Tuesday, October 26, 2010

JB With Love









Kami bertolak ke JB lepas solat Jumaat yang lepas dengan hamster putih saya. Saya angkut bersama, ajun (my shadow), epul (videographer) dan byezura (photographer) juga mr amar amir (personal bodyguard) merentas jalanraya selama lebih kurang 4 jam untuk berada di event press conference buku : Yang Buas, Terbuang, Terbiar. Buku ini mengumpulkan kajian kes, artikel, puisi tentang pembuangan bayi di Malaysia. Menurut Institut Sosial Malaysia, ini merupakan buku pertama kali diterbitkan di negara kita. Sebelum ini banyak artikel sudah di tulis, cuma tidak di dokumentasikan.

Saya terlibat secara langsung apabila puisi saya : Yang namanya Mama, telah menjadi salah satu bahan bertulis yang akan menghiasi buku tersebut. Paling tidak terduga ialah, pengarah dan penerbit buku ini telah menghadiri dan mendengar seorang lecturer membacakan puisi saya di sebuah majlis berkaitan isu sosial. Beliau yang pada ketika itu sedang dalam proses mengumpulkan bahan buku tersebut telah pun mendekati lecturer itu dan bertanya siapa penulis puisi yang telah dibaca. Lecturer itu menjawab : Saya tak tahu. Saya terjumpa di laman Facebook kawan saya. Maka pencarian pun bermula. Penerbit itu akhirnya membuat pertemuan pertama bersama saya di Kopitiam Bangi. Sehinggalah saya terlibat sebagai salah seorang AJK yang akan sama-sama menerbitkan buku ini, insyaallah pada bulan Disember nanti. Sempena penerbitan buku ini nanti, akan ada sebuah teater besar dari JB yang akan membuat persembahan berkenaan isu buku itu. Jadi saya ke JB untuk menghadiri PC tersebut dan sebagai wakil penerbit untuk melihat proses latihan teater dijalankan kerana duit yang dilaburkan boleh tahan besar juga. Geng-geng penerbit ni risau burst budget sebab mereka kurang arif dan tidak tahu selok belok pementasan. Di event itu juga saya membacakan puisi Yang Namanya Mama bersaksikan media JB dan kompleks Rabu. Entah, dihujung-hujung puisi itu saya rasa sayu. Entah. Sayu.

Kami cuma sempat bermalam sehari sahaja di Danga Bay kerana masing-masing sibuk. Ahad semuanya ada hal. Jadi kami tak sempat nak ke mana-mana pun. Ajun dan Epul sempat jalan-jalan ke Pasar Karat dan beli bundle malam kami tiba di JB. Dan sebelum pulang, kami di bawa jalan-jalan dan makan di area Pelangi Mall oleh kawan Ajun di JB namanya Dek Yan bersama abangnya dan boyfriendnya. Sebelum pulang kami keluarkan skru yang melekat di tayar (sedar waktu berhenti di r n r Machap), tak tahulah kena masa bila. Angin tak keluar pula. Pergi kedai, kami tampal aje. Dan berjaya pulang dengan selamat. Alhamdulilah.

**Thanks to Tok Rimau. Kalau tak, I tak boleh berlagak dengan diorang-diorang ni yang I tahu nak pergi Hot Bundle macam mana. Sorry tak text TR, coz kejap sangat kat sana. Tapi sehingga buku dan teater ni sedang disiapkan, Faz and team akan kerap ke sana. Tunggu. :)

5 comments:

  1. dulu, saya jatuh cinta yang terpaling jatuh dengan kakak bila dengar puisi Mama.
    sampaikan saya download video dari fb siapa entah.

    sekarang dah dijadikan bahan bertulis secara official.
    tahniah kakak dan doa banyak lagi rezeki akan datang.

    loves. :)

    ReplyDelete
  2. Nisha,
    alhamdulilah. tima kasih sebab selalu ada darling. :)

    ReplyDelete