Wednesday, October 27, 2010

Get busy living, or get busy dying - Stephen King




Minggu ni saya terlibat dengan geng Pelita Bambu dengan presidennya Mr Rozinor untuk 48hours Film Project. 29-31hb Oct. Buat filem selama 48 jam, dari shooting sampai dapat end product. Jumaat sampai ahad. Semua kumpulan akan cabut undi di Finas pada jumaat petang dan malam dah boleh start rehersal dan pre-pro. Saya terlibat sebagai acting couch untuk produksi kali ini. First time keja dengan Rozinor. Nampak sangat tersusun produksinya. Well-manage. Tok Rimau akan terlibat sebagai penulis skrip. Skrip Tok Rimau selalunya lain dari yang lain. Itu satu perkara yang mengujakan. Pipiyapong pun terlibat sebagai sound man. Crew yang lain semuanya kawan-kawan baru yang saya tak kenal rapat. Hopefully semuanya akan baik-baik saja.

Disamping itu, 30hb juga ada event adik-beradik saya geng Paradoks di Solaris iaitu Mimpifilem. Ada tayangan 8 short film (salah satunya saya Perempuan, hantu & Sundal saya terlibat sebagai penampilan istimewa) dan tayangan filem Cinta oleh produksi Indonesia. Tayangan Cinta adalah pada waktu petang, iaitu jam 5pm hingga 6pm, kemudian ada diskusi santai filem tersebut bersama panel undangan iaitu Ajami Hashim dan Fadli Al-Akiti. Insyaallah, saya akan jadi moderator untuk bersama-sama 2 jejaka gantang itu. Di Mimpifilem juga akan ada pelancaran album sot teater hegemoni oleh Paradoks. Siapa yang teruja dengan nyanyian Ariff yang lunak merdu masa menonton Hegemoni yang lepas, bolehlah dapatkan cd yang akan dijual di sana. Yang tak dapat pergi, nak kirim saya belikan pun bereh.

Pada hari yang sama, ada pelancaran Uya Distro sebuah butik milikk Luca, kawan-kawan kami juga di Subang Jaya. Ramai performer yang akan sama-sama memeriahkan majlis pelancaran itu. Pyan Habib pun ada. Media yang cover pun bukan calang-calang. Insyaallah, lepas acara di Solaris saya akan terus ke sana. Marilah kita sokong Luca dan berhibur di Uya sambil membeli-belah.

4 comments:

  1. hehehe... bukan "sundal" tapi "skandal" lah. hehehe

    ReplyDelete
  2. syali,
    haha. sedap apa sundal. mcm sundal bolong. :P

    ReplyDelete
  3. walaupun kita bukan kekasih,, tetapi aku tetap sayang padamu...

    ReplyDelete