Monday, June 29, 2009

“The role of a writer is not to say what we all can say, but what we are unable to say.” - Anais Nin

Episod cinta aku yang lepas dengan seorang penulis karya-karya surrealism. Dan aku jatuh cinta dengannya juga kerana terpersona dengan keindahan bahasa dan permainan konflik ciptaannya dalam setiap bait-bait kata yang tertulis.

Bersama seorang penulis itu menjadikan imaginasi melangit. Seorang penulis itu sangat cool, aku kira. Makanya percintaan kami berlaku dalam separa sedar. Mimpi dan realis.

Sesi pembacaan aku selalunya berlaku dengan meletakkan kepala di atas perutnya. Dia bukan pemilik badan seperti Van Damme atau Awie, tapi ruang itu punya kenikmatan tersendiri. Perutnya lebih empuk dari tilam Vono. Dia akan meminta aku membaca dari bab akhir ke bab prolog. Mengikut kata dia – kehidupan sebenar tidak mampu menuntut kita mengetahui apa yang ada akan datang. Makanya dengan buku kita boleh menjejak masa depan. Mengetahui pengakhiran itu kan satu kuasa yang lebih dashat dari punya kekebalan superhero. Dengan dia aku belajar untuk menjadi tukang tilik. Cuba-cuba meramal apa akan jadi 10-20 tahun akan datang. Cuba telah-telah apa akan jadi pada cinta kami di abad ke-22.

Sayangnya, walau bersama seorang yang surealis, aku masih lagi memaut kaki di atas bumi yang nyata. Dan tentunya bertindak atas kenyataan dan paksi-paksi realiti itu tak pernah hilang walau dimuntahkan aku dengan ciuman titik dan bulatan mimpi. Kata-kata dia acapkali ialah – Kau mimpi aja sayang. Tentu semuanya akan jadi milik kita.

Ternyata kita hanya boleh mimpi untuk bacakan puisi-puisi  Al-Khansa dan Gibran setiap malam sebelum tidur pada Che, Fals dan Lennon. Kita hanya boleh imaginasi senyum-tawa mereka tika kita bawa mereka menonton street performer di sekitar ibu kota. Kita hanya boleh bayang cebik-nangis mereka bila kita terlupa nak bawa mereka menonton movie di international screen. Kita tak dapat nak rakam pun aksi mereka hujung minggu bila mereka harus melakukan monolog atas stage yang kita bina depan laman rumah kita.

Entah apa puncanya. Setelah 6 bukunya aku khatamkan, dia berlalu pergi begitu sahaja. Tanpa ada setitik jejak sekalipun. Dan kerana pengamal realiti yang dashat aku fine fine aje dan tidak menggelabah mencarinya. Simple aje. Kau mahu pergi, pergi aje. Macam hidup dan mati. Macam cinta dan benci. Come and go. Walaupun kadang-kadang aku teringat dan rindu tilam vono dia. Its ok. Rindu itu kan satu emosi yang positif.

Dan terbaru, dia muncul lagi. Itu juga tidak mengejutkan. Dia kan mamat unpredictable. Dia campakkan karya baru dia depan pintu apartment aku. Tajuknya – Si Gadis Rewind. Di kulit depan buku itu poster seorang perempuan membaca di atas perut seseorang. Aku teliti. Rambut aku panjang lagi masa tu. Dan tilam vono itu, Ya! itu tempat kegemaran aku satu ketika dulu.  Sempat dia capture masa aku sedang membaca salah satu karyanya. Dia rupanya bukan sahaja penulis, juga pemegang lensa yang baik. Di lembaran pertama tertulis : Kau perkara terindah pernah aku ada. Tapi, aku hanya boleh mimpi kau sayang! Tika itu, air mata aku tidak jatuh cuma bergenang.

Sampai sekarang aku masih belum selak karya pemberiannya itu . Kerana seolah aku boleh ramal apa yang tertulis di dalamnya. Aku kira itu satu bahagian yang paling punya value dalam hubungan ini. Terima kasih.

Kau tak sehebat karya-karya kau Sayang!!!

3 comments:

  1. Saat perut ku mulai buncit
    yakinlah ku tetap yg terseksi
    dan tetaplah ko selalu menanti
    nyanyian ku dimalam hari

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...