Saturday, August 14, 2010

Minah Cebek




Masih dalam mood Hegemoni. Dalam Hegemoni, watak Alin bermain dengan emosi dalaman. Sakit, pedih, perit, kecewa, derita, sengsara. Tapi semuanya ada di dalam - hati. Rasanya pementasan ni paling banyak menyembahkan air mata aku ke bumi. Hampir setiap pementasan, siang-malam. Sampai ada orang tanya, berapa gelen air mata kau ada ye? Mudah benar nak menangis. Try la duduk dalam watak Alin, korang akan tahu rasanya bagaimana. Sampai sekarang, kalau teringat Alin atau cuba-cuba masuk dalam diri Alin waktu malam-malam sebelum tidur, air mata jadi bergenang je. Gila la skrip kau ni Aloy! Mummy kata saya ni minah cebek. Aku tak tahu mummy cedok bahasa tu dari mana. Tapi cebek tu maksudnya 'sensitif' dan mudah nangis. Ada ke patut bila aku buat seisi kaunseling dolu-dolu, orang duk cerita problem dia, aku yang duk bergenang air mata. Ni dah kira bukan empati, dah jadi simpati. Bahaya dowh.

"Aku sangat tertarik dengan watak Alin. Betul kata Wazir dan Azrai, Fazleena nampak lain sangat. Karektornya terbina dengan cantik. Gerakan yang minimal itu membantu audien untuk memaksa merasakan emosi yang lebih dominan dari gerakan-gerakan. Hanya postur badan sahaja yang digunakan untuk menjelaskan aksi lakon." - Review dari Fasyali

7 comments:

  1. kalau saya berlakon, saya mahu watak yang seperti ini. saya adore dengan watak Alin.

    ReplyDelete
  2. cali,
    tq kat director saya. dia banyak bantu. :)

    *susah nak buang character alin dlm diri saya. dah abis pun susah juga. fuh.

    ReplyDelete
  3. kak adik knp i je x dpt nk tngk ....
    pls send me ur vid....
    HEGEMONI!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Che am,
    organized la hegemoni buat show kat UMP. amacam? :)

    ReplyDelete
  5. waa.. camne ek watak alin tu?? uhuk... kalau ade show kat ump. confirm sy dtg, hehhe

    ReplyDelete
  6. midot,
    sapa suruh tak dtggg? hehe. insya, kalau ada apa2 atau re stage saya pasti inform. kalau tak dtg tak tahu lah nak ckp apa. :)

    ReplyDelete
  7. wa tau pasei ape susah nak buang

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...