan-kawan,
    saya terlepas flight. tuhan ada plan yg lebih baik utk saya.

    :)

    *jumpa renn nanti lepas honeymoon dia.

    ReplyDelete
  12. amin...
    tp mcm ane kmu boleh terlepas flight ey?....

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...