Tuesday, May 25, 2010

Real Stalker

Dia benci Dakota. Sangat-sangat.

Dakota sangat;

cantik
baik
bijak
talented
peramah
baik hati
ramai kawan
sopan
hormat orang

Dakota punya personaliti yang akan membuatkan ramai lelaki jatuh cinta. Even, perempuan juga.

Jadi, dia benci Dakota.

Setiap hari, dia akan ke laman facebook Dakota dan meneliti satu demi satu paparan di wall milik Dakota. Dia menghabiskan masa lebih lama di facebook Dakota daripada berada di lamannya sendiri.

Semuanya di semak;

Status
comment-comment
gambar
kawan-kawan baru

Dia berharap, ada benda yang boleh di jadikan bahan bila melihat semua itu. Ada benda yang boleh diejekkan bila melihat status Dakota. Berharap status Dakota berbaur kekecewaan atau kesengsaraan. Mungkin juga ada gambar-gambar hodoh semasa kecil Dakota yang boleh di ketawakan. Mungkin juga comment-comment jahat yang akan boleh membuat Dakota terguris. Yeah, semua itu akan membuatkan dia rasa seronok, gembira dan rasa mahu terbang.

Tapi ternyata semua itu tak berlaku. Dakota okay-okay sahaja. Ramai orang yang sayang Dakota. Gambar-gambar Dakota semuanya cantik-cantik belaka. Status dan comments semuanya positif dan menggembirakan. Dia kecewa. Dia tutup facebook Dakota. Berharap esok akan ada benda negatif akan berlaku dalam hidup Dakota. Harap-harapnya.

Sudah hampir setahun dia berbuat begitu. Dan sudah setahun juga dia benci sangat-sangat dengan Dakota.

Secara sejarahnya - Dia dan Dakota tak pernah pun berkawan. Dakota tak kenal dia langsung pun.

Entah mana datangnya rasa benci itu?

Dia nak sangat jadi macam Dakota barangkali, jadi dia harus benci Dakota. Yeah, barangkali.

3 comments:

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...