Tuesday, May 25, 2010

Real Stalker

Dia benci Dakota. Sangat-sangat.

Dakota sangat;

cantik
baik
bijak
talented
peramah
baik hati
ramai kawan
sopan
hormat orang

Dakota punya personaliti yang akan membuatkan ramai lelaki jatuh cinta. Even, perempuan juga.

Jadi, dia benci Dakota.

Setiap hari, dia akan ke laman facebook Dakota dan meneliti satu demi satu paparan di wall milik Dakota. Dia menghabiskan masa lebih lama di facebook Dakota daripada berada di lamannya sendiri.

Semuanya di semak;

Status
comment-comment
gambar
kawan-kawan baru

Dia berharap, ada benda yang boleh di jadikan bahan bila melihat semua itu. Ada benda yang boleh diejekkan bila melihat status Dakota. Berharap status Dakota berbaur kekecewaan atau kesengsaraan. Mungkin juga ada gambar-gambar hodoh semasa kecil Dakota yang boleh di ketawakan. Mungkin juga comment-comment jahat yang akan boleh membuat Dakota terguris. Yeah, semua itu akan membuatkan dia rasa seronok, gembira dan rasa mahu terbang.

Tapi ternyata semua itu tak berlaku. Dakota okay-okay sahaja. Ramai orang yang sayang Dakota. Gambar-gambar Dakota semuanya cantik-cantik belaka. Status dan comments semuanya positif dan menggembirakan. Dia kecewa. Dia tutup facebook Dakota. Berharap esok akan ada benda negatif akan berlaku dalam hidup Dakota. Harap-harapnya.

Sudah hampir setahun dia berbuat begitu. Dan sudah setahun juga dia benci sangat-sangat dengan Dakota.

Secara sejarahnya - Dia dan Dakota tak pernah pun berkawan. Dakota tak kenal dia langsung pun.

Entah mana datangnya rasa benci itu?

Dia nak sangat jadi macam Dakota barangkali, jadi dia harus benci Dakota. Yeah, barangkali.

Saturday, May 22, 2010

Minah Urban

Dia perempuan urban
yang mengaku serba moden

hanya pakai levis original
menjeling dan mencebik bila diajak masuk kedai bundle

pantang nampak kedai manicure
melompat mahu nail kaki dan tangannya di cure

pantang nampak salon
berlari mahu blow dan cuci rambutnya yang blonde

ke mana-mana dengan headphone
tak dengar kugiran tempatan
tapi hanya dengar band hujan

tak mainlah beli selipar rm10 yang jual di uptown tu
hanya pakai crocs yang overrated habis tu

out station luar KL, tapi menjerit-jerit bila nampak mc'd dan mama grill, papa chop
bila di penang, semua orang mahu cari laksa dan cendol, dia tetap mahu makan chiken chop

join teater di Kl Pac dah rasa cukup inggeris dan elitas
teater melayu kata dia - Takde class uols! Takde class

Dia perempuan urban
yang mengaku serba moden

tak reti berkawan
tak mahu tahu makna kemanusian

Hidup ajelah dalam hutan
Buatan

Friday, May 21, 2010

Pre-Wed


Saya tak pandai tulis pasal fantasi atau dunia kayangan, atau separa realiti seperti Sayang Cendana (ini drama fave' Zulhabri aka bos Frinjan). Saya tulis tentang saya dan sekitar-sekitar saya sahaja. Kalau saya cuba menulis tentang perkara diluar dunia saya, selalunya kedengaran sungguh fake. Jadi skrip yang dihantar untuk Anugerah teater Merdeka 2010 ini memang dekat dengan saya. Tajuknya Pra-perkahwinan. Dekat kan? heh.

Alhamdulilah, skrip ini terpilih bersama 17 kumpulan yang lain. Ramai nama-nama hebat yang akan terlibat. Geng-geng main Saidina saya pun ada, Aloy dan Rayza dari Paradoks. Jadi, rugi rasanya kalau ada yang terlepas show teater ini. Setiap malam ada 6 kumpulan yang akan mempersembahkan karya mereka dari 31 mei dan 5 june. Bila dah confirm tarikhnya nanti, saya akan war-warkan lagi.


1. 1 PERIGI
T-Ha Mohd Hamami
E.M.P.T.Y Space Production

2. PRA-PERKAHWINAN
Fazleena Hishamuddin
Mana Teater

3. MERDEKA, MURDEKA, MIRDEKA
Anas Ridzuan
TeKA UiTM

4. MEMOIR MERAH: ALI MENGAMUK LAGI
Azrul Azizi Amirul
Angkatan Budaya Balik Pulau (ABAD)

5. KESEDARAN
S.T. Bala
Persatuan Seni Pentas India, Kuala Lumpur

6. BLACKOUT
Aloy Paradoks
Kumpulan Seni Bebas PARADOKS

7. KAIN BENDERA KAIN
Esnaini Elias
Group Teater Nadi Event

8. JIWA MERDEKA!
Prof. Madya Dr. Shamsul Rahman Mohamed Kutty (Dr. Shark)
Universiti Teknologi Petronas

9. UBI KAYU MOZARELLA
Muhammad Khairul Anwar Rosli (Nuex)
Kumpulan TEKAD UKM

10. TRAGEDI DI LEMBAH KURA
Sayed Mahadzir Sayed Omar

11. L.I.F
Muhamad Yusuf Amat (Akin Muhammad)
Tronoh Theatre Shop UTP

12. MAR-DAY
Syafiq Faliq Alfan (SEFA)
Universiti Teknologi Petronas

13. MERDEKAKAH MEREKA?
Siti Irni Yuslinda dan Mohd Hiezam
Kumpulan Teater Badan Budaya DBP

14. DALAM PEPERANGAN, SIAPA KAWAN, SIAPA LAWAN?
Roselina Johari Md Khir
Universiti Malaya

15. SEMBAH MARKABU
Kamarul A.R.
Kumpulan Teater Hidayah

16. JALAN MATI
Rayza MukMin
Kumpulan Seni Bebas PARADOKS

17. KERAS MENUNGGU
Saifullizan Yahaya
Kumpulan Teater Badan Budaya DBP

18. EPILOG RAJA SINGA
Ismail Kassan
Majlis Teater Negeri Perak dan
Majlis Kebudayaan Negeri Perak

Wednesday, May 19, 2010

Dekon & Manifestasi




Semasa entry ni ditulis adik-adik saya Najla, Ameen dan Nan sudah pun berada di Sabah untuk pertandingan Dekon (deklamasi puisi lakon) festival antara Universiti malaysia. Saya dipanggil menjadi jurulatih mereka. Saya tak dibawa pergi bersama kerana budget universiti hanya cukup membayar produksi sahaja. Jadi saya boleh doakan dari jauh aje. Sebelum mereka pergi, saya kata pada mereka - sebagai actor setiap tutur kata dan perbuatan mereka di atas pentas adalah satu janji dan tanggungjawab. Deliverlah dengan baik. Semoga berjaya. Harapnya mereka pulang dengan kepuasan dan pengalaman. Kalau menang, itu bonus.

Minggu ini ada satu lagi pementasan manifestasi teater dari negeri Melaka. Kalau ada masa bolehlah pergi beramai-ramai. Support our friends!

Monday, May 17, 2010

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...