
Bila tonton filem Papadom, aku teringat zaman aktif berteater zaman2 belajar dulu. Setiap kali aku ada latihan, abah akan singgah untuk tengok aku berlatih teater. Kalau aku ada show, abah datang seorang diri tengok aku beraksi atas pentas. Sampai sekarang kalau ada shooting, abah akan datang sama ada sebagai pemantau atau penasihat. Abah akan selalu ada. Semua short filem aku abah yang akan edit, dan biasanya dia volunteer untuk melakukannya. Pernah sekali time editing, vovin ym dengan aku. Kata vovin, u tengah buat apa? Aku kata - tengah edit dengan abah ni. Balas vovin - Wow! i wish anak i macam ni juga nanti. Masa tu baru aku sedar yang aku punya abah yang sentiasa menyokong apa saja yang aku buat. Semua benda pun nak cuba. Semua benda pun nak buat. Ni dia belum tahu lagi misi mengembara aku dengan fellowship of the ring disember nanti (saja bagi hint kat sini, nanti abah tak terkejut sangat, hehe).
Sampai sekarang bila aku balik lewat, buka pintu perlahan-lahan takut orang lain terjaga, abah mesti ada kat sofa. Buat-buat tidur. Lepas menjengkit kaki naik ke bilik, aku dengar derapan kaki abah naik tangga masuk ke biliknya. Setiap kali aku out-station, belum sampai ke lokasi, abah dah sms. Bila aku buat kejutan dalam life aku, memilih perkara-perkara yang lain dari apa yang sepatutnya, atau buat keputusan gamble, abah akan kata - its okay. Just move on.
Lebih baik kita ada abah yang over-protective daripada tidak protect langsung. Tunggu hingga kita jadi bapa/ibu baru kita tahu sukarnya. Gibran dah kata -
Your children are not your children.
They are the sons and daughters of Life's longing for itself.
They come through you but not from you,
And though they are with you yet they belong not to you.
Ohh abah saya juga bukan majoriti yang punya soalan klise. Dia tidak pernah bertanya - bila mahu kahwin?
Walaupun saya tahu, hatinya bagaikan gunung berapi yang menggelegak mahu menimang cucu. I'll go get one for you abah! I will. :)
Papadom...Dah 3 bulan yg lampau tengok kat penang..tpi yg pelik...Liyana Jasmay leh menang FFM...belum tiba masanya utk dia kecapi jika dinilaikan berdasarkan lakonannya dlm Papadom...Yg pelik tugsan akhir dia leh dapat tepukan gemuruh tu...padahal..bila fikir2 balik kerja mia tu biasa2 jer atau boleh jgk dikatakan seperti budak2 yg buat kerja last minute...mat (que haidar) punya kerja lagi ok...tapi mungkin citarasa masyarakat kita nak camtu kot...so x yah bising2, knapa yusof haslam..david teoh...asyik buat crita yg biasa2 jer...peh..harun salim bachik mmg bergaya dan kacak..patut dia yg menang kot dlm FFM tu...cayalah cik harun..."Shukor kata..."
ReplyDelete'Your children are not your children ...'
ReplyDeleteTo have is to know.
(now that I have mine ... It is so true...)
I know just how you feel,
My Arwah Father was the same...
Can still feel him ...
Around me.
Thats why WE will never ...
Ever.
Stop ...
Dreaming.
:) ur GA always.
hunh~ sedih kot post ni~
ReplyDeletehunh~~~~
miss u ayah~
ruhi hayat,
ReplyDeletesaya suka watak que dlm citer ni. :)
abg ryo,
awak daddy yg baik. :)
r.k,
:)
.saya rindu papa..awk da buat sy nanges..kim slm syg kat abah..=')
ReplyDeleteya,
ReplyDeleteabah kan papa awak juga. :)
love u syg. tcare.
bile dia ada, anda tidak selasa
ReplyDeletetapi bile dia sudah tiada.......
hope u r ok up there'ayah'
1 love
hee..thx angah..angah,tentang tulisan2 awk tu..btl2 menusuk..sy btul2 cinta dengan tulisn2 angah..dri 1st smpai skrg angah mmg idola sy..=)
ReplyDeletesy syg angah..psl ur new short tu..haha
berbakat ke sy angah?ahah
peh.memang sempoi la abah ko.Cool je dari cerita ko.Penjaga setia tu.
ReplyDelete"jgn emosi sangat dengan tanah" bak kata harun salim bachik kat afdlin..
berjurai air mata aku keluar sebab gelak.
saya dah tak ada Ayah. memang terasa bila balik rumah, dah tak ada yang tunggu kat sofa.
ReplyDeletetapi dia tak marah. dia cuma tunggu, nak pastikan dah balik rumah.
tapi sekarang dah tak ada.