Thursday, August 20, 2009

Imunisasi

Semalam dia dah tergolek jatuh
bukan satu, bukan dua, tapi sampai tangga yang ke tujuh

Hari ni dia janji untuk hati-hati
agar tubuh dan jiwa sama-sama tak di sakiti
tapi apa nasibnya, dia jatuh lagi

Esok dia masih mahu cuba
tidaklah dia tahu apa itu putus asa
tapi dia kan cuma manusia, dia jatuh juga

Lusa dia masih mahu mendaki
tak kira jatuhnya seribu kali
dia sudah lali


Shah Alam
19-Ogos-09

1 comment:

  1. tapi..
    bila jatuh patah kaki..
    masih imunisasi??
    atau perlu keringkan hati??

    -nale-

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...