Wednesday, April 28, 2010

I'd rather be the king of kids, than the prince of fools - Jack Black

Dulu aku pernah berkongsi dengan seorang sahabat, tentang impian barangkali. Kalaulah boleh setiap pagi, aku bangun tidur aku tahu yang aku akan memulakan hari aku dengan melakukan pekerjaan yang aku suka dan pekerjaan itu akan membuat orang tersenyum. Aku pasti akan jadi manusia paling gembira. Ia adalah pakej paling dashat.

Alhamdulilah. Aku boleh claim yang aku dah dapat menyenaraikan itu dalam kamus hidup aku. Bangun pagi, berlakon dan buat 700 ke 1000 orang tersenyum setiap hari. Macam kerja kat pejabat atau kilang, kau buat perkara yang sama setiap hari, aku pun buat sketsa yang sama setiap hari tetapi dengan nilai tambah improvisasi, dengan khalayak yang berbeza, perasaan dan emosi yang lahir juga akan beri sesuatu yang baru setiap hari.

Dengan beg berat, buku teks macam batu bata, uniform seragam, rules yang mencekik, conformity pada kata guru dan orang tua, makanan kantin yang ala kadar (makanan guru best pulak, jauh benar bezanya), syllabus yang macam haram - at least diorang dapat juga buang tekanan dan stress jadi pelajar yang masih di sekolah rendah dengan sebuah persembahan. Terasa macam zaman takde TV dulu, orang penat balik dari bendang malam hari dihiburkan dengan bangsawan.

Kemungkinan aku akan tour sampai june nanti. Next week ke Penang kemudian JB. Macam-macam insiden sepanjang aku tour ni. Ada sekali tu, lepas aje aku buat play, ada sorang budak datang jumpa aku. Dia tanya aku - kenal tak Zafrina? Aku macam familiar nama tu. Aku pun terus tanya dia - Ni anak Zafrina ke? Dia senyum-senyum salam tangan aku. Ceh, aku tak kenal anak sedara aku sendiri. Bagus betul punya makcik. Bukan apa, ramai sangat anak sedara dah. heh. Selain itu, adegan mem-fewit2 kakak, tanya kakak dah ada boyfriend ke belum?, nak jadi adik angkat, minta autograf, tanya - bila nak datang sini lagi, tanya - nak join drama macam mana dan banyak lagi perkara-perkara interesting yang jadi sepanjang tour ni.

Oh dalam sketsa ni aku jadi doktor dan cikgu dalam masa 15 minit. Aku cuma sarung lab coat bila time jadi doctor. Masa aku nak sarung tu, budak-budak akan jerit - haaaaaaa....cikgu tu dah transform jadi doctor la. Waahhhh!!

Diorang memang cute, okay! Sangat.



3 comments:

  1. rembo,
    weh, nanti gua minta no lu kat amar deh. blanja dvd 10 boleh? keh keh

    ReplyDelete