Lama sangat dah tak naik pentas. Lagi 2 minggu (20-23Nov) aku ber-stage dengan geng-geng grup Kirana untuk penilaian teater untuk Festival Kebangsaan tahun depan. Kali ni di Taman Budaya Pahang. Setiap negeri akan dinilai semula untuk melihat sejauh mana grup yang dipilih layak bertanding di peringkat Kebangsaan. Challenge paling besar ialah satu grup Kirana berlatih di Kuantan, manakala aku sorang-sorang ada kat sini. Dan masih belum bergabung-jalin lagi. Kadang-kadang aku minta Mummy untuk jadi sparing partner aku membaca skrip. Mummy pening layan kerenah aku yang minta dia baca dengan emosi. Konon-konon nak bagi aku act dan react dengan emosi sebenar. Aduh, sukar sekali! Sebelum pementasan dalam 5 hari aku ke Kuantan untuk sama-sama berkampung dengan team di sana. Kita berlatih olah suara kat Telok Cempedak nak director? hehe.
Kawan-kawan dan kekasih yang ada di Kuantan dan sekitarnya, sila la datang. F.O.C sahaja. Yang mahu datang dari KL pun di alu-alukan. Pastu kita minta director belanja makan ikan bakar eh.
p/s :
Epul, pemilihan aku untuk penilaian ini satu risiko. Thanks kerana masih mempercayai aku. Kalau kita tak dapat masuk national challenge sekali pun, kita still boleh pegang tangan, sharing-sharing dan main kejar-kejar kat Cherating kan?


*Ini pementasan "Seseorang yang Terkenal" di Taman Budaya KL. Aku jadi banduan paling dibenci. Tapi paling gorgeous. :)
Good luck there.
ReplyDelete:)
waa.... berharap dapat join KIRANA.. tp dah kena ikat awal2 dgn tanggungjawab,, benci2...
ReplyDeletegood luck :P
ashraf,
ReplyDeletetq darl. :)
dot,
jom dtg tgk!! :)
hi k.dik..all the best..nyway sy bleh je jd sparing partner kalu nk...hehheh...:)
ReplyDeletedarling.. ini tanda terima kasih pd u krn byk beri peluang pd i dulu...byk sgt.. teater ni hanya satu lndasan untuk kita bsame.. bkgsi semua.. yg lain kita serahkn pd Tuhan..
ReplyDeletenape cherating? Pulau Tioman lah ~haha
nak ikut....
ReplyDeletemai,
ReplyDeleteye ke? ke ajak2 ayam. hehe
epul,
love u more than i can say. :)
en sham,
jomm!!