Monday, July 6, 2009

Paranoid


Baru-baru ni aku ke Sawarak. Masih lagi dalam tour Mighty Mind Challenge. Episod 1 & 2 sudah pun ke udara di TV9. Sampai sebelum puasa baru habis program ni. Sampai sebelum puasa jugalah weekend aku tak berkualiti. 

Masa di atas flight ke Sarawak, aku duduk sebelah seorang mamat yang memakai topeng menghalang virus-virus H1N1 dari menular ke tubuhnya. Dalam plane tu boleh dibilang siapa yang tak memakai topeng. Yang lain-lain semua pakai topeng. Ada macam-macam warna. Pink pun ada. 

Masa separuh perjalanan, dia mula bercakap dengan aku. Walaupun aku tahu dia asyik-asyik toleh, seolah nak bersembang. Dalam versi relationship, kita panggil sebagai - nak berkenalan. Aku membaca. Tapi aku sedar muka dia kejap-kejap menoleh. Dalam hati aku - aku takkan bercakap dengan kau sebab nanti nafas aku dengan nafas kau bertemu dan tiba-tiba aku terbersin. Bila pulang kau dijangkiti virus khinzir tu, nanti kau saman aku sebagai penyebarnya. Jadi aku buat bodoh aje. 

Tiba-tiba dia keluarkan sesuatu dalam beg dia. Aku nampak dari sisi. Dia hulurkan. Rupanya satu lagi topeng. Tapi yang comelnya, topeng tu ada simbol love-love kat tepi. Aku pandang dia. Aku nampak mata dia tertarik ke tepi. Aku assume dia sengih walaupun aku tak nampak dari paras hidung ke paras dagu.  Sempat aku tengok rambut paras bahu mamat tu yang wavy-wavy. Sexy. 

Aku senyum dan geleng kepala. It's Ok. Thanks -Kata aku. Seterusnya kami ada perbualan. Aku dengar suara dia macam dalam kelambu yang parau-parau. Dia masih lagi memakai topeng. Dia tanya aku - Kenapa tak pakai topeng? Tak takut ke?  Aku kata, bukan tak takut cuma tak selesa memakainya. Aku rasa tak boleh bernafas dengan baik. Kemudian dia tanya pada aku - You rasa I paranoid sangat ke? Aku senyum aje. Aku kata yang semua orang patut rasa paranoid. Its depends on how we look at it. 

Mamat tu kenalkan nama dia Jim. Kami selesa berbual. Dan hampir separuh dari sesi perbualan itu akhirnya merangkak daripada wabak penyakit kepada filem dan seni. Sewaktu landing, dia bisik kat telinga aku. I'm glad that i meet u. Aku senyum dan kemudian hulurkan tangan aku. Bersalam. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi. Dia masih lagi senyum dalam kelubung mulut dan hidung. 

Sebelum masuk Sarawak, kami harus mengisi borang kesihatan. Semasa menulis borang itu ada orang memegang bahu aku. Aku toleh. Seorang lelaki senyum. Itu Jim. Jim yang tidak lagi bertopeng. 

Aku senyum lebar. Aku pegang bahunya. Dan bila kami sama-sama terpisah dengan kumpulan masing-masing, dia melambai-lambaikan tangan dengan topeng yang ada di tangan kanannya. 

Serius wajah dia macam Jim Morrison. Tapi jiwa dia belum tentu.

Expose yourself to your deepest fear; after that, fear has no power, and the fear of freedom shrinks and vanishes. You are free. - Jim Morrison 


7 comments:

  1. eleh..suka la tu!hee...

    ReplyDelete
  2. hurmmmm sexy..i like..


    byezuera

    ReplyDelete
  3. kita selalu bertemu org yang tidak di sangkakan dalam flight, i pulak bertemu seorang gadis pramugari yang cantik... she's hot.. i menunggu dia call..

    ReplyDelete
  4. huh?
    dalam kapal terbang pon sempat lagi.

    ReplyDelete
  5. oh my god! aku pecinta jim morrisson. love his songs, music, lyrics n poem. this is one of the best entry. quote jim ni juga sgt best. tp btul ke muka mamat tu mcm jim? beruntungnya kamu cik fazleena oii..huhuhuhu :)

    ReplyDelete
  6. azri,
    jgn gatal. gf dah ada cukup!!

    ajune,
    mesti.

    sha,
    glad that u like jim morrison. mmg muka mamat tu mcm morrison, tapi jiwanya belum tentu.

    *kami tak sempat tukar no fon pun. rasanya itu cuma perkenalan on the road. :)

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...