Sunday, November 15, 2009

Fighter Lover

Leo Tolstoy kata - Perkara paling membahagiakan dalam hidup adalah dengan memberikan kebahagian pada orang lain. Aku baca Tolstoy masa aku tingkatan-tingkatan. Tapi samaada sedar atau tidak aku telah menggunakan prinsip pakcik Tolstoy ni sejak dari kecil lagi. Masa tadika ada seorang kawan yang mengadu dia tiada pencil case, aku jadi tak keruan bila matanya asyik menatap pencil case aku yang ada gambar mickey mouse stiap kali aku keluarkannya atas meja. Setiap hari aku berazam mahu belikan pencil case untuk dia, biar kita sama-sama ada pencil case yang sama. Jadinya aku simpan duit 20sen sehari untuk belikan dia. Tapi satu hari aku nampak pencil case along yang boleh zip separuh dan along telah buang, aku pungut dan ambil jadi pencil case aku. Aku suruh mummy jahitkan zip baru dan letak logo mickey mouse pada case itu dan aku beri case mickey mouse yang baru pada dia. Yang along punya itu aku pakai. Dia peluk dan kata aku kawan baik yang pernah dia ada.

Masa zaman STPM, waktu jasmani seorang teman terlupa bawa tracksuit, sedangkan hari tu ada friendly tournament dengan senior upper 6. Dia menangis sebab rumahnya jauh pendalaman. Pergi sekolah pun kena angkut naik 2 bas. Aku beri tracksuit aku pada dia sebab dia mata dia dah mula bertakung. Kami betul-betul nak menang game ni, lagipun dah berlatih berbulan-bulan. Bila diberi, dia tak mahu pakai. Aku kata aku injured pergelangan kaki tapi sebenarnya aku ok-ok aje dan juga salah seorang yang terlibat dalam perlawanan tu. Seperti cerita gol dan gincu, di akhir cerita kami menang besar melawan senior. Kalaulah pemberian tracksuit itu membuat motivasinya tinggi dan dia score gile-gile dalam perlawanan itu, apa lagi yang aku boleh rasa? Tentu bahagia. Dan dia juga beritahu yang aku kawan baik yang pernah dia ada.

Zaman universiti. Boyfriend aku cuma punya motor honda cabuk (dia define). Dan masa tu aku pakai satria second hand. Yeah, abah selalu bertahu yang dia tak percaya perempuan naik motor, terlalu bahaya katanya. Perempuan cepat gelabah. Jadi anak-anak perempuan tidak digalakkan menaiki motor. Terlalu berisiko. Jadinya abah belikan satria untuk aku ulang-ulang dari uni ke rumah. Kenderaan aku digunakan atas semua sebab. Hujan, perjalanan jauh, pergi dating dan sebagainya. Satu hari, dia accident. Motornya ranap. Aku beri dia pakai. Aku pula naik komuter dan ada kalanya minta abah tolong ambil dan hantar. Oh ya, sebab dia lebih muda dari aku jadinya aku yang keluar bekerja dahulu. Dia masih terkais-kais mencari pekerjaan. Aku top up'kan (bukan untuk credit hp sahaja) kalu dia ada masalah fanancial. Yeah mereka akan kata yang - sapa suruh lu pilih yang muda? Kan dah menyusahkan. Semua perkara pun ada risiko. Tengah sedap makan pun boleh tercekik. Tengah minum air pun tersedak. Kalau faktor umur menjadikan kau keliru memilih pasangan hidup, aku tak tahulah pulak. Jadinya aku tak pernah ada rasa yang aku harus menjadi wanita yang perlu duduk diam sahaja setiap kali pasangan aku nak membayar harga makanan. Atau buat bodoh aje bila dia beratur nak membeli tiket wayang. Tak kiralah aku bersama budak usia 18 tahun atau mamat yang usianya baya abah aku. Sepatutnya relationship ni simple aje (kata-kata dalam movie Pisau Cukur). Individu aje yang complicated kan. Berbalik pada story boyfriend aku tadi, aku tak pernah kisah pasal duit dan tak berkira langsung. Jadinya kerana ketipikalan yang merasakan lelaki harus ada banyak duit daripada wanita diambil serius oleh boyfriend aku ini, makanya kami berpisah atas dasar itu. Very sad! Dan sebelum dia blah, dia kata - you are my best girlfriend i've had.

Itu juga berlaku dengan adik beradik dan family aku. Kalaulah aku hanya ada sepuluh ringgit sekalipun, kalau adik aku mahu pinjam duit, aku akan beri paling bodoh pun RM5. Jarang sekali aku tarik selimut atau bantal busuk aku kalau ajune tengah guna walaupun malam tu confirm aku akan gelisah tak dapat tekup muka dengan bantal dan selimut badan aku. Pantang kalau mummy aku suka warna lipstic aku atau celak baru atau perfume aku kalau mummy tiba-tiba cakap - cantiknya lipstik ni, warna dia lawa la, wanginya perfume ni. Aku selalunya terus beri. Entah apa sangat barang-barang tu nak dibandingkan dengan peluh dan airmata mummy setiap kali melihat kedegilan dan kenakalan aku sejak kecil sampai besar.

Aku tak rasa material boleh buat kau tamak dan kedekut untuk berikan kebahagian pada orang-orang. Kalau jadi papa kedana sekalipun, kau masih boleh pegang tangan orang yang kau sayang dengan hati dan perasaan yang berdebar-debar dan ia mengalir ke tubuh kau perlahan-lahan dan kau akan rasa panas sahaja. Kau tahu yang cinta itu ada. Aku fikir aku cuma kedekut beri cinta aku pada orang lain. Aku masih lagi cemburu melihat ajune kadang-kadang spent time dengan boyfriend dia lebih lama dari aku. Aku rasa nak marah bila mummy cium-cium dan peluk baby (kucing aku). Aku akan tarik tangan abah kalau dia jalan berpegang dengan ajune. Selalunya aku akan mencelah juga. Nak ragut juga tangan abah. Aku menangis kaw-kaw kalau family aku semua ada hujung minggu atau pergi holiday tanpa aku, kalau aku kena out-station atau sebagainya. Aku kecil hati kalau boboy hantar sms pada ajune cakap i love u. Dia harus katakan pada aku juga.

Aku macam askar yang pergi berjuang. Mahu balik dengan kejayaan. Berdarah dan patah kaki sekalipun, aku pasti akan pulang. Dalam perjuangan cinta aku, aku tak akan menyerah kalah. Bila usia semakin dewasa, pepatah Tolstoy itu aku aplikasikan bila kena pada tempatnya, tetapi bukan dalam soal cinta.

Pada semua kekasih aku -

I'm a lover and a fighter.


14 comments:

  1. Keep on fighting ...

    Keep on loving.



    for you 'are' what you 'believe'.


    :) GA

    ReplyDelete
  2. For 'Sweet November'.


    'Don't be sad because it ends ...

    Be Happy because it happened."



    :) GA

    ReplyDelete
  3. yeah..
    'darl..i tanak jadi tisu lagi..kalau i jd tisu u tegur i oke'-tu kata2 u dulu..and i ingat lagi..

    so u hve to sis..be a fighter..tak salah pun.
    gud luck then sista!

    ReplyDelete
  4. nice entry...
    bab boyfriend lbh muda dan lelaki perlukan byk duit drpd pmpuan,rasanya kurang bleh dipakai guna.
    My BF pun muda,masa saya dah quite berjaya skrg ni,dia pun masih terkial2 menstabilkan hidup dan saya pun x lokek utk memberi kalo dia kurang cukup.U're rite sis,dlm relationship ni kena simple2 je,ada memberi dan merasa.
    Cuma lelaki ada ego sendiri,x suka menerima tanpa memberi.

    Berkorban utk org2 yg kita syg xrugi pun.

    ReplyDelete
  5. aha relationship patutnya simple je..

    huhuhu

    Saya juga ada sedikit terbias-bias jadi orang yang suka berkorban... huhu

    ReplyDelete
  6. Saya datang membaca; dan belajar sesuatu di sini. Thanks Faz.

    ReplyDelete
  7. hope dapat gf mcm u one day :)..mcm saya ckp sebelum ni ..nk cari pasangan yg bole simbiosis tu sangat susah tp parasit tu kat merata rata tempat pun byk..

    till then hav a nice day :)

    ReplyDelete
  8. tapi kadang2 madu kebahagiaan yang kita beri itu disalahtafsir...malah menjadi racun kepada kita kembali ! mcmana tu ?

    ReplyDelete
  9. sangat sedih.
    for the first time u crite pasal 'bf' walaupun dah tak ada lagi.=)
    bf i bf u jugak.
    no worries.

    ReplyDelete
  10. yang,
    yang penting, entri ni touching habes. :)
    you're the greatest.

    ReplyDelete
  11. thanks for the thought.

    it's beautiful.
    :)

    ReplyDelete
  12. Touching.Tak apa,amar tu budak baik.

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...