Thursday, September 30, 2010
Inspirasi Sanubari
Ditayangkan raya tempohari. Tapi saya pun tak sempat tonton. Sedang tunggu copy dari tuan directornya.
Wednesday, September 29, 2010
Pemuisi Wannabe
Saya terima beberapa email dan komen diblog yang mengatakan :
Pergilah mampus dengan indie kau tu.
Kau tak payah beranganlah dengan dunia art sampah kau tu.
Bukannya kau boleh pergi big screen pun, duduk ajelah dalam ceruk longkang haprak.
Saya tak balas atau approved comment sebegitu. Sebab saya malas nak layan. Abah selalu pesan, buat apa layan orang bodoh sebab kalau kita layan kita lebih bodoh dari orang tu. Paling tinggi pun saya anggap mereka-mereka ni cemburu sahaja. Mudah.
Saya tak pernah kacau orang. Saya cuma buat apa saya minat dan saya suka. Saya happy dengan apa saya buat. Satu hari nanti bila saya hilang minat atau mahu berhenti, saya berhenti. Tak perlu orang suruh.
Pernah saya berbual dengan seorang teman. Dia terlibat dalam penulisan puisi. Katanya mahu berhenti kerena terlalu ramai yang hanya 'wannabe' dalam menulis puisi. Scene puisi tidak lagi rare. Semua mahu jadi penyajak dan semua mahu menyanyikan lagu puisi. Keluhan teman itu seolah mahu meminta pendapat saya, mungkin kerana saya juga terlibat sedikit sebanyak menulis puisi.
Saya bertanya, kenapa perlu berhenti. Kenapa perlu fikirkan tentang orang lain. Adakah selama ini dia menulis kerana ikut-ikutan atau mahu memenuhi permintaan khalayak. Atau ingin kecap popular. Bagi saya yang penting dia menulis untuk diri dia. Dia menulis kerana dia mahu menulis. Mahu share. Itu sahaja. Tidak perlu takut dengan persekitaran. Sepatutnya persekitaran tidak buat dia rasa tertekan. Chill dan relax-relax sahaja. Nawaitu itu paling penting.
Itu aje yang boleh saya cakap, sebab saya pun bukannya pernah menang anugerah puisi terbaik atau puisi saya pernah terpampang di suratkhabar. Saya hanya mahu tulis sahaja. Sebenarnya saya tulis untuk diri saya. Ingatkan diri saya. Kalau ada yang terkesan positif, itu bonus. Kalau sebaliknya, itu saya tidak boleh halang. Itu semua bergantung pada bagaimana penerimaan individu.
Saya seronok tengok scene puisi berkembang. Saya rasa bagus sangat bila kita ada ramai talent yang menulis dan membaca puisi mereka sendiri. Saya tak faham kenapa ada sesetangah orang yang selalu nak condemn orang yang baru-baru nak tulis puisi. Atau puisinya menggunakan bahasa-bahasa mudah yang tidak puitis, atau puisi yang dilabelkan biasa-biasa sahaja. Kenapa perlu nak condemn? Sepatutnya kita sama-sama sokonglah. Sudahlah scene ini kecil, yang condemn lebih ramai dari yang sokong, macam mana tu?
Macam acting jugak. Saya memang minat. Saya jarang nak tolak kalau ada kawan-kawan yang tawarkan watak untuk saya. Selalunya saya akan ok dan angguk sahaja. Saya rasa kita sama-sama manipulate. Dia mahu saya jadi cast dia, saya pula mahu memuaskan minat saya. Dua-dua dapat untung. Kalau dia tidak bayar saya pun saya ok sebab saya dah dapat nilai saya dari itu. Saya rasa sebab itu agaknya saya tak terlibat di layar lebar dan mainstrem, sebab saya takut saya buat sebab duit. Dan lagi satu, saya tak layak pun untuk scene mainstrem sebab tak comel macam maya karim. :P Kalau satu hari saya ada ketika anda menonton cinema, saya berlakon filem di bawah hasil tangan teman-teman saya seperti Razaisyam, Nazri M. Anuar, Ahmad Azrai, Azri Abu Hassan, Aliff Rahman, Jaja Kadir, Faliq, Aloy Paradoks, Bin Filem, Dean Sham, Rozinor. Kalaulah.
Amar selalu pesan kat saya, selagi saya tak kacau orang dan happy dengan life saya kenapa perlu rasa runsing. Saya ada banyak lagi perkara dan benda boleh explore dalam hidup saya, why bother about people. People ada mulut, biar dia cakap. Kalau dia penat nanti dia senyap. Itu juga yang abah, ajune dan mummy cakap kat saya. Betullah tu; Kita selalu sangat ambil berat kata-kata orang yang tak penting sangat dalam hidup kita, sedangkan mereka tak menyumbang apa-apa pun. Mereka hanya teman hye-hye, bye-bye saja. Lebih baik fikirkan tentang bagaimana mahu terus hidup dari fikir menjaga hati ramai orang.
Ok, enough untuk itu. Untuk bulan oktober nanti saya terlibat dengan banyak perkara. Shoot digital feature dengan Paradoks, berlakon short filem dengan 2 pengarah yang pernah saya bekerjasama, terlibat sebagai salah seorang penulis dan salah seorang community buku mengenai kes pembuangan bayi, dan juga menjadi speaker di sekolah-sekolah untuk berkongsi tentang kesihatan (tak dapat jadi pensyarah, jadi speaker pun bereh :P). Dan mengharapkan ada lagi perkara menarik yang boleh saya buat daripada tak buat apa-apa dan berfikir bukan-bukan tentang surrounding yang membebalkan dan membingitkan tapi kosong.

Monday, September 27, 2010
Grow Up
Masa majlis open house rumah mak sedara aku di PJ, aku tengok anak sedara duduk berkumpul depan satu lap top. 3-4 orang duk tukar-tukar guna. Lepas sorang-sorang. Aku curious juga, diorang ni buat apa. Aku pergilah mengintip. Rupanya duk update status facebook. Style tulis status yang menunjuk-nunjuk kehebatan masing-masing dan juga memerli kawan-kawan sekolah diorang. Seperti;
Dia tu dahlah bodoh, lembik pula tu. Padan muka kena marah dengan Cikgu math ari tu.
Ada budak tu kan dia perasan dia lawa, anggun, tapi bodoh macam lembu.
Bapak aku janji nak belikan BB kalau aku lulus exam, Danial Hakimi, kau ada ke?
Aku ketawa je tengok status sorang-sorang. Budak-budak baru nak up. Tak nampak annoying sangat. Dan kita tak perlu nak ingatkan supaya grow up, oh please grow up.
Kalau orang tua, macam mana? :P

Ambil Berkat
Ramai orang kata susah nak sing a long dengan lagu-lagu dia. Mungkin bahasa atau melodinya tidak mudah meresap dalam jiwa. Mungkin. Itu yang membezakan dia, mungkin. Tapi sejak mula-mula saya dengar dan membaca penulisan dia secara senyap-senyap, dia antara yang pengkarya paling jujur pernah saya jumpa. Dia menulis untuk diri dia dahulu. Dia share apa dia rasa. Tak perlu nak jadi hipokrit, menulis perkara-perkara yang dia tidak tahu. Tak cuba untuk create attention bukan-bukan. Tak perlu nak puaskan hati semua orang.
Saya harap Puan Wani Ardy kekalkan itu dan terus menulis. Kalau dia berhenti, ramai yang akan rugi. Saya juga.
Sunday, September 26, 2010
Wall Street Heroin
Friday, September 24, 2010
Culture Shock
Orang yang sedang culture shock tidak boleh ditegur directly. Ibarat orang yang sedang tidur lena dan terkejut bila diagah secara spontan atau dijerit.
Boleh mati.
#Malas nak update status kat FB. Nak belajar sayang blog lebih sikit lagi dari FB.

Monday, September 20, 2010
Oportunis
"Kalau kita meletakkan pelakon teater yang sebenarnya dan tidak mendapat sambutan maknanya kita tidak mempunyai khalayak yang memahami teater. Jadi, meletakkan artis popular adalah oportunisme kita sebenarnya. Lalu kita berbangga dengan penonton yang banyak padahal mereka hanya menonton artis bukan menonton teater." - Ku Seman Ku Hussain
Pesanan ringkas via blackBerry :
Aloy..oh Aloy, bila boleh script reading? I dah rindu nak olah tubuh.

Saturday, September 18, 2010
Brilliant Director
Saya berharap dan doakan satu hari nanti ada orang yang nampak bakat Ridhwan Saidi aka Bin Filem sebagai seseorang yang akan membawa filem Malaysia ke arah yang lebih baik. Masa tu nanti saya bangga dan boleh claim pernah terlibat dalam filem-filem awal beliau. Kalaulah duit peruntukan membuat filem diberikan dengan pitch short-short filem yang dibuat oleh anak-anak muda Malaysia, tentu dia menang tanpa bertanding. Tapi kalau bukan David Teoh-lah dia punya panel penilai. Ehem. Saya harap dalam beberapa tahun lagi dia boleh hasilkan feature dia sendiri. Saya yakin, dia bukan seorang yang menunggu dana menyembah bumi baru bertindak. All the best director!
Tuesday, September 14, 2010
Abah dan Opah
Sejak Arwah Wan dan Atuk belah mak kembali ke rahmatullah lebih 20 tahun lalu, kami sekeluarga dah tak pulang ke Banting bila hari raya. Setiap tahun akan pulang ke Selama, Perak kampung belah abah. Di Selama kami masih punya seorang nenek yang dipanggil opah yang sama umurnya dengan Dr. mahathir. Kalau kami tanya umur opah, dia mesti sebut - Opah sebaya dengan Dr. Mahathir. Pantang nampak DR M kat Tv,mesti dia jerit - Kami sebaya. Kami sebaya. Dengan slang perak dia yang sangat pekat. Cute kan opah?
Memang tradisi atau peraturan yang abah tetapkan, dia memang suka kami sekeluarga ke mana-mana bersama. Sejak kecil kami diajar untuk unite. Antara taktik untuk menyerapkan unite ialah dengan menggalakkan anak-anak selalu ada bersama-sama dengan kedua ibu bapa. Prinsip abah barangkali. Tak kira ke mana-mana, kenduri kahwin sedara mara, jemputan majlis makan-makan kawan abah atau kawan mak, beli barang dapur, jalan-jalan shopping complex memang dia akan angkut dan heret kami adik beradik sekali. Mesti. Kalau salah seorang tiada, dia akan senyap aje sepanjang perjalanan. Jadi tak happy. Jadi keberangkalian untuk salah seorang adik beradik kami tiada tu amat-amatlah kurang. Pernah sekali kami cuba buat pakatan, buat plan supaya abah tak bawa kami sekali dengan cara tunjuk rebel buat-buat tak mahu salin baju bila dia dah start kereta. Sorang tengok tv, seorang buat-buat tido, seorang kat dalam toilet. Tapi abah tunggu aje kami, tak hon kereta, tak marah-marah, tak masuk rumah-keluar-masuk balik untuk herdik kami. Lama-lama kami faham dan rasa serba salah dengan reverse psikologi abah, kami akur juga. Muka masam mencuka maasing-masing, tapi abah akan buat-buat lawak Os atau lawak P.Ramlee dalam kereta, peluk-peluk mesra kami adik-beradik, dan akhirnya semuanya akan kembali okay. Apatah lagi ada kalanya abah rasuah dengan beli tshirt atau jeans baru. Semua tu kami lalui sejak kecil lagi. Dari ke mana-mana naik bas, boleh pakai motor dan sampai boleh beli kereta second hand, even though sampai sekarang pun.
Sampai sekarang pun, anak-anak dah besar panjang dan tua bangka ni pun masih lagi di ajak ke mana-mana sekalipun. Excitement untuk rasa kebersamaan tu selalu saja berada pada kadar yang tinggi. Cuma anak-anak bila dah besar ni tak pandang lagi rasuah dan reverse psikologi abah. Darah muda masing-masing. Mana nak lagi jalan-jalan pegang tangan dengan adik beradik. Pegangkan barang mak dan abah. Tolak troli sama-sama. Letih juga nak membontot aje mak dan abah. Ada masanya kita punya plan dan ruang kita sendiri. We needs privacy. berjalan dengan kawan, dengan kekasih kan lebih punya nikmat gitu. Jadinya bila dah besar ni abah dah tak paksa-paksa sangat atau buat muka bila kami salah seorang bila ke mana-mana, tapi dia selalu bisik atau ngadu kat mak. Mak yang akan sampaikan kat kami. Abah selalu cakap : napa ajune tak ikut? angah ada banyak sangat kerja ke sebab tak ikut? alis dengan boboy dah tak nak ikut kita lagi ke? Sedih juga kalau dengar macam tu. Jadi selalunya jika ada kelapangan, kami ikut jugalah. Suka tengok muka abah senyum. Excited dia lain macam kalau kami ada. Aku rasa sebab tu agaknya adik beradik kami sangat rapat. Bergaduh juga tapi tak panjang. Aku boleh lepak dengan kawan-kawan ajune, ajune boleh lepak dengan kawan aku, alis dengan boboy boleh bawa aku dan ajune lepak dengan geng depa. Along kalau bos dia ajak pergi karaoke selalu nak bawa kami. Dan rasa sayang tu selalu mahu ditonjolkan, di express. Aku rasa tu antara mission yang mahu abah capai bila peraturan tu abah ciptakan pada keluarga kami. Mungkin.
Orite, bercakap soal balik kampung bila raya dah confirm-confirmlah memang kena balik kampung. Janganlah nak mengelak atau tunjuk surat sebab, memang tak jalanlah. Masa ni abah ada kuasa veto untuk angkut kami semua adik-beradik balik kampung. Bukan balik raya aje, kalau ada cuti panjang abah memang akan balik. Kadang-kadang dia ambil cuti untuk tengok opah kat kampung. Itulah yang berlaku sejak kami tak berpeluang lagi raya rumah arwah wan dan atuk di Banting. Itu tidak menjadi masalah, sebab kami patut rasa syukur masih punya kampung dan nenek. Dan boleh balik kampung bila hari raya. Kan balik kampung dan raya itu sangat signifikan. Ada orang sanggup raya rumah orang lain semata-mata untuk rasa beraya di kampung, inikan pula kita yang ada kampung. Macam abah selalu cakap bila kami tarik muka pasal balik kampung; katanya - Appreciate what u have before its gone. Kalau opah dah takde besok, kita raya ajelah rumah kita. Selagi dia ada, tanggungjawab kita untuk ingat dia. Selalunya ayat dia tu matikan semua benda.
Kampung kat Selama tak macam kampung. Sebab opah tinggal di taman perumahan rumah kos rendah dan tidak pernah pindah-pindah dari dulu. Rumah kecil yang opah dah tambah sikit depan dia sebab anak Opah ada 12 dan cucu-cicit dan bertimbun-timbun. Atap rendah rumah opah dan ruang sempit buat pengudaraan jadi tak berapa betul. Boboy dengan alis selalu merungut rumah Opah macam sauna. Selama pula pekan kecil yang takde apa. Paling rare pun ada 7E aje. 7E pun baru ada 2,3 tahun lepas. Shopping complex memang jangan haraplah. Kalau nak jalan-jalan pun kami selalu pergi Taiping aje, at least kat Taiping ada lake garden. Syok sikit main naik basikal dalam air tu. Boring-boring boleh masuk Zoo Taiping. 45 minit jugalah dari Selama nak ke Taiping tu. Tapi demi nak hilangkan bosan duduk Selama dengan rasa stress, kami pastikan akan ke Taiping hari kedua sesampainya dari Selama. Jadi sambutan hari raya biasa sahaja. Takdelah nak rasa riuh-riuh bakar lemang kat halaman rumah atau main bunga api mercun guna pelita yang pasang keliling rumah. Faktor besar yang tidak memungkinkan itu adalah seperti yang tertera d atas tadi. Faktor rumah mungkin. Tapi tu bukanlah soal paling besar. Rumah kecil, rumah besar tu bukan faktornya. Rumah besar atau rumah kecil kalau takde orang, buat apa?
Kami adik beradik dan kadang-kadang mak sekali selalu merungut pasal balik kampung ni bukan apa, selalunya kami aje yang ada di kampung bila raya. Dulu masa kecil-kecil tak terasa sangat, tapi bila dah besar ni kami pelik dengan situasi di mana hanya keluarga kami dan beberapa keluarga di sekitar Kl ni aje yang balik ke kampung. Ada dalam 3 family. Sedangkan lebih dari separuh yang tinggal berdekatan dengan Opah seperti di Ipoh, Taiping, Jelapang yang semuanya tak lebih dari 2 jam untuk ke Selama tu tak ada pada hari Raya atau tidak menitikberatkan konsep balik kampung.Pernah sekali dua tu, kami sahaja adik beradik yang ada. Sepupu lain, dan sedara mara yang lain tak nampak batang hidung. Depa akan datang raya kedua untuk lepak rumah opah selama 2 jam atau 3 jam, makan-makan, kukik kukik kukik kukik gelak mengekek, ambil gambar ala-ala dan kemudian blah. Ajun dan aku akan jadi pelayan hotel kelas 1 yang akan menyediakan makan minum dan mak akan jadi chef handalan di dapur. Layan depa datang, jamu makan-makan, kenyang, kentut dan ber-ambus. Begitulah acapkalinya yang terjadi. Sebab kami pulang sebelum raya dana kan pulang ke KL 3,4 hari raya kadang-kadang lebih seminggu.
Pernah kami nak bawa Opah raya kat KL, tapi biasalah orang tua kan mana nak raya rumah orang. Dia mesti nak raya rumah dia sendiri. Rumah dia besarkan anak-anak dia. Rumah dia dengan Tok Wan semai cinta. Rumah dia. Tak sama macam rumah orang lain. Opah cuma tinggal dengan makcik kami yang tak berkahwin dan tak berapa sihat dari segi tekanan emosi dan mental sebab ada peristiwa yang terjadi pada dia zaman dia muda dulu. Dia pilih untuk hidup seorang diri dan tidak berkahwin sampai sekarang. Dia pun tak berapa sehat, opah pun dah tua. Dua-dua pun kena telan ubat. Tapi diorang ada satu sama lain. Diorang boleh jaga diri diorang satu sama lain. Diorang selesa tinggal berdua kat Selama. Tak mahu pergi mana-mana. Opah selalu risau kalau dia takde nanti, apa akan jadi pada makcik kami tu yang kami panggil dia Mak yang. Rasanya sama aje timbal balik perasaan Mak yang bila dia tiada nanti, siapa pula yang akan jaga opah.
Lately abah ada juga suarakan rasa sedih dia mengenangkan adik beradik dia yang dah tak ingat jalan ke kampung untuk pulang berhari raya dengan ibu mereka, tapi secara soft spoken. Abah gembira dapat tengok anak-anak berkumpul depan mata, tapi abah sayu tengok adik beradiknya tidak ada bersama. Selalunya abah bising-bising, bengang bila tengok tiada siapa yang balik tapi bila geng-geng tu datang juga rumah opah walau satu jam atau dua jam macam tetamu khas, abah akan tutup sedih dia. Abah akan jadi orang paling sibuk beli itu beli ini untuk jamu adik beradik dan anak-anak mereka. Abah akan pujuk aku dengan ajune tolong hidang dan layan kerenah mereka yang selalunya datang dengan perut kosong. Abah akan perintahkan mak untuk masak best-best, kalau tak cukup Abah keluar pekan pergi beli lagi. Satu jam, dua jam tu dah buat abah rasa happy dapat tengok opah senyum. Kadang-kadang bengang juga bila time berborak opah tak habis-habis duk tanya - mana si polan tu tak datang raya ke? mana yang tu yang ni, tak mau datang rumah opah dah ke? Letih dan malas juga nak menjawab. Kami ni yang depan mata pun kadang-kadang dia tak ingat siapa kami. Kami yang tiap-tiap tahun ada ni pun Opah macam tak hargai. Tapi bila fikir balik, betullah tu. Dia tanya macam tu tanda dia rindu anak cucu dia. Dia mungkin pelik kenapa kami aje yang selalu ada. Kami selalu cakap : Takpelah opah, kami kan ada. Sedapkan hati opah, sedapkan hati kami sendiri.
Pernah kami balik kampung dan ambil gambar opah dan letak di facebook. Ramai pula yang komen itu ini. Kebetulan gambar opah tu kami ambil candid. Gambar opah tak pakai serkup. Amboi, depa duk komen bagai nak rak. Tak jaga aurat opah la, kami urban sangatlah, terus bagi fatwa dan hadis-hadis tentang agamalah dan banyak lagi komen yang bodoh-bodoh. Niat kami share gambar tu untuk diorang boleh tengok keadaan opah dan berharap bila free pergilah menjenguk. Ni tahu nak kutuk je. Oh lupa, diorang semua ilmu agama tinggi, pakai tudung dan buat pekerjaan mulia. Adik aku main muzik, ajun menggeletis di lokasi shooting dan aku bersentuhan sesama lelaki di pentas teater, maka kami tak boleh buat salah sikit. Dan kami tak reti bezakan soal halal haram dan kami juga tak layak nak berdebat soal agama. Entah-entah pafa pun kami tak lulus. Terbaru abah niat nak buat opah haji untuk opah. Dia buat tabung untuk saudara mara yang ikhlas untuk derma untuk opah boleh buat haji. Habis abah kena tiaw. Habis kena tembak gila-gila. Semua nak jadi ustadz copy and paste kat internet semua hadis-hadis untuk beritahu apa yang abah buat tu tak ikut hukum. Bukan setakat adik beradik abah, habis semua anak-anak saudara yakni sepupu-sepupu aku yang laksana belajar di al-azhar itu masuk campur. Semuanya nak tunjuk hebat pasal agama. Ke diorang lupa agama ajar manusia untuk saling hormat menghormati?
Masa on the way pulang dari kampung, aku berbual dengan adik beradik yang lain. Abah dengan mak dalam satu kereta yang lain. Masa tu Boboy mempertikaikan soal kenapa abah tak jadi tegar dan tegas untuk beritahu pada adik beradiknya supaya pulanglah balik kampung untuk sambut hari raya bersama opah. Aku cakap sebab abah nak diorang balik tengok opah dengan ikhlas sebab tanggungjawab mengingati ibu bapa kita adalah tanggungjawab anak, dan orang lain tak perlu mengingatkan. Aku tanya Boboy : Boy, esok awak dah kahwin dan ada anak-anak tapi awak tinggal cuma di Bangi atau Kajang sedangkan rumah mak abah kita di Bandar Seri Putra, awak tak nak balik jenguk diorang ke? Boboy senyap je. Tak tahulah dia bersetuju dalam diam atau dia tak tahu nak imagine bagaimana dia di masa-masa depan.
Bila difikirkan balik, apa yang abah buat pada kami sejak kecil banyak buat aku berfikir tentang apa yang refleks dia terhadap realiti sebenar keluarga dia. Kalau kami fikir soal kebersamaan dan hubungan adik beradik tu penting, kami sepatutnya kena tanam benda tu dari sekarang. Benar kita tidak tahu apa expectation akan datang, tapi sekurang-kurangnya abah dah bagi jalan. Dah tunjuk pengalaman. Sepatutnya kami belajar dari semua itu. Betullah kata-kata tu : Ibu seorang boleh jaga 10 orang anak, anak 10 orang belum tentu boleh jaga seorang ibu. Dah ada bukti depan mata.

Tuesday, September 7, 2010
Iklan Raya
Sepatutnya mereka shoot video ini masa bulan puasa hari tu. Tapi tak sempat. Jadi mereka hanya boleh tempel-tempel gambar dan jadikan clip ala-ala aje. Sepatutnya saya pun terlibat sebagai salah seorang yang menyibuk dalam pembikinan clip video tu, tapi apa kan daya tak sempat. Tunggu tahun depan ajelah. Ya, Dalam sharp shooter ada 2 orang adik kandung saya dan Mohd Jayzuan dah macam adik angkat juga. :)
Bulan puasa banyak betul dugaannya. Macam jatuh tangga sekali, lepas tu esoknya jatuh lagi dan tak sampai beberapa minit lepas tu jatuh lagi. Sakit pedih berkali-kali. Tapi ada saja yang datang hulurkan tongkat. Bagi ubat. Tiup semangat. Hidup harus terus hidup.
Untuk semua teman-teman, Selamat Hari Raya dan Maaf atas segala salah dan silap
Thursday, September 2, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...