Wednesday, September 29, 2010

Pemuisi Wannabe

Saya terima beberapa email dan komen diblog yang mengatakan :

Pergilah mampus dengan indie kau tu.
Kau tak payah beranganlah dengan dunia art sampah kau tu.
Bukannya kau boleh pergi big screen pun, duduk ajelah dalam ceruk longkang haprak.


Saya tak balas atau approved comment sebegitu. Sebab saya malas nak layan. Abah selalu pesan, buat apa layan orang bodoh sebab kalau kita layan kita lebih bodoh dari orang tu. Paling tinggi pun saya anggap mereka-mereka ni cemburu sahaja. Mudah.

Saya tak pernah kacau orang. Saya cuma buat apa saya minat dan saya suka. Saya happy dengan apa saya buat. Satu hari nanti bila saya hilang minat atau mahu berhenti, saya berhenti. Tak perlu orang suruh.

Pernah saya berbual dengan seorang teman. Dia terlibat dalam penulisan puisi. Katanya mahu berhenti kerena terlalu ramai yang hanya 'wannabe' dalam menulis puisi. Scene puisi tidak lagi rare. Semua mahu jadi penyajak dan semua mahu menyanyikan lagu puisi. Keluhan teman itu seolah mahu meminta pendapat saya, mungkin kerana saya juga terlibat sedikit sebanyak menulis puisi.

Saya bertanya, kenapa perlu berhenti. Kenapa perlu fikirkan tentang orang lain. Adakah selama ini dia menulis kerana ikut-ikutan atau mahu memenuhi permintaan khalayak. Atau ingin kecap popular. Bagi saya yang penting dia menulis untuk diri dia. Dia menulis kerana dia mahu menulis. Mahu share. Itu sahaja. Tidak perlu takut dengan persekitaran. Sepatutnya persekitaran tidak buat dia rasa tertekan. Chill dan relax-relax sahaja. Nawaitu itu paling penting.

Itu aje yang boleh saya cakap, sebab saya pun bukannya pernah menang anugerah puisi terbaik atau puisi saya pernah terpampang di suratkhabar. Saya hanya mahu tulis sahaja. Sebenarnya saya tulis untuk diri saya. Ingatkan diri saya. Kalau ada yang terkesan positif, itu bonus. Kalau sebaliknya, itu saya tidak boleh halang. Itu semua bergantung pada bagaimana penerimaan individu.

Saya seronok tengok scene puisi berkembang. Saya rasa bagus sangat bila kita ada ramai talent yang menulis dan membaca puisi mereka sendiri. Saya tak faham kenapa ada sesetangah orang yang selalu nak condemn orang yang baru-baru nak tulis puisi. Atau puisinya menggunakan bahasa-bahasa mudah yang tidak puitis, atau puisi yang dilabelkan biasa-biasa sahaja. Kenapa perlu nak condemn? Sepatutnya kita sama-sama sokonglah. Sudahlah scene ini kecil, yang condemn lebih ramai dari yang sokong, macam mana tu?

Macam acting jugak. Saya memang minat. Saya jarang nak tolak kalau ada kawan-kawan yang tawarkan watak untuk saya. Selalunya saya akan ok dan angguk sahaja. Saya rasa kita sama-sama manipulate. Dia mahu saya jadi cast dia, saya pula mahu memuaskan minat saya. Dua-dua dapat untung. Kalau dia tidak bayar saya pun saya ok sebab saya dah dapat nilai saya dari itu. Saya rasa sebab itu agaknya saya tak terlibat di layar lebar dan mainstrem, sebab saya takut saya buat sebab duit. Dan lagi satu, saya tak layak pun untuk scene mainstrem sebab tak comel macam maya karim. :P Kalau satu hari saya ada ketika anda menonton cinema, saya berlakon filem di bawah hasil tangan teman-teman saya seperti Razaisyam, Nazri M. Anuar, Ahmad Azrai, Azri Abu Hassan, Aliff Rahman, Jaja Kadir, Faliq, Aloy Paradoks, Bin Filem, Dean Sham, Rozinor. Kalaulah.

Amar selalu pesan kat saya, selagi saya tak kacau orang dan happy dengan life saya kenapa perlu rasa runsing. Saya ada banyak lagi perkara dan benda boleh explore dalam hidup saya, why bother about people. People ada mulut, biar dia cakap. Kalau dia penat nanti dia senyap. Itu juga yang abah, ajune dan mummy cakap kat saya. Betullah tu; Kita selalu sangat ambil berat kata-kata orang yang tak penting sangat dalam hidup kita, sedangkan mereka tak menyumbang apa-apa pun. Mereka hanya teman hye-hye, bye-bye saja. Lebih baik fikirkan tentang bagaimana mahu terus hidup dari fikir menjaga hati ramai orang.

Ok, enough untuk itu. Untuk bulan oktober nanti saya terlibat dengan banyak perkara. Shoot digital feature dengan Paradoks, berlakon short filem dengan 2 pengarah yang pernah saya bekerjasama, terlibat sebagai salah seorang penulis dan salah seorang community buku mengenai kes pembuangan bayi, dan juga menjadi speaker di sekolah-sekolah untuk berkongsi tentang kesihatan (tak dapat jadi pensyarah, jadi speaker pun bereh :P). Dan mengharapkan ada lagi perkara menarik yang boleh saya buat daripada tak buat apa-apa dan berfikir bukan-bukan tentang surrounding yang membebalkan dan membingitkan tapi kosong.

11 comments:

  1. kalau fikir orang..ape pon tak jalan..ye tak?

    ReplyDelete
  2. all the best kakak for all the oct thingy~
    =]

    ReplyDelete
  3. xperlu la nk pkir ape orang cakap
    kita susah payah ada orang nk amik tau dan tolong? hehehe

    ReplyDelete
  4. Untuk situasi ini kita perlu ambil pendekatan kedua dalam dialog Part 2 hegemoni.

    "Ringankan perkara yang berat",,, makanya pergi mampus dengan dia. Bukan org nak tengok dia pun kalau dia buat show. Kalau suruh berlakon maunya keras, kalau suruh baca puisi jadi hang tuah.. Hahahahaha. dan lagi satu macam yang kau cakap dekat aku ;

    "Aloy... itu pilihan bukan masalah"

    ReplyDelete
  5. SID,
    u rite. :)

    anith,
    thanks darling. :)

    xuk,
    u also rite. :)

    aloy,
    i love you. tq. :P

    ReplyDelete
  6. pingin skali jadi spt kakak.kuat.. tidk takut dgn 'storms' sbb kkak tau cara betul mengemudi layaran kakak!

    katakan saja 'lalalala' pd yg mencemuh.. =)

    ReplyDelete
  7. nan,
    good advice. :)

    llalalalalalalalalalala. hehe

    ReplyDelete
  8. hi..saya ni silent reader blog awak..hmm..bila baca post awak yg ni, buatkan saya nak bg komen..saya sgt2 setuju dgn apa yg awak kata..xyah layan langau2 yg suka menghancurkan tu.awak xkacau org, malahan bila saya kdg2 down dan baca post2 awak, saya jadi bersemangat..terima kasih utk itu..dan, teruskan berkarya..persetankan mereka2 yg iri hati tu..sekali lagi, teruskan berkarya!!!

    ReplyDelete
  9. bukankah pelaku seni itu pada keberadaan asal gerak kerjanya adalah seorang 'wannabe'?

    dan seni itu sendiri harus berdiri pada keberadaannya yang 'wannabe' iaitu ianya ditegakkan di atas dasar kemahuannya untuk di/ber/ter tranformasi kepada satu/sesuatu/suatu bentuk/medium/irama/gaya/alun/gerak/palit yang diinginkan...

    ReplyDelete
  10. Mereka tidak tahu yg seni itu memanusiakan manusia..

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...