Tuesday, November 24, 2009
The Sweetest Things
Malam aku melepak dengan Cahaya dan Hubby-nya di Kopitiam Kemamam semasa di Kuantan baru-baru ni membawa masuk satu topik. Ini kerana kami ternampak gambar Ct Nurhaliza dan pakcik misainya di satu sudut di dinding kedai tersebut. Cahaya berulang-ulang kali mengangkat persoalan, kenapa dan mengapa akhirnya Ct end up dengan si misai tebal itu. Dia kan pakej. Cantik, berbakat dan banyak duit. Sepatutnya dia ada kuasa untuk menentukan apa yang dia mahu. Sekurang-kurangnya dia mampu buat pilihan dalam menentukan siapa yang sepatutnya bersama dia. Oh cinta barangkali. Akhirnya persoalan itu kami matikan dengan 'itu semua jodoh!'
Ini bukan soal jodoh penyanyi jutawan itu. Tetapi ini soal bagaimana Ct beritahu perkara yang paling romantis pernah dilakukan oleh abang misainya dalam proses meng-usha dia adalah dengan memberikan strawberry bersalut coklat serta membuat panggilan telefon di dalam flight. Ct terharu dan merasa dihargai. Kalau abang misainya memberikan hadiah kereta ferari atau rumah banglo 18 tingkat, mungkin Ct takkan ingat itu sebagai perkara paling romantis pernah dilakukan. Ct boleh beli ferari 8 biji kot. Atau boleh beli 20 buah banglo 18 tingkat untuk dirinya. Tetapi perkara paling mengharukan ialah bagi dia 'effort' si abang misai yang mungkin tidak dilakukan oleh orang lain. Jadi abang misai berjaya melaksanakan mission mendapatkan Ct dengan beberapa effort yang simple tetapi manis sekali.
Kalau ditanya pada kebanyakkan orang, apa yang dia mahukan dalam sebuah perhubungan? Oh, terlalu banyak mungkin. Understanding, caring, concern, loving, respect, be kind, honest dan macam-macam lagi. Untuk memenuhi semua itu tentu sahaja bukan dalam masa sehari atau setahun atau 8 tahun. All the way relationship itu kita akan belajar tentang semua itu untuk cuba adapt dengan pasangan kita. Ada seorang makcik beritahu aku sampai sekarang dia masih mahu kenal siapa suaminya walaupun dah sampai separuh abad usia perkahwinan mereka. Perasaan untuk mengenal manusia itu sepatutnya tak pernah habis sampai akhir hayat. Sepatutnya setiap hari ia menjadi hari yang interesting untuk kenal orang-orang rapat yang ada di sekeliling kita. Seperti juga communication. Kita takkan mampu untuk menatap wajahnya setiap hari tanpa communication walaupun dia sekacak Brad Pitt atau se-cun Natalie Portman. Kalau dia pendiam atau memang tak reti bercakap, dia harus cuba. Cuba.
Ini soal effort. Kau mahu ada dalam relationship, tapi kau tak pernah cuba mahu belajar tentang relationship. Ada insan-insan yang merasa mereka lucky, kerana bertemu dengan orang yang sama minat dan keinginan. Orang art bertemu orang art. Katanya lebih mudah dan faham. Doktor bertemu doktor, arkitek dan arkitek, minah kilang dan mat kilang, penulis dan penulis, salesman dan salesgirl. Tapi adakah semuanya berjaya adapt dalam relationship? Mungkin faham, mungkin juga take for granted dengan interest masing-masing. Alasannya kerana 'terlalu faham'. Bagaimana dengan orang yang tidak sealiran. Pengarah filem dan saintis, Penari dan doktor, Engineer dan pelakon teater, Nurse dan pengurus kilang. Yang sampai kita rasa pelik kenapa mereka bersama, atau macammana mereka boleh bersama. Aku tak sure kalau orang lain boleh bertanya dulu "What's your profession/field?" sebelum kau membenarkan hati kau untuk beritahu yang "I think he/she is the right person for you". Aku totally tak boleh. Maksudnya masa kita pandang dia untuk pertama kalinya, kita rasa suka dan cinta tetapi kita mahu tahu latar belakangnya apa terlebih dahulu barulah kita rasa secure untuk meneruskan relationship dengan dia. Huh. Apa tu?
Kita boleh rasa sejauh mana effort pasangan kita. Kita selalu boleh rasa. Bukan soal jarak, umur, field, perbezaan interest yang ketara, faktor luar lain yang bangang-bangang. Kita boleh rasa sejauh mana dia mahu ada dalam relationship itu. Sejauhmana dia mahu kita tahu yang dia betul-betul mahukan relationship itu. Kita selalu boleh rasa. Action speaks louder than words.
Oh ya, terima kasih pada kekasih kerana mahu mendengar bacaan puisi aku walaupun kau tak pernah faham walau sepatah pun. Terima kasih kerana mahu sama-sama menghafal skrip dan menjadi sparing partner aku walaupun pentas teater pun tak pernah kau bau. Dan percubaan menulis puisi cinta untuk aku itu sungguh manis. Terima kasih kerana mahu cuba untuk ada di sini. Di hati aku.
Itu aku panggil sebagai effort.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...
^^
ReplyDeletekamu bertuah punya kekasih seperti dia. tidak malu berkongsi apa yang dia tidak pernah cuba dan effortnya. envy.
ReplyDeleterini,
ReplyDeletekekasih aku kekasih kamu juga. :)
erm.. dia masih dlm penilaian sy.. .utk jd ur BF..haha.. i nmpk effort dia pikat i tp...
ReplyDeletehahahah
usaha tangga kejayaan org kate.. hheheh
ReplyDeletekalau nak relationship tu kekal kenalah usaha tak gitu?? hehhe
dot,
ReplyDeletecepatlah ada bf yang..tak sbr tgk awak holding hands. :)
epul,
sudeehhh (style u). takpe..nanti i tiaw dia eh..
effort mmg penting,walau siapa kamu sekalipun,itu menunjukkan kesungguhan ssorg dlm menjalinkan relationship tu biar la dia tu berstatus apa sekalipun
ReplyDeletebila nak kenalkan dengan aku plak?
ReplyDeleteajune,
ReplyDeletesoon! :)
along,
status awak apa? saya kat fb 'its complicated'. heh.
Noted! Simple and sweet. :)
ReplyDeletenaga,
ReplyDelete:)
tak aci!
ReplyDeleteaha.
;)
usaha melambangkan kesungguhan..
ReplyDeletedan kesungguhan melambangkan keikhlasan dalam sesuatu relationship.
dan keikhlasan bakal menjadikan relationship itu menjadi lebih manis.
;p
the title is ...
ReplyDeleteactually you.
:) GA