Aku sempat menonton teater 10 minit anugerah merdeka di stor baru-baru ini. Sebelum masuk aku sempat borak-borak dengan Syahrul Fitri. Kata aku, malam ni confirm ada play yang akan ada orang tua berbual-bual dengan budak muda. Yang tua akan menyatakan bagaimana penat jerih dalam mempertahankan kemerdekaan dan yang muda akan dengar dan seolah tak tahu apa-apa pasal erti merdeka. Aku kata kerat jari aku, confirm ada. Malam tu memang jari aku tak dikerat sebab memang ada play yang sebegitu. Aku rasa play sebegitu sudah terlalu tipikal. Sketsa di sekolah rendah pun dah advance. Dioarang tahu bagaimana mahu adapt dengan gaya dan konsep tahun 2009. Aku rasa audience pun dah letih disogokkan benda yang sama. Sesekali berfikir di luar kotak itu kan bagus. Entah kenapa aku terfikir dengan 10 minit itu kau boleh saja ambil isu kecil mungkin, apa-apa sahaja dan tak perlu langsung menyebut perkataan 'merdeka' di dalamnya, masih juga orang boleh faham apa yang diperjuangkan dalam play itu.
Mungkin penganjuran ini harus diteliti semula. Dan kumpulan-kumpulan yang terlibat juga sepatutnya di pilih dengan baik. Tapi aku dan Syahrul tak terlibat sama. Jadi buat apa nak komen banyak-banyak. Syahrul kata - aku harus jaga reputasi aku. haha. Aku yang pada mulanya nak hantar juga penyertaan, tapi membatalkan niat tu. Aku tak bersedia sepenuhnya. Bagi aku bila dah sampai satu tahap kau di nilai untuk mewakili kumpulan kau untuk meraih anugerah, ia harus dipersiapkan dengan baik. Bukan main terjun-terjun aje. Walaupun setiap kumpulan dibayar. Beribu juga aku dengar. Duit bukan soalnya. Naskah yang mahu kau sembahkan itu lebih tinggi nilainya. Apa lagi bila kau berbicara isu yang besar.
*Ini pendapat peribadi aku. Kalau ada pihak yang terasa, aku minta damai aje.
Selamat Hari Kebebasan.

Ralat: Idea tak sempat nak bertandang. Jadi kalau main buat je, takut jadi ntah apa2. Aku kena jaga reputasi aku.(bukan utk paparan umum) ;)
ReplyDeletesyahrul,
ReplyDeleteoh aku akan delete kalau aku rajin. :)
rugi sape2 yang tak dapat datang teater 10min hari isnin, 1st day..
ReplyDeletepasti akan dapat sesuatu.
tak ramai kenalan yang datang pada hari show grup kami pada hari tu..
yang datang mgkin sokong grup lain..
sedih gak la..
ain,
ReplyDeletesaya ada keja isnin tu, kalau tak mesti dtg jugak.