Tuesday, December 7, 2010

Hero Kecil



Budak kecil ni terpilih untuk dijadikan main talent bagi photoshoot calender 2011 salah sebuah bank di Malaysia. Nama dia Nazrin Arman. Anak saudara-ku. Kami semua panggil dia Ayin sahaja. Ayin pernah muncul dalam beberapa produk short film aku. Dia memang talented. Lakonannya sangat jujur. Suruhlah buat apa pun, Ayin memang camera friendly. Hebat betul kalau ber-posing. Tak payah suruh pun, dia willing untuk berikan pose yang pelbagai. Facial expression dia memang dashat. Di sebalik sikap-sikap Ayin yang sebegitu, Ayin juga sangat hyper, rebel dan bijak. Dia berfikir sebelum bercakap. Kalau Umi dia cakap: Hah pergilah main magrib-magrib tu, kena sorok dek hantu baru tahu! Ayin akan tengok sekeliling, dan cekak pinggang : Mana hantu? Mana? Mana ada. Umi tipu. Dia mengajar Umi dia supaya beritahu kejujuran. Tak elok main sampai maghrib, tak hormat time solat dan hari sudah gelap, bahaya kita tak nampak. Tak payah nak reka cerita bukan-bukan. Tu belum lagi kalau bawa dia tengok movie. Kalau orang gelak pada lawak-lawak yang mengarut dan yang tak sepatutnya gelak, Ayin akan gelak dua kali ganda dari orang-orang tu. Sampai bergegar sit. Seolah-olah Ayin beri isyarat sinikal : Woi, tak lawak pun nak gelak ke? Heh. Dia memang cute. Kalau tidur mata tak tutup rapat. Orang tua-tua kata, degil. Ayin tak degil mana, cuma dia penuh dengan curiosity. Aku harap anak aku esok, penuh curiosity macam Ayin. :P

Anyway, aku akan jadi ibu Ayin untuk projek calender ini nanti. Nampak ada macam mak dengan anak tak? Well, ibu muda konon-kononnya. Nasib baik yang jadi suami tu handsome. heh. Selain jadi ibu Ayin, aku dilantik menjadi talent coordinator. Shooting akan dibuat di Tanjung Karang dan di sekitar KL. Will upload gambar-gambar sepanjang shooting nanti.

6 comments:

  1. dia menurun bakat faz kot? smoga bakat ayin akan trus d gilap.
    u cantik faz, sis suka tgk.
    bacaan puisi faz bersahaja,namun penuh makna.

    ReplyDelete
  2. bank mana kak faz?mcm nak mintak kalendar jugak :)

    ReplyDelete
  3. sis,
    tq so much. bakat tu dari tuhan. :)

    along,
    haaaa...tungguuuu. :)

    ReplyDelete
  4. Ada gaya ibu muda!

    :)

    kanak-kanak skrg jauh lebih pintar dan sangat jujur.
    Tido mata tak tutup rapat...hehee

    ReplyDelete
  5. nanti jangan lupa kasi saya satu kalender yang ada gambar awak tu ye,, sy nak simpan dalam bilik,, tapi gambar lelaki yang konon jadi suami awak tu, awak potong siap siap....

    ReplyDelete
  6. jorji,
    u pun mata tak tutp rapat eh? hehe.

    aloy,
    utk kau, apa saja. :)

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...