Monday, June 1, 2009

Play-Scrable-love

Scrables akan jadi permainan wajib kita bila tiba hujung minggu

Abjad selalu sahaja buat adrenalin kita macam roket - laju

Kucing kelabu kau akan dilantik menjadi juri penilai kalau ada di antara kita yang cuba meniru

Kau akan mainkan lagu-lagu Portishead untuk rangsang minda kita yang ada kalanya beku

Cantuman setiap huruf biasanya menterjemahkan apa yang kau rasa, apa yang aku mahu

Kerana kita sama-sama tak kuasa menyebutnya dengan mulut - malu


Tapi petang itu kau tak seperti selalu

Permainan kau lesu

Portishead yang kau pilih dah tak merdu

Kucing kelabu kau lebih rela mengintai kucing betina jiran sebelah daripada menilai dan memaku

Adrenalin aku saja yang macam roket, adrenalin kau kaku

Kau sudah tidak mampu membina huruf untuk menyatakan apa yang kau rasa, aku masih mampu menggubah abjad untuk setiap apa yang aku mahu

 

Perlahan-lahan aku menyusun

Huruf-huruf di papan

Scrables kita yang sudah 

bertahun

Kita simpan

Aku tekan hujung mata dengan tangan

Tidak mahu sebarang cecair berlimpahan

Aku paksa bibir untuk senyum kemudian tahan

Senyum lagi dan tahan

 

I.f   y.o.u   d.o.n.’t   w.a.n.t   m.e   a.n.y.m.o.r.e   I.’m   f.i.n.e

 

Itu aje huruf yang mampu aku susun

Kemudian aku dekapkan mulut di telinga kau dengan bisikan

Its ok sayang, I’m goin to be fine. 


7 comments:

  1. faz,
    kalau sudah tidak mampu menyusun aksara
    kadang-kadang diam itu lebih bermakna
    daripada sejuta kata-kata
    buat menyatakan segala-galanya...

    ReplyDelete
  2. kalau dia dah tak mampu nak bermain,,,
    mungkin boleh cari oorg lain tuk bermain...

    tapi mungkin tak sama... :P


    p/s: post laa cerita makcik senah,,, heheh

    ReplyDelete
  3. Word means nothing...
    without feelings.

    but feeling without words
    can mean...

    everything.


    * melodically meaningful. :)


    Adikku, Jomlah main ngan I Scrabble.
    Kalau U Berani! he he

    ReplyDelete
  4. edolah,
    saya pilih utk terus terang. lebih jujur kan.

    dot,
    main sorang pun ok. ke awak nak teman.. :)

    *mak cik senah kata dia bz goreng pisang. hehe

    ryo,
    confirm u kalah. haha

    ReplyDelete
  5. mencoba bertahan diatas puing-puing cinta yg telah rapuh..
    apa yang ku genggam, tak mudah untuk aku lepaskan..

    ReplyDelete
  6. kalau dengan bercinta mampu mengamankan dunia..
    apa kata mari kita bercinta dan terus bercinta
    untuk memastikan dunia akan lestari aman sampai ke akhirnya...

    ReplyDelete
  7. edolah,
    bercinta ngan u ke?

    tgklah..hehe

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...