Friday, September 4, 2009

Saya tak cool, dan sangat menggelabah!


Saya telah patahkan stand mic semasa mengacara majlis launching video clip 1 malaysia, single terbaru Kid. Kid bisik kat saya, takpe..takpe..patahkan aje (tak tahu dia perli atau dia cuba suruh saya calm) Kid dan wifenya minta saya buat event bulanan di kopitiam miliknya bermula selepas raya. Oh, itu sangat mengujakan. Menjadikan Bangi tempat yang lebih seni katanya. Dan mereka berdua itu sangat cool orangnya.

Minggu ni saya terlibat sebagai salah sorang pelakon dalam short film Dean Sham. Saya rasa Dean sham seperti Tarantino Malaysia. Saya selalu suka dengan idea dan konsep cerita beliau. Apatah lagi saya dihimpit pelakon dashat-dashat seperti Tok Rimau dan PP yang popular macam celebriti. Cuak juga saya ni. Tapi ni tentunya pengalaman yang humcha dan kacip!
Menggelabah lagi bila diarahkan untuk buat 1 pilot program tv 30minit oleh Erma fatima. Sebelum raya ini dia mahu lihat hasilnya. Mungkin percubaan untuk saya direct program-program lain atau membalas keyakinan dia terhadap saya. Saya anggap ini satu peluang besar, sebelum saya betul-betul boleh arah filem. Ya, nampaknya bayangan untuk direct features sebelum usia 35 tahun semakin terang cahayanya.

Saya berbuka puasa dengan x-opismate saya tadi. Mereka kata saya buat pilihan yang betul apabila berhenti kerja di saat saya sedang selesa dengan keadaan itu - memilih untuk tidak terikat dan mengikat. Betul. saya percaya Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk saya. Perlahan-lahan saya nampak semua itu.

P/S : Mereka kata saya potong rambut untuk kelihatan lebih muda, sebenarnya Tuhan anugerahkan wajah saya babyface. Jadi jangan cemburu. :)

12 comments:

  1. Wajah babyface kan comel. :)

    Moga makin berjaya dan boleh pula mengacara program antarabangsa dan masuk tv show sedunia.

    ReplyDelete
  2. babyface ke kak adik? erm... ragu-ragu untuk setuju... hehehe..

    ReplyDelete
  3. Pastikan you tak ruin filem ni. Tok dan PP ada reputation to keep. (Sambil merenung muka kamu dengan serius.)

    ReplyDelete
  4. sangat cute sis berambut pendek,lbh ayu berambut panjang :)

    ReplyDelete
  5. blackskin,
    saya belakang tabir aje. :)

    syali,
    ye babyface. sila akui. hehe

    tok rimau,
    *sedang terkelip2 memandang tok dengan kepala tunduk

    along nordin,
    cute + ayu = gorgeous kan? :)

    R.K,
    ye, guna duit diorang polak tu. haih.

    fyra,
    kopitiam bangi syg. tempat kita melepak pastu ada org bg aiskrim free. ingat tak? :)

    PP,
    baiklah bf.

    ReplyDelete
  6. Belon bulat ...
    Rambut pun Bulat!

    Belon oh belon...
    Apasal ko bulat?

    Rambut pun ikut berkata,
    Cantiknya kau, Bulat Berkilat...
    Marilah kita membulat!
    Kata Belon pada rambut yang tengah melihat dia terkulat-kulat.

    ha ha ha

    :)
    Enjoy LIFE!
    Breaking Mikes is Compulsory ...
    In order to ROCK!

    GA

    ReplyDelete
  7. "Tuhan anugerahkan wajah saya babyface. Jadi jangan cemburu."

    ya saya pun ada masalah yg sama

    LOL

    ReplyDelete
  8. pjoe,
    yeah..kita serupaa..kita serupa...hehe

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...