
Ya! Ada 2 event besar kawan-kawan pada tarikh yang sama. Maskara di rumah pena dan Frinjan di Shah alam. Kepada sesiapa yang ada masa dan tidak ke 2 majlis tersebut, jemputlah datang. Sudah lama saya tak beraksi di padang tempat saya mula-mula dibogelkan sebagai pelakon. Bila hari-hari latihan, imaginasi saya berputar-putar sekitar memori bersama teman-temab Kelab Teater Rimba (KTR) yang bawa saya tahu dan kenal apa itu seni pentas. Perasaan itu bermacam-macam rasanya. Sesekali bila saya renung lantai panggung seni itu saya nampak saya yang bermeditasi, berolah tubuh, olah vokal, reading script, kena marah, kena pukul, makan nasi bungkus bersama, bergaduh mulut, dipakaikan costume, di make-upkan, diherdik kerana berlakon macam kayu, pelukan setiap kali tamat persembahan, nyanyian 'buih sabun' lagu tema KTR setiap kali selesai bulatan dan persaudaraan di mana-mana. Setiap kali itulah airmata saya bergenang.
mcm bess
ReplyDeletelama gak tak datang UKM .. teater 6 hb ni dengan KTR atao 'luar' ?
ReplyDeletebleh masuk ke ek 8 sengah start tu ..
dengan KTR. :)
ReplyDeletegua coba try datang .. heh !
ReplyDeleteBila akak nak masuk arus perdana pulak?
ReplyDeletetiffany,
ReplyDeletetunggu tawaran 1 juta. hehe
sis, I'll be there. :)
ReplyDeleteukm nanti bakal ada fakulti seni, tak nak try sini?
mitsuo,
ReplyDeletebila tu nak ada? ok.ok. boleh try. dtg nanti tegur tau. :)