Friday, September 25, 2009

Ikatan 25 Oktober

Mummy macam superwomen bila dia sendiri yang mengadap barisan anggota keluarga bakal besannya untuk along. Lagak mummy macam orang yang ada pengalaman berpuluh kali merisik untuk memetik bunga di taman. Kagum sungguh aku. Teruja juga mungkin. Confirm 25 oktober along bertunang. Kecoh family belah mummy bila dapat tahu along nak bertunang. Sampaikan berbelas-belas biji kereta mahu turut serta. Mahu sama-sama rasa kegembiraan. Mahu sama-sama senyum dan ketawa. Kalaulah perkahwinan itu sesuatu yang membahagiakan, kenapa tidak dilakukan? Wah, berkata untuk diri sendiri juga barangkali.

Bakal tunang along rumahnya dikelilingi pohon kelapa. Ada sawah padi di seberang jalan. Ada pohon mangga dan rambutan. Ada telaga di luar rumah. Air kolamnya sejuk macam air gunung. Ada laut dalam beberapa kilometer. Kampung nelayan sekitar perjalanan. Ikan-ikan melompat melambai-lambai. Sungguh damai. Mempersona. Jadinya kapan-kapan bila aku rindu bermain-main dengan alam, aku ke rumah kakak ipar aku aje.

Raya kali ini biasa-biasa aje. Mungkin tahun depan rumah kami ada suara baby (berangan along dapat zuriat cepat). Mungkin akan lebih meriah. Konsep saling bermaafan di pagi raya sepatutnya dilakukan pada hari-hari biasa yang lain. Bila kita sedar kita ada salah selama setahun dengan orang-orang kesayangan kita, hari raya adalah hari yang kita rasa terbaik untuk menghapuskan semua salah silap itu. Tapi biasanya hari raya pertama kita menangis minta ampun maaf, kemudian esok lusa kita masih buat mak ayah, orang-orang tersayang kita menangis. Mudahnya kita lupa dengan speech yang kita buat ketika bersalam di pagi raya.

Kalau setiap pagi kita bangun, cium tangan mak ayah kita, adik beradik kita meminta maaf untuk setiap silap dan salah kita yang kita buat sedar atau tidak sedar, tentu setiap langkah kita akan lebih diberkati dan dipelihara olehNya. Mungkin keluarga akan pelik, eh buang tebiat ke kau ni? Tapi kalau tebiat itu sesuatu yang baik, kenapa tak lakukan.

Kekasih-kekasih blog hamba, jemputlah datang rumah. Kuih raya dah habis. Kerepek-kerepek masih ada. Mummy saya pun selalu standby mee rebus kalau ada tetamu yang datang. Duit raya hanya untuk yang berusia 12 tahun ke bawah saja ye. :)

11 comments:

  1. seb baik gua baru 11 taun.
    rumah area impian putra ke?
    nanti gua pegi..he3

    ReplyDelete
  2. nabil,
    meh la. jemput2. kena tgk ic dulu. :)

    ReplyDelete
  3. sis,
    bestnya nak dpt kakak ipar kan,mesti bertambah meriah family.

    ReplyDelete
  4. yeye..lepas along...mesti lah angah kan...yahooo...

    ReplyDelete
  5. betul..betul..betul!!
    ikut turn barulah jadi.ahaaa

    ReplyDelete
  6. Angah, sy mahu ikot bersama berkongsi kegembiraan.. Ngeh3x..(buat muka xmalu)

    Ajun: klu ikot turn maknenyer lmbt lagi la ko..alahaiiii ingt ko lak pasni.. Hua hua huaaaa..

    ReplyDelete
  7. ijal,
    ye ye. haha

    ajune,
    takpe kalau awak nak potong line pun. i rela.

    bye darl,
    awak wajib! :)

    ReplyDelete
  8. kak faz, saya dan kak hani nak beraya rumah kak faz. nak alamat. ewah~

    ReplyDelete
  9. akhirnya tergerak juga hati along utk menuju ke episod hidup yg baru.

    harap lepas ni u plak yg tergerak hati.

    (berharap dgn bersungguh-sunguh).

    ReplyDelete
  10. ijoy,
    jom ikut g kuala sgor. jom.

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...