Thursday, April 8, 2010
Akar-Umbi
Yang namanya Mama
Mama
kalau aku asalnya dari rasa cinta
mengapa di situ aku di letakkan.
Berteman
lalat
ulat
lipas
semut
sampah
tahi
Mama
Kalau aku ini asalnya dari nafas cinta
mengapa di situ aku di campak.
Bersama
Busuk
kotor
hanyir
kepam
jijik
loya
Mama
kalaulah aku ini namanya cinta
mengapa di situ aku di buang.
Bawah jambatan
longkang
tong sampah
lubang tandas
semak samun
tepi jalan
Mama, Mama, Mama
aku mahu punya nama
aku mahu punya cita-cita
aku mahu ada nyawa
aku mahu ada rasa
aku mahu ada cinta
Kalau kau beri aku sedikit ruang
sedikit peluang
aku akan bangkit berjuang
aku akan pergi berperang
aku akan tendang terajang
kepada sesiapa pun yang menentang
kepada sesiapa pun yang melarang
kepada sesiapa pun yang hanya tahu memandang
Tapi Ma,
kau tidak beri aku itu
kau tidak beri aku waktu
waktu
Jangan risau Mama
aku ada bersama Dia
yang terima aku kurang-lebih nya
yang menjaga aku di syurga
yang beritahu aku apa makna cinta
Buat Mama-mama
berhentilah menjaja cinta
berhentilah menjadi pendosa.
Baru sempat meng-update blog sebab sibuk bermanifestasi teater minggu lepas. Aku memang suka update pesal aktiviti yang aku buat diblog supaya aku tak lupa event apa yang pernah aku terlibat. Tiada diary, organiser book untuk simpan semua aktiviti. Jadinya kalau aku terlupa, aku boleh tengok balik blog dan review apa benda yang pernah aku buat. Bulan 3 memang banyak agenda menarik yang aku involved. Nanti aku akan update perlahan-lahan. Tengok pada stamina dan mood.
Ini cerita mengenai persembahan di Akar. Ini kali pertama aku di Akar yang di-invite oleh Cici orang kuat Akar. Akar antara event indie yang berkualiti aku kira. Jadi keterujaan untuk berada di situ amatlah besar. Ini sekitar laungan kata aku di akar bersama adik kesayangan - Alis. Aku selalu rasa warm dan happy bila yang back up aku dikalangan ahli keluarga atau orang-orang yang selalu faham kehendak dan emosi aku. Dengan alis aku dah berkolaborasi beberapa kali. Begitu juga dengan Azrai. Dia antara orang yang best gila dan tidak menghampakan kalau bekerjasama.
Versi yang aku baca diakar versi yang aku karang semula setelah PC terbakar dan file aku tidak boleh dibuka pada hari show waktu aku mahu mem-print tulisan itu. Tapi content-nya tidak lari terlalu banyak sebab aku ada beberapa kali practise dengan alis sebelum PC terbabom. Video persembahan aku di akar boleh dilayan di FB hamba. Kalau nak layan la.
Terima kasih kamuniti akar. Jangan serik jemput saya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...
love the poem much .
ReplyDeleteoh ma ..
i was there.good delivery,btw :)
ReplyDeletemantapp! sangat terkesan di hati aku..
ReplyDeletehttp://akulinglung.blogspot.com
aku dapat rasakan satu hari nama Fazleena Hishamudin akan menyeri di arus perdana dalam industri drama dan filem...
ReplyDeleter.k, abu dan linglung,
ReplyDeletethanks. so much. :)
aloy,
aku nak berlakon dgn paradoks la. diorang tu eksyen.
my sis...
ReplyDeletemis u so much..
ok, thanks cz share ur event
sory tak pt dtg..
mmg tol2 gempak..
my sis kn plakon yg sgt hebat..
kelas gitu!!!
Fas, sajak yang menarik, ringkas, padat dan penuh bermakna. Saya minta izin copy dan ulas dalam blog saya. Terima kasih sayang.
ReplyDeleteen syam,
ReplyDeletesaya tulis ikut rasa saya aje. mmg tak pandai tulis. cuba-cuba aje. gembira krn en sham suka. thanks. :)