Thursday, September 17, 2009

Siti dan Aminah

Seorang sahabat yang baik itu bagaimana agaknya? Siti berkawan baik dengan Aminah. Persahabatan itu sungguh rapat bagai isi dengan kulit. Ke mana-mana berdua. Siti sedar ketiak Aminah berbau. Dan bau itu ada kalanya membuatkan Siti tidak selesa. Kawan-kawan lain juga sedar perkara itu dan suka maki di belakang Aminah. Weh..bau tengik siut. Kata kawan-kawan dibelakang Aminah. Siti selalu dengar makian itu.

Sebagai sahabat yang baik, apa yang Siti patut buat? Dia cuba menyenaraikan beberapa perkara yang patut dilakukan. Antaranya :

1) Membelikan deodorant Rexona dan berharap Aminah faham sendiri maksudnya
2) Menutup hidung setiap kali Aminah terangkat tangan atau sedang memeluknya, supaya Aminah sedar bahawa ketiaknya berbau
3) Memakai deodorant di depan Aminah dengan harapan Aminah akan cuba mengikut jejaknya
4) Memberitahu Aminah secara direct bahawa ketiaknya berbau dan dia perlu belajar memakai deodorant


Siti rasa perkara paling jujur yang sepatutnya dilakukan sebagai rakan adalah pilihan ke-4. Tapi Siti juga takut Aminah akan sedih, kecewa dan terasa hati seterusnya tidak akan berkawan lagi dengannya. Itu risiko untuknya. Perasaan kehilangan itu lebih dashat daripada menjadi hipokrit. Jadi Siti tidak membuat semua perkara yang dia senaraikan di atas. Dia sayangkan Aminah. Dia rasa tugasnya sebagai sabahat ialah mem'protect' Aminah. Jadi apa yang dilakukan ialah memberitahu pada kawan-kawan yang mengejek itu, berhentilah mengejek. Itu ketiak dia, bukan ketiak korang. Kalau korang tak sanggup bau, pergilah main jauh-jauh. Siti seolah-olah berada di setiap penjuru badan Aminah dengan pisau di tangan. Jangan cuba dekat, kalau dekat aku bunuh. Persahabatan itu adalah memberikan perlindungan. Jadi Aminah comfort. Dia dilindung. Dia tidak perlu untuk concern tentang bau badan atau apa sahaja yang orang persepsikan tentang dia. Dia ada Siti yang akan selalu menjaganya. Siti yang selalu ada.

Satu hari Aminah jatuh cinta dengan seseorang. Seseorang ini dengan direct memberitahu bahawa ketiaknya agak berbau. Aminah menjadi sangat depress. Kenapa selama ini dia tidak perasan perkara itu? Kenapa orang yang paling dekat dengan dia tidak memberitahu hal itu? Aminah tidak bercakap berhari-hari dengan Siti. Dia kecewa. Siti memujuk dengan berkata, aku mahu melindungi kau. Aku tidak mahu kau sedih. Aminah tambah kecewa. Kata Aminah - Kau bukan melindungi aku, kau merosakkan aku. Mungkin jika kau berkata benar, aku akan sedih atau terasa hati untuk sehari dua, kemudian aku akan kembali dan memeluk kau sambil ucap terima kasih. Tapi kini aku akan sedih untuk selama-lamanya.

Tragis Aminah dan Siti. Persahabatan itu berakhir.




Ini antara sahabat-sahabat yang sering sahaja mencetuskan argumentasi dan tidak akan bersetuju dengan mudah apa saja yang datang dari pendapat saya. Kita sama-sam main sembur sahaja jika ada yang tidak betul. Pujian mungkin bukan compliment, kritikan mungkin sebab sayang. I know u guys love me. *wink wink

Salam Aidilfitri semua teman-teman dan kekasih-pembaca blog hamba. Maaf jika ada kata-kata yang anda tidak gemar atau yang telah mengguris perasaan secara langsung atau tidak langsung. Semoga tiada dendam di hati. Moga aidilfitri beri makna yang besar untuk kita semua.

11 comments:

  1. kesian siti,,,

    camat ari raye sis~
    heart u~

    ReplyDelete
  2. jika mahu berjaya dengan cita-cita anda, ingatlah, anda perlu sentiasa BERSEDIA dalam apa jua keadaan...kotakan apa yang dijanjikan walaupun terdapat kekurangan..tiada alasan untuk tidak melakukan sesuatu yang menghampakan peminat anda kecuali atas sebab kesihatan dan kematian....itulah pengorbanan anak seni......semoga berjaya..

    ReplyDelete
  3. bangla,
    selamat ary raya yang. :)

    freddy,
    hey..u too. :)

    .,
    tq encik.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. (bagai isi dengan kulit)=(bagai isi dengan kuku)+(kacang lupakan kulit)

    ReplyDelete
  6. manusia jika mengejar kebendaan dia akan lupa usul asal dirinya...ibu kandung sendiri boleh dibuang...ini lagi pulak dengan sahabat yang seiring jalan...

    itulah lumrah kehidupan yang belum matang...selalu bersyukur apa yang kita ada...ikhlas apa yang kita lakukan...

    ReplyDelete
  7. abah,
    im so grateful to have u as my daddy. :)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. angah, umur aku dah 23 tahun tp aku lebih matang dr anon2 yang ada.hahaha.
    pekakkan telinga butakan mata sahaja.
    mereka2 patut cermin diri sendiri.
    dont talk about other ppl la dey!
    nasihat aku, sila privatekan blog anda.
    buang masa bagi anon2 yang tak matang ni komen di blog anda.

    segera!!buat sekarang!

    ReplyDelete
  10. ajune,
    dah suksess! anon kena belajar buat blog la pasni kalau nak komen. nguehnuegehngueh

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...