Tuesday, August 3, 2010
Maskara Shorties & Trailer
Saya ada banyak kenangan dengan Maskara Shorties. Maskara shorties yang pertama saya terlibat sebagai salah seorang pengarah dengan menghantar short film saya "Lost Communication". Selepas itu hubungan saya dengan geng-geng Soljah bertambah baik dan akrab. Ada sahaja perihal film yang boleh dibualkan, ada masanya jika saya ke JB saya boleh lepak2 santai dengan Tok Rimau dan Dean Sham. Maskara shorties yang kedua saya terlibat dalam short film Dean Sham "Hangus". Paling best kami bekerja (shooting) time puasa dan Dean Sham memang seorang director yang super cool. Dia selalu tahu apa dia nak. Yang terharu, Dean Sham re-write storyline untuk memasukkan character saya untuk Hangus. Tq Dean! Oh, saya jumpa Amar secara in-person juga waktu script reading Hangus (jadi Hangus memang banyak sweet memory, hehe).
Maskara Shorties tahun ini saya sangat ralat tak dapat nak pergi dari awal sebab saya ada komitmen lain. Dia bertembung dengan Hegemoni yang dah 2 bulan saya kerjakan bersama team paradoks. Kami fikir selepas show sabtu malam, kami akan terus berjalan kaki ke seberang jalan Rumah Pena untuk menikmati sisa-sisa filem yang ada. Nak rasa kebersamaan itu. Kalau boleh saya nak cuba attend setiap tahun Maskara Shorties selagi event itu ada di muka bumi. Satu-satunya event yang tulus, takde konsep pilih-pilih (film rare-rare atau best-besat sahaja), menghimpunkan semua indie2 filmmaker dan menggalakkan ramai lagi buat filem yang baik-baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...
seb baik ada maskara shorties ni kalau tak tau mana nak pegi untuk tengok film tak rare-rare atau tak best-besat sahaja. baru seimbang kosmo faz.
ReplyDelete- tulus