Saturday, November 27, 2010

Hantu Kak Limah



Minggu lepas dapat tengok tayangan perdana Hantu Kak Limah Balik Rumah di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Kalau aku tak berhenti kerja dulu, ofis aku betul-betul belakang Wangsa Walk. Senang nak melencong makan pop corn bila stress kat ofis. Anyway, semua itu sudah tinggal kenangan. Terima kasih to Vovin sebab ajak kami. Kami register atas nama blogger, dengan confident-nya. Segan jugalah nak masukkan. Nasib geng yang lain pun ada, Pipi, Shiro, Luca dan makwe, Thorm, Jamal, Zan Zaini. Dan akhirnya aku duduk sebelah Vovin, Amar kena duduk kat bawah sikit sebab kami masuk lambat. Orang dah penuhkan hall. Pertengahan cerita Vovin boleh pergi toilet sebab tak tahan nak kencing. Aku pun nak kencing juga, tapi aku tahan sebab takut terlepas aksi-aksi lawaknya.

Personally, aku lebih suka Zombie Kampung Pisang dari sequel ni. Entahlah, sebab aku memang jarang suka sequel kecuali Before Sunrise/Sunset dan Lord of the Ring. Kesinambungan Hantu Kak Limah tanpa kehadiran pelakon sebelum ni kurang menyengat. Dulu ada AC, ada Que Haidar, Nadia Mustafa. Watak-watak tu dimatikan dan digantikan dengan Johan Raja Lawak. Mungkin kekangan masa, schedule penuh dan sebagainya (menurut pendapat Vovin).

Aku suka filem Mamat Khalid sebab secara lawak dan humor dia cuba memasukkan subtext secara tak langsung. Macam dalam Zombie, dia nampak natural aje. Di Hantu Kak Limah, ada subtextnya try to hard untuk dilafazkan oleh castnya. Nampak macam kurang sesuai. Tapi apa yang menarik dalam Hantu Kak Limah, aku suka dengan lakonan Awie dan Sofi Jikan. Heroinnya Umi Nazeera juga bagus. Lakonan mereka natural. Awie siapa sangka boleh dilentur jadi watak lawak macam tu sebab kita tengok Awie sangat stereotype dalam citer-citer Yusof Haslam. Dalam sequel ni, dia berlakon sangat natural. Sofi Jikan satu-satunya character yang menarik dalam filem ni. Dia memang jalankan tanggungjawab dia dengan baik. Aku harap abg Sofi tak berlakon dengan Mamat aje, dia sebenarnya boleh pergi lebih jauh dan menang anugerah. (mungkin bukan itu dia cari, mungkin) Dan yang boleh menang anugerah tahun depan untuk at least pelakon harapan atau pelakon pembantu terbaik ialah mamat penari kebudayaan yang bercakap asyik buat tangan macam menari tarian inang. Namanya Shy8. Character dia memang maintain, dari yang pertama hingga sequel ini. Memang sakit perut tengok lawak dia.

Aku suka dengan semua filem Mamat Khalid termasuk Estet walaupun aku dengar filem Estet antara paling rendah kutipannya. Filem sepatutnya entertaining. Tak kisah cerita serius, romantis, thriller atau seram - dia perlu menarik. Ada kalanya aku harap Mamat Khalid boleh jadi paling dekat dengan P.Ramlee dalam pembikinan filem. Aku harap-harap la.

Tak payahlah buang duit pergi tengok Dua Alam. Simpan untuk tengok filem ni bebeh.

5 comments:

  1. salam

    yay.....
    me tak pergi jemputan itu.
    if tak,sure kita bolah berjumpa.

    :-)

    ReplyDelete
  2. muhammad,
    i pun main redah je. kwn2 ajak. :)

    ReplyDelete
  3. Nak tanya, lagu Solei, Solei tu siapa yang nyayikan dahulu? Nana Mouskouri atau MIDDLE OF THE ROAD?

    ReplyDelete