Saya teringin sangat nak ada sebuah daerah coklat seperti dalam cerita Charlie and the Chocolate Factory. Saya berusaha berbagai cara untuk menjadikan impian itu nyata.
Satu pagi saya berjalan-jalan di luar rumah untuk membeli sayur bayam, ada seorang yang menegur saya dan katanya dia akan beri saya sebuah daerah coklat yang saya idam-idamkan itu. Saya terkejut, dan bertanya dengan hairan - kenapa saya? awak tak kenal saya dan saya bukan siapa-siapa? Dia jawab, saya mahu membantu awak mengenggam impian awak. Dia kata tunggulah sahaja, harinya akan tiba dan daerah coklat yang awak impikan akan berada di depan mata. Saya ucap terima kasih dan bisik padanya, awak memang baik hati, semoga Tuhan sahaja yang akan membalas jasa dan kemulian hati awak. Saya melangkah pulang dengan sayur bayam di tangan dan senyuman paling menawan.
Saya tunggu. Setiap hari saya bayangkan saya akan menari-nari dalam air terjun dan berendam dalam coklat pekat yang manis dan enak. Gila.Itu impian saya sejak kecil. Saya seolah tidak percaya, tetapi melihat kesungguhan orang yang menjanjikan itu, semangat saya membuak-buak. Setiap hari si penjanji itu menitipkan pesanan kepada saya bahawa - tunggu sahaja kerana tidak lama lagi impian itu akan jadi nyata. Jadi saya menjadi sangat positif.
Satu hari saya terima pesanan dari dia. Dia iaitu Penyuntik impian saya untuk memiliki daerah coklat saya sendiri. Dalam pesanan itu dia kata - I'm sorry. Daerah coklat tidak boleh awak miliki. Awak tak layak.
Saya terkontang-kanting. Teraba-raba. Hilang arah. Apa maksud pesanan itu? Kenapa saya tidak layak? Kenapa dari awal dia tidak beritahu tentang soal kelayakan atau potensi saya yang perlu dinilai untuk memiliki daerah coklat. Apa yang sedang berlaku? Apa yang cuba dipermainkan oleh dia? Bagaimana dengan janji dan harapan-harapan yang dituangkan untuk saya?
Saya kecewa. Sedih dan terasa dipermainkan. Kawan-kawan sekeliling cuma pujuk dan beritahu supaya saya sabar dan katakan itu semua - bukan rezeki saya. Acapkali mereka kata - Tiada rezeki lagi. Tiada rezeki lagi.
Saya berhenti bermimpi. Setahun. Dua tahun. Kemudian seorang lagi agen pencipta impian datang ketika saya seolah-olah hampir lupa tentang bagaimana saya di tegur ketika membeli bayam 2 tahun yang lalu. Seperti agen pertama dulu, yang kedua ini menaburkan janji yang lebih lebat kepada saya. Lebih kukuh. Banyak bukti-bukti yang ditunjukkan kepada saya sehingga saya berkata - Inilah dia. Inilah orang yang akan membuatkan impian saya jadi nyata. Daerah coklat akan saya peluk tidak lama lagi. Sukahatinya saya Tuhan sahaja yang tahu.
Agen kedua lebih dinamik dan agresif. Dia mencanangkan dengan cara lebih dashat. Dia bawa saya menjenguk daerah coklat tu dengan menaiki helikopter miliknya. Saya dapat saksikan yang saya sedang berenang-renang dalam putaran coklat dan menyanyi riang. Selepas kejadian tu, saya tak boleh tidur lena. Hati saya macam gunung berapi panas melegak mahu cepat-cepat daerah itu jadi milik saya. Sekali lagi harapan sebesar langit yang saya ada dan sebesar itu jugalah yang saya tanam dalam jiwa saya. Kali ini saya pastikan itu semua akan jadi kenyataan.
Seperti agen pertama, yang kedua ini lebih dasyat. Dia mengumumkan saya akan menghuni daerah coklat di depan khalayak ramai. Dia membuat press conference. Saya diraikan di majlis besar. Saya dirakamkan dan menjadi wajah depan akhbar tempatan dengan headlines : Daerah Coklat bukan sekadar impian emas. Dan ketika majlis penyerahan kunci daerah coklat dilakukan, agen kedua memberitahu kepada saya bahawa saya tidak akan dapat daerah coklat. Saya tidak layak dan saya bukan orang sepatutnya memilki daerah coklat. Saya jatuh lagi, terduduk kali ini. Lumpuh.
Saya meratap berhari-hari.
Sedih rasanya tidak terperi.
Daerah coklat hanyalah mimpi.
Mimpi yang sangat kejam dan ngeri.
Saya tidak lagi bercerita pada kawan-kawan saya. Kerana mereka cuma akan kata - bukan rezeki kau. Sudah tiada rezeki, mahu buat macam mana. Saya cuma khabarkan pada ibunda, ayah dan adik perempuan saya yang seraya peluk depan belakang, cium kiri kanan dan beritahu saya - jangan nangis, kamu wanita kuat. Mana ada orang yang mahu mimpi seperti kamu mimpi. Jadi jangan putus asa. Kemudian kekasih saya yang gopoh-gapah datang semata-mata mahu mengusap air mata saya dan genggam kejap jemari saya dan bisikkan di telinga saya - sayakan ada. Impian kamu juga impian saya. Kita akan bina daerah coklat kita sama-sama.
Saya melihat mata bengkak saya di cermin. Bergelen air mata keluar hari ini. Semakin dipujuk, semakin laju ianya menyimbah. Saya mungkin terlalu sedih dengan semua yang berlaku. Saya juga mungkin terlalu terharu dengan insan-insan yang selalu ada untuk menyerahkan bahu mereka untuk saya hambur kedukaan saya.
Mustahil saya kata yang saya akan berhenti bermimpi tentang daerah coklat. Cuma saya akan berhenti menagih janji manusia. Dan membina harapan ke atasnya. Manusia tetap manusia. Jika kita berdoa dan meminta pada Tuhan dan kita tidak dimakbulkan, itu kita kata sebagai - Tiada rezeki. Bukan sesama manusia. Jadi minta dengan Tuhan, bukan manusia.
Saturday, August 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...
nice one sis. :)
ReplyDelete*mira*
saye penah rase kepedihan tuh,kak ;) sakit tuh sampai dalam ulu hati.
ReplyDeleteberlinang airmata i baca ni.
ReplyDeleteDaerah Coklat itu mungkin yang bukan direncanakan oleh-Nya. Berlarilah selepas rencana yang nyata mengarut ini. Yang pasti, ia lebih kuat dari sebelumnya.
ReplyDelete-Ekstremis Cinta-
seperti adinda ajun.
ReplyDeletesaya juga menitis air mata membaca ini.
kalau kamu berjaya menakluk daerah coklat impian kamu.
cukuplah sekadar sebiji ferrero roche pemberian sang agen yang benar-benar ikhlas.
biar kecil.
tapi cukup buat kamu rasa bahagia.