Kumpulan 111 Puisi Kanak-kanak : Surat untuk Ibu yang ditulis oleh Encik Ishak Hamzah penulis dan pemilik syarikat penerbitan E-Media Corporation yang mengeluarkan buku-buku motivasi dan ensiklopedia telah pun melancarkan buku barunya itu di DBP 14hb oktober baru-baru ini. Aku diminta untuk memikirkan apa persembahan yang sesuai untuk launch bukunya. Disebabkan puisinya disekitar pemikiran kanak-kanak, aku rasa wajar persembahan itu dilakonkan oleh kanak-kanak juga. Encik Ishak minta saya buat small play yang simple tapi nice and sweet. Faktor kekangan masa aku yang menggila akhir-akhir ini, dengan tidur yang cukup-cukup aku cuma sempat buat beberapa kali latihan saja. Tapi paling sweet bila setiap kali training, anak-anak ini akan bulat mata dan gigih menghafal walaupun aku datang dah melepasi waktu tidur mereka. Aku cakap pada bapa mereka Mukhris yang merupakan pendorong paling jitu anak-anaknya supaya lebih berani dengan exposure sebegitu, anak-anak dia dah aku ikat kontrak untuk play atau projek seterusnya jika ada melibatkan kanak-kanak. Senyum lebar Mukhris. Apatah lagi Mukhris juga terlibat dalam produksi filem/drama dan bergiat dalam teater. Jadi anak-anaknya sudah terbiasa dengan pentas dan excited untuk berlakon.
Waktu paling seronok aku lihat ialah ketika nak naik pentas. Mereka nervous tapi still senyum-senyum, lompat-lompat. Ulang kali mereka kata : ramainya orang, Adik takutlah. Abang dah menggeletar ni auntie Faz. So cute. Saya kadang-kadang tersasul, kejap-kejap bahasakan diri auntie, kejap-kejap kakak. Mukhris kata, perasan muda. heh.Play ini juga dibantu oleh Mukhris sebagai background musician dan cik ajune my beloved sister berlakon sebagai cikgu. Sungguhlah bekerja dengan sedarah sedaging atas stage sama-sama memang akan nampak kasih sayangnya. Masing-masing cuba bagi yang terbaik di depan orang-orang yang mereka sayang. Tak hipokrit. Jujur sahaja. Bila dah selesai aku hulurkan duit untuk mereka, sukanya bukan main. Ulang kali kata, banyaknya. Banyaknya auntie. Ini bukan soal duit, ini soal masa, tenaga, semangat dan kasih sayang mereka pada aku. Sebelum berpisah, aku peluk tak berhenti adik dan abang tu. Mereka cium pipi aku bertalu-talu. Terharunya rasa.
** Terima kasih Encik Ishak atas kepercayaannya. Semoga buku puisi ini menjadi panduan dan rujukan untuk kanak-kanak dan khalayak lainnya, walaupun ulang-ulang Encik Ishak bisik pada saya : Buku puisi susah nak jual Faz. Kata saya : Takpe, yang penting niat. :)
Tuesday, October 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...
"Sebelum berpisah, aku peluk tak berhenti adik dan abang tu. Mereka cium pipi aku bertalu-talu. Terharunya rasa."
ReplyDeletebestkan feeling camni.
Asang,
ReplyDeleteSpeechless. :)
cutenya depa!
ReplyDeletesaya pun nak cium bertalu-talu juga kak.
ReplyDeletesaya boleh lupa nak patah balik beli buku tu tenpoh hari! huk
aishah,
ReplyDeletenasib baik dpt hug awak kuat2. :)
aku pun niat la nak beli...
ReplyDelete