Thursday, December 2, 2010

Hey, December

1) Walaupun tak ramai yang datang ke Uya sempena bazaar Vintage paradise, tapi dress telah terjual lebih dari 10. Terima kasih kerana membeli. Itu sudah cukup baik bagi aku. Bos Uya, Luca DK suruh letak sahaja koleksi aku di sana. Tq Luca. So, kalau ada siapa-siapa nak pergi tengok, bolehlah datang ke Uya. Selama lepak 3 hari di sana, aku dapat beli 1 beg vintage yang rare berharga RM10 serta satu buku Shahnon Ahmad RM3. Selain itu, dapat sembang-sembang dengan Abg Fathul, dan dia ada bagi satu setem Perancis pada aku. Katanya : Manalah tahu, kot-kot dapat ke sana. Sweetkan dia?

2) Aku menjemput adik-ku cik Nisha Ismail di Sentral untuk lepak bersama di Uya. Jalan jammed untuk ke Uya mengambil masa dalam sejam lebih untuk ke sana membuatkan kami berkongsi banyak perkara. Lenguh kaki rasa berbaloi dengan adanya conversation yang brilliant. Banyak kali Nisha kata : Saya ni banyak cakap kan kak? Sian akak. Aku tak rasa begitu. Perbualan kami begitu balance. 50-50. Ada masa dia dengar, ada masa aku pula tadah telinga. Nisha aku anggap macam Ajun. Dia muda tetapi matang. Paling terharu, Nisha menulis puisi untuk harijadi aku yang ditulis dengan tangan. Terharu masa membacanya. Macam ajun, aku beritahu Nisha supaya tidak terikat dengan perkara yang remeh. Tak payah fikir sangat pasal orang. Hidup ini akhirnya sendiri. Kalau fikir pasal orang, kita takkan sempat nak sayang diri sendiri. Seperti biasa, aku cakap untuk aku sendiri.



3) Sempat karok di Wangsa Walk sebelum ke Uya hari sabtu. Dengan Jamal, Ajune, Amar, Vovin dan Shiro. Dapat juga duet dengan Jamal lagu Dayangku Intan dengan Jay Jay. Shiro sangat cute menari dangdut. Yeah, we had a good time.



4) Dah lama tak jumpa Paradoks. Jumpa juga malam akhir semasa di Uya. Aloy kata aku dah kurus. Aku pula tengok dia makin gemok. Senang hati barangkali. Aloy cerita dia sedang menyusun rangka pergerakkan paradoks dan play baru yang akan dipentaskan tahun depan serta penggambaran feature film kami yang pertama. Phew, feature film tu. Dengan paradoks, anytime baby. Aku tunggu saja. Kami lepak sampai jam 2am di kedai mamak area Uya. Zulhabri pun ada. Lama juga tak jumpa dia. Zul makin fit sejak aktif bersukan. Bincang dengan Zul tentang projek-projek masa depan. Insyaallah kalau jadi, aktiviti seni akan berlangsung sekitar Bangi pula. Itu memang antara golden dreams aku. Nak lihat tempat sendiri berkembang jadi art center. Dekat pula dengan rumah. Zul kata, dah tiba masanya kita recruit yang baru-baru pula. Yang lama biar dia teruskan sendiri. Yang baru perlu dibimbing. Beri jalan. Biar banyak art event, biar ramai yang berkarya, bukan orang yang sama. Barulah berkembang.

5) Pagi ahad aku terlibat dengan photoshoot di CM. Cantik juga tu, sampai jam 3 pagi kat rumah selepas melepak dengan geng-geng ni, jam 8.30am dah terpacak kat CM. Nasib guna lighting gempak dan camera mahal. So, mata sembab tak nampak sangat. Oh ini sebenarnya adalah antara projek menarik yang akan aku catatkan dalam resume aku yang sedia panjang berjela itu. Bukan masalah resume panjang berjela itu penting, tapi pengalaman tu. Bila kau tengok balik, kau tahu yang kau dah jalani hidup ni dengan buat banyak benda yang kau suka. Dan tengok balik, ada juga perkara yang kau terpaksa buat untuk menampung kehidupan. Win-win situation lah. Tak semua benda kita nak, kita akan dapat. Berbalik kepada project terbaru itu tadi, ini adalah antara cabang seni yang aku tak terfikir aku akan jadi/boleh buat. Wow, tak sabar nak cerita. Tapi kena tunggu dulu. Dah launch nanti, I bagitahu ok. :P

6)Pergi Maha dengan kawan-kawan yang kita suka dan suka kita memang menyeronokkan. Naik bas ramai-ramai, minum air share2, tengok lembu dan kambing kacukan, makan makanan yang macam-macam, ambik gambar. Rasa macam pergi rombongan ke Zoo zaman tadika. Kami asyik gelak duk fikir kami sampai kat Maha tu. Boleh pula kita jalan-jalan dengan geng-geng pergi tengok buah-buahan dan ternakan. Dan kita berhenti bercerita soal kerja dan soal orang. Kita hanya bergembira menikmati persahabatan dan persekitaran tanpa buat sebarang pengadilan. Kaki lenguh, lutut rasa longgar, masing-masing muka penat, tapi happy yang tak tahu nak describe.

7) Akhirnya Jiwa Suci karya terbaru Dean Sham sudah selesai first cut. Dan kami dijemput oleh directornya untuk menikmatinya secara private di rumah Jo Ghazali, salah seorang pelakonnya, ala-ala tayangan perdana. Dean Sham kata, dia ada good feeling terhadap short film ini semasa mengisi borong untuk dihantar ke festival luar. Harap-harap good feeling Dean Sham itu beri impak. Sekurang-kurangnya untuk dapat pengiktirafan 'official selection' di festival itu. Amin.



8)Sempat tengok Kafe Ikhtiraf sebuah sitcom yang skripnya ditulis oleh Vovin (penulis filem/buku Karipap-karipap Cinta)di MMU, Cyberjaya. Seronok tengok live recording di studio. Macam tengok persembahan teater. Bezanya ia dirakam. Ada camera dan crew dan ada khalayak yang ketawanya dirakam. Sitcom ala-ala Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Hafsham yang direct. Nampak sungguh perbezaan pelakon experience dengan tidak. Sabri Yunos memang seorang pelakon yang sangat bagus. Dialah penghidup sitcom ini. Aku harap tahun 2011, Vovin akan tampil sebagai scrip writer idaman pengarah-pengarah di Malaysia. Semoga filem Karipap Cinta box office dan semoga Vovin berkahwin dengan gadis impiannya dan hidup berbahagia selamanya. :)

9)Kawan aku namanya Siti Nurlida. Dia pernah tulis satu status begini : Kalau Siti NurHaliza pun ramai orang benci, Siti Nurlida apatah lagi. Masa aku baca ni aku gelak gila-gila kat status dia, macam ni. hahahahahaha. Aku tanya dia, siapa yang benci kau ni babe? Dia kata : Orang yang aku tak kenal sangat, tak kawan sangat pun dan tak pernah ambil port dalam hidup dia. Tiba-tiba dia benci aku. Motif? Lida memang suka habiskan ayat dia dengan perkataan 'motif?' hehe. Dia memang comel. Aku cakap dengan Lida : Babe, kalau seorang dua benci kau, tak mati pun. Ramai orang benci tanpa motif. Macam Siti Nurhaliza, dia almost perfect babe. Lawa, pandai nyanyi, sopan santun, kaya. Siapa tak suka Siti tu memang dia cemburu. Jarang cemburu ni tanpa motif yang baik. Tak payahlah kau sibuk nak fikir pembenci, sebab kalau kau buat apa pun, baik ke buruk ke, dia tetap benci. Maafkan ajelah. Kalau dia rasa membenci tu boleh beri kebahagiaan pada dia, biarlah. Lida jawab : Masalahnya aku Siti Nurlida, bukan Siti Nurhaliza!! Dan Lida tetap tutup dengan cute word dia, Motif? hehe. Untuk para haters, chill-lah. Tak payah nak mengamuk, mencarut semua tu, tak manis. Seronok juga main hide and seek. :P



p/s : I Miss you Toto.

10 comments:

  1. terbaik!

    yang mana?
    semua!!

    weee~

    ReplyDelete
  2. motiff?? kih kih kih. haters ni mcm langau je kak faz, buat tahi bersepah2 sana sini je. :)

    ReplyDelete
  3. syakila,
    u rite. :)

    ashraf,
    hey hey, bila nak repeat nandoss? :P

    ReplyDelete
  4. all the best dear! :)

    ReplyDelete
  5. kakak, tak cukup terima kasih dah nisha nak cakap. untuk semua. :)

    ReplyDelete
  6. su,
    thanks laling. :)

    Nisha,
    welcome and tq yang. :)

    ReplyDelete
  7. ko ingat semua yg kutulis babe....?motif sgt...
    p/s: i miss u too.sometimes the depth of friendship can't be judged by the length u be with the person. mungkin kerana kita sama2 31 kot babe..urghh motiffff

    ReplyDelete
  8. toto,
    tapi aku nampak muda kan? hahaha.

    i love u more babe. :)

    ReplyDelete