Tuesday, April 27, 2010
Puisi 3 lelaki
Berpeluang membaca 3 puisi yang dinominasi dalam Selangor Republic Youth Award 2010 begitu mengujakan. Puisi yang terpiih adalah daripada kalangan kawan-rakan. Iaitu puisi Fared Ayam, Ledisorde dan Zhafer. Paling menarik bila mana puisi tulisan lelaki-lelaki ini, dilagukan oleh aku. Ya, seorang perempuan. Best kan? Aku baca ikut rasa dan interpretasi aku. Tak sempat pula berjumpa 3 lelaki ini untuk ditanya apa maksud puisi mereka. Persembahan malam itu pula dengan semua lelaki-lelaki ganteng dari So-sound. So-sound rasa-rata adalah dikalangan pelukis muda yang dashat-dashat. Koloborasi dengan mereka mereka antara sejarah yang mahu aku ulang-ulang. Malam itu kami spontan aje. Tanpa rehersal dan panduan teknikal (majlis protokal seperti itu)kami belasah aje. Seni ikut prosedur memang hancur beb! Anyway, Zhafer menang malam itu. Memang aku jangka. Sebab ini satu-satunya puisi yang aku ingat sampai sekarang. Simple tapi mencengkam. Bila kau nak belanja satey ni Zhafer oii.
Kreationistas
oleh Zhafir
Bumi ini berada di atas cangkerang seekor kura
kura ini berada di atas seekor gajah
gajah ini berada di atas seekor anjing kurap
anjing kurap ini berada di atas seekor babi
babi ini berada di atas dosa
dosa ini sekarang
berada di atas seorang gadis paling cantik di setiap pelusuk kosmos
gadis paling cantik di setiap pelusuk kosmos ini pula
berada di atas aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...
nice one.
ReplyDeletesatu je nak komen...
ReplyDeletetiga-tiga bacaan malam tu boleh kata sama saja nadanya...
kurang variasi...
ini dari pandangan peribadi seorang insan yang masih belajar laa..
ahaha...
rayza,
ReplyDeletetak cukup rehersal. hehe. thanks anyway babe. aku kena blajar dgn paradoks byk lagi nih. :)
kami pun masih dalam peringkat belajar lagi...
ReplyDeletebelum layak nak mengajar orang...
tapi fasyali fadzly hebat orangnya...
dia kan ada ijazah dalam bidang kejuruteraan loji dan pembentungan...
ahaha
syalinya kes gua tak campur la. hehe
ReplyDelete