Monday, December 13, 2010

Family Day

Sejak semua dah besar panjang, ini percutian paling complete. Semua anggota Hishamuddin's pun ada. Rasanya keluarga yang bawa anak besar-besar dan tua cuma abah. Yang lain semua anak-anak masih kecil. Yeah, abah memang macam tu. Selagi dia boleh bawa, dia akan bawa. Dia memang suka anak-anak ada depan mata. Terutama time-time gembira. Aku harap anak-anak selalu sedar dan elert juga kalau time sedih abah. Sebab abah jarang nak tunjuk.

Kami sekeluarga naik bas rombongan. Peristiwa rare juga tu. 6 jam juga nak sampai Pulai. Ajun dan abah masuk pertandingan mendandan ayah dan anak perempuan. Abah siap cat walk dengan ajun atas stage. Aku beria-ia bersukan untuk acara tele-match dan kumpulan aku dapat no 2. Kumpulan ajun dan along dapat no 1. Malam dinner tahun ni temanya bollywood. Baizura bekalkan nande' untuk aku dengan ajun. Kami tak sempat pun nak cari sari ke apa. Pakai mana yang ada je. Mix and match. Abah pun nak pakai juga nande'. hehe. Paling best, acara lucky draw abah cabut dapat no 13. Kami bawa pulang tv lcd baru malam tu. Happy.








Yang akan terima kau apa adanya
yang sanggup dengar buruk cerita
yang sudi resap cacat cela
cuma mereka
cuma keluarga

4 comments:

  1. wah bestnya kak faz bila dpt kumpul ramai2 mcm ni,meriah je :)

    ReplyDelete
  2. itulah.

    keluarga.
    yang tak akan buang kita.
    walau buruk mana.


    ada juga kawan yang seperti keluarga.
    tak kurang ramai yang macam naga (hik)


    suka famili kamu kak!

    ReplyDelete
  3. along,
    besttt..meriah sgt. hehe.

    fifiey,
    thanks. :)

    aishah,
    nanti marah si naga2. hehe

    tq yang. :)

    ReplyDelete