Thursday, July 30, 2009

The Kojak

Ada banyak kisah airmata yang berlaku dalam hidup saya akhir-akhir ini. Mungkin plan'Nya pada saya untuk tambah kekuatan diri lebih sikit bulan ini berbanding bulan-bulan lain. Sungguh, hidup ini datang dan pergi. Ada dan kemudian hilang. Ada yang pergi secara permanent, ada yang pergi secara temporary, ada juga yang permanent-temporary. Dan semuanya pasti memberi kesan. Jadi saya bisikkan pada diri sendiri untuk move on aje. Dan doakan yang baik-baik aje untuk yang hilang dan pergi itu. Tuhan akan jaga mereka. 

Ini gambar sewaktu saya di Mersing. Saya dan crew singgah ke perkampungan nelayan di Mersing untuk mengambil footage. Ada sekumpulan kanak-kanak sedang bermain atas timbunan simen-simen yang disusun tinggi. Kanak-kanak di situ sungguh teruja melihat kami dengan camera dan peralatan penggambaran. Apatah lagi bila Faizaini cuba merakamkan gambar mereka. Jadi untuk membiarkan mereka bertambah excited saya join sama bergambar. Macam-macam pose yang mereka buat. Saya layankan aje. Masa saya minta diri, mereka setiap sorang menghulurkan tangan bersalam dan mencium tangan saya. Saya pegang kepala mereka dan kata : Belajar rajin-rajin tau! Bila saya turun dari timbunan pasir-pasir keras itu, mereka menyanyi seolah menyahut kata-kata saya. 

"Belajar rajin-rajin
Bila besar jadi kojak!"

Mereka ulang banyak kali. Dengan melodi 'tepuk amai-amai'. Saya pusingkan badan saya, dan senyum. Kojak tu apa? Diorang tak jawab. Dan menyanyi lagi lagu tadi ulang-ulang sambil lambai-lambai flying kiss kat saya. Saya lambai balik dengan flying kiss juga. Saya cuma harap 'kojak' itu idola yang baik buat mereka. 

Ahad ni saya akan membaca puisi di sini. Jika kelapangan silalah memunculkan diri. 

5 comments:

  1. heh

    ada peminat telly savalas kat sini,suruh diorang jd mcgyver baru ada sikit cun :) apa2 pon baca puisi elok2 nanti :)

    ReplyDelete
  2. kecik sgt la iklan..tlg besarkan.dh nmpk tempat masa lokasi..baru bleh pi melawat!!

    ReplyDelete
  3. Nak ikottttttt..Angah sy nyer vit tinggl dlm ur car..tolong simpan! weekend ni mahu jumpa kamu la syayanggggggg!! Muahh Muaah!

    p/s: Jgn sedih2..itu semua hanya permulaan hidup kamu..dan sy sbg Angel kamu akan menjalankn tugas sy dengan sebaik mungkin selagi jantung ini masih berdegup..cewahhhhhhhh!!

    Cinta kamu!!!

    ReplyDelete
  4. secara tak langsung tiba2 teringat dgn video klip Laskar Pelangi.

    ReplyDelete
  5. freddy,
    dtg la tgk nanti. :)

    anon,
    lokasi di dataran shah alam. masanya dari jam 4pm sampai ke malam. saya pun dpt version kecik.

    bye,
    okay, u are with me this weekend. saya cancel g search. lysm.

    pelangi,
    :)

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...