Saturday, September 19, 2009

Sang Parasit

Akhir-akhir ini blog aku di serang anonymous2. Aku pernah menulis tentang mereka-mereka ini pada blog lama aku. Kini tibalah giliran aku merasakan pengalaman di serang makhluk-makhluk invisible ini. Aku pada mulanya tidak mengambil port langsung dengan kehadiran mereka-mereka ini. Aku anggap mereka ni macam langau aje. Buat bising di telinga dan menciritkan bau busuk sana-sini kemudian terbang ke tempat lain. Tapi sejak 2,3 hari ini mereka datang bukan setakat buat bising, tapi diorang berak sekali. Tahinya merata-rata sampai kena pada keluarga aku. Sedangkan kalau kau bermusuh dengan aku, jangan libatkan keluarga aku. Ia buat aku marah dan sedih. Kenapa perlu libatkan mak-bapak, adik-adik dan seluruh keluarga aku. Seperti aku cakap tadi, kalau marah pada aku kenapa kena libatkan keluarga.
Aku bagitau pada Ajune, kalau mereka mula main nama keluarga, aku terpaksa settingkan blog supaya tiada anon tidak bernama akan komen. Simple aje, kalau kau rasa kau marah pada aku, atau tak puas hati, jumpa saja-discuss dan cuba cari penyelesaian. Simple kan. Kenapa pulak nak guna buluh-buluh menyumpit dari jauh. Itu kan lagak orang penakut. Paling bodoh pun, kau buatlah blog, kemudian tibai aku dalam blog kau gila-gila. Kan best macam tu. Baru nampak brilliant. :)
Kepada anon, kau mungkin kawan aku-sedara aku-orang yang pernah rapat dengan aku. Aku tak mahu bermusuh dengan orang. Esok lusa kita pergi, siapa tahu. Di ketibaan syawal ini, aku mohon maaf dan telah maafkan pada semua dan sesiapa sahaja yang pernah bersahabat dengan aku, pernah mengenali aku, pernah ada ikatan dengan aku. Maaf itu tidak seberat mengangkat samudera. Bintang pun boleh kita gapai kalau kita hidup tiada dendam.

11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. auntie,
    thanks auntie. angah juga mohon ampun dan maaf atas segalanya. may god bless u. i love u. tcare. :)

    p/s : masak rendang tak? nak sikit. :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. manusia ni mmg mcm2 peel,ada je yg x puas hati sesama sendiri,sabarlah sis,org mcm langau tu jgn endahkan sgt.

    selamat hari raya aidilfitri.

    ReplyDelete
  5. suke gile bc puisi blog nih..
    teruskan berkarya :)

    ReplyDelete
  6. along,
    salam aidilfitri yang. :)

    bye syg,
    sudah ada blog? yeyy..puaka mcm si azwan ali ke. amboi amboi amboi..haha

    mimi,
    thanks darl. :)

    ReplyDelete
  7. Faz,

    Selamat hari raya.

    Pasal komen2 dekonstruktif tak payah layan kot. Semuanya askar2 tempelan je - cerita yg melibatkan org lain, ada pulak askar upahan yg menempel (mungkin utk buat portfolio).

    So, abaikan saja.

    ReplyDelete
  8. zafer,

    slamat ari raya. nanti gue dtg bw kuih raya utk kroni2 semua. :)

    askar upahan di byr berapa ek? buat spa dan treatment rambut sebulan sekali kot. hahaha. takdela babe..gua anggap diorang mcm langau je.

    kim slm nina. :)

    ReplyDelete
  9. tak salahkan kalau kita rasa tak puas hati atau ingin kritik sesuatu..tulis dgn jelas dan jujur.

    tak perlu jadik pengecut.
    apa yg susah sgt?

    dan nama keluarga adalah sgt dilarang sama sekali.
    kerna mereka tade kene mengena pun.
    jadi mengapa harus seret mereka sekali?

    maafkan mereka-mereka itu angah darling.
    kita doakan mereka agar lebih gentle dan tampilkan diri utk mengkritik.

    sekian.

    ReplyDelete
  10. ijoy,
    kan namanya parasit. mana berani. hee..

    maaf kan aje. simple kan. :)

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...