Wednesday, August 11, 2010
Kita bercerita tentang rasa
Alhamdullilah, perjalanan teater hegemoni berakhir dengan pelbagai rasa yang indah. Benar, tak ada rasa yang boleh dirasa (dialog dari hegemoni) tapi kau akan selalu boleh nyatakan, lafazkan.
Ini apa yang ada di balik tabir Hegemoni (spesifikasi rasanya untuk aku) :
a) Adik-adik aku dari UMP (Uni msia Pahang) datang satu bas dan balik malam tu juga. Sewa bas satu gerombolan datang untuk tengok hegemoni. Miss presidennya Syidex telah mengelolakan aktiviti ini dengan jayanya. Untuk tujuan exposure pada student2 junior yang baru nak kenal-kenal teater. Tapi kalau bukan atas tiket persahabatan dan kasih sayang ke atas aku, ada ke diorang sanggup buat begitu? gila! Kau boleh bagi tahu ke rasa aku macam mana? Tak boleh beb. Ok, terharu gila-gila-gila kot. Terharunya macam mana tu susah nak bagitahu. Susah beb.
b) Aku dan Amelia Aziz ada banyak persamaan rasa. Dua pelakon perempuan untuk team ini. Sepanjang 3 bulan semenjak sama-sama mengerjakan hegemoni ada banyak perkara dan cerita yang relate. Paling touching amy urut perut aku masa aku dilanda period pain yang menggila menjelang show. Dah rasa macam mak-mak bidan urut orang lepas pantang. Tapi kalau bukan dengan kasih sayang dan rasa perkongsiaan kami, dia nak buat macam tu ke? I dont think so. Dan rasa tu kau tak boleh bagi tahu apa dia. Tapi kau tahu.
c) Syairazi aka mamat rambut kembang selalu usik aku dengan Amelia sebab kami dua je bunga dalam paradoks (i dah di approved masuk paradoks, ehem). Dia suka bahan dan kritik yang kaw-kaw punya sampai kadang-kadang boleh buat orang terasa. Juga suka busybody bila kami berbual. Ada je nak menyampuk. Tapi aku tahu yang kritikan dan kata-kata peleceh dia tu sebenarnya 'bertentangan' dengan rasa dia. Dia orang yang ambil berat, concern gila, caring dan baik hati. Dan juga seorang yang setia (ehem). Jadi dia mengajar aku untuk percaya rasa sayang bukan untuk di show off dengan perbuatan atau kata-kata, tapi kepercayaan pada rasa itu. Dia misteri macam watak Syai dalam Hegemoni dan juga rambut kembangnya. Kadang-kadang rasa yang misteri itu lebih indah dari rasa yang kau dah tahu bagaimana rasanya.
d) Rayza partner yang sangat baik. Dia banyak membantu. Sebab aku ni si lembab. Dia yang banyak tolong. Gali character, cara paling afdal ingatkan skrip, emosi, plan apa kami nak buat everytime untuk improve scene kami. Pertolongan tu kau tak boleh balas dengan ucapan TQ. Tak cukup. Tapi aku cakap juga. Selalu. Banyak kali dan sentiasa. "Terima kasih ye you, terima kasih ye you!" Tapi rasanya tak pernah cukup. Ikhlas gila kot. Selalu nak harap Rayza percaya yang aku betul-betul say thank you dengan sepenuh jiwa. Harap-harap rasa tu sampai eh.
e) Seluruh family aku turun dan membayar tanpa meminta "takkan takde tix free kot?". Orang kesayangan kau ada untuk menyokong kau tanpa henti, kau cuma boleh hug dan cium mereka tapi kau tak boleh bagitahu apa rasanya bila mereka sentiasa ada sebelah kau dan bisik 'kami akan selalu ada untuk kau' walaupun sejuta orang bisik semula di telinga mereka 'apa benda la anak kau buat tu?' atau 'carilah pekerjaan yang mulia sikit' atau 'sampai bila nak buat teater?' atau 'sudah-sudahlah tu melompat atas pentas'. Diorang tak letih pun dan telinga mereka kalis peluru untuk kau. Apa yang kau rasa agaknya. Gila juga nak nyatakan rasa tu.
f) Dalam apa sahaja yang kita buat, terutama dalam aktiviti berkumpulan selalunya orang menilai keseluruhan persembahan. Tapi aku selalu melihat potensi individu. Selalunya aku melihat aku sendiri. Kalau orang kata 'wow, its a good show', 'amazing', 'brilliant' tapi aku selalu akan suka dan rasa happy kalau ia memang sebuah show yang bagus kalau komitmen yang aku berikan adalah yang sepatutnya. Kalau penonton kata kita bagus, kita tanya diri kita balik adakah kita dah bagi betul dengan benar dan sepenuhnya. Kalau belum, tak payah nak rasa suka dan gembira dengan ucapan congrats tu. Untuk hegemoni, aku terima banyak juga komen positif tentang acting aku. Dan datangnya dari orang-orang yang aku percaya mengkritik aku secara jujur. Antara yang selalu mengkritik atas muka terus ialah kawan-kawan baik aku iaitu Azrai dan Ahmad Iswazir. Kata mereka aku betul-betul ada dalam watak 'alin', watak yang aku perankan dalam hegemoni. Katanya aku sudah improve banyak. Ada komen dari seorang pengajar teater di IPTA, katanya aku tidak try too hard untuk acting. Natural. Sherry (pernah terlibat dalam koken, pelajar aswara) pelakon yang hebat dan dashat itu peluk aku masa malam show dan beritahu "Faz, i like your acting." Sedangkan sebelum ni aku selalu melihat aku over acting dan masih takut-takut lagi berada atas pentas. Bila ada komen sebegitu datang, aku mula sedar yang aku ada usaha yang sungguh-sungguh untuk peranan aku dalam show ini. Every comments yang datang tu buat kau teringat-ingat dan kau akan senyum dan tepuk hati kau sendiri. Hati kau akan balas dengan senyuman juga. Tapi still, kau tak tahu macam mana nak mention rasa tu. Susah.
g) Nisha Ismail datang 2 kali ke persembahan hegemoni. Sebab yang pertama dia masuk agak lewat. Jarang sangat kot orang nak tengok persembahan berbayar dua kali. Nisha adik yang baru aku kenal tapi besar sayang dia kat aku. Ada seorang teman facebook dan blog yang tak pernah jumpa in person sangat-sangat mahu datang. Dia pula duduk jauh. Tapi bila sudah sampai dbp, dia sesat dan akhirnya pulang tanpa sempat menonton. Tapi dia text dan beritahu 'sorry, i dah cuba tapi mungkin takde rezeki'. Persoalan tidak ketemu itu tak besar, tapi ini soal effort. Peh, effort tu dashat aku kira. Dan rasanya itu sungguh ajaib.
h)Dan Aloy yang tanya aku tentang kesudian aku untuk sama-sama berjuang dalam hegemoni. Yang kerat lidah aku agar tidak berdialog sambil bersajak lagi. Yang buat aku faham ruang dan sedar tentang 'aku siapa'. Yang tak bengang dengan kerenah aku yang sumtimes bukan-bukan. Yang peluk dan beritahu aku 'be humble faz...always be humble', yang tak pernah memaksa apa-apa, yang acap kali menjerit tentang makna keikhlasan dalam berkarya dan buat aku rasa macam dia abang sulung (sedang aku paling tua dalam team tu). Untuk itu itu itu semua, apa lagi rasa yang ada agaknya yang mahu diterjermahkan. Kalau kau orang semua boleh beritahu aku rasanya, kau memang hero.
Terima kasih untuk semua rasa-rasa itu. Terima kasih tak cukup, aku tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...
1) Adam memang xpatut ada dlm nie, tapi kenapa arip xda
ReplyDelete2) Mukhris paling tua
3) ehem
congracias atas hegemoni!
ReplyDeletekalo berada di kwsn berdekatan,mesti saya pi tgk hegemoni.
ReplyDeleteneway slmt berpuasa kak faz.
mana nik adam ahmad????
ReplyDeletesyai tu poyo
syai,
ReplyDeleteentry kalau terlalu panjang, org muak nak baca. heh.
*part ehem tu aku suka. :)
loq,
thanks dude.
aloy,
.................... :)
along,
its ok along. next time will be. u too, hepy fasting.
encik adam,
nanti i buat entry khas utk u kay laling. adik naughty i nih. eish, cubit pp kang. :)
aku terasa kot...sebab aku tak dpt hadirkan diri...tapi aku pun nak bgtau apa yg aku rasa...pukul 7mlm sabtu..sewaktu memberi anak susu..sewaktu aku text ko..mmg tgh merasa rugi tak dpt dtg tgok ko..
ReplyDelete*syahdu siot entry ko yg nieh....
fadz,sgt terharu....kita jgn gado2 tau x faz..igt memorandum kita k.hehehe
ReplyDeletelida,
ReplyDeletetak payah terasa la. aku faham. kau pun ada tanggungjawab. semua org ada peranan masing2. merajuk2 mengada tu biasalah. thanks sebab sudi lagi support aku dari jauh. i love u toto.
amy,
memorandum tu i pasti amy. jgn benarkan sesiapa pun..ehem ehem. i miss u cik amylia. so much!
ada nama Nisha. terima kasih Kak Faz.
ReplyDeletesebenarnya, memang besar sayang untuk kakak.
teruskan. :)
Nisha,
ReplyDelete:)
walaupun gua nampak macam tak percaya tapi bak kata aloy paradoks, itulah paradoks...
ReplyDeleteaha
ni kan rasa stim. ops terbatal pulak.
ReplyDeleterayza,
ReplyDeletemasa aloy citer pasal maksud paradoks kat budak2 ump, mcm seisi kulaih plak. :)
hey, thanks.
utk org yg dtg ari 1st?
ReplyDelete